Home » » Imaginasi penulis blog lucah yang tinggi

Imaginasi penulis blog lucah yang tinggi

Seperti kisah pendek, cerpen dan apa juga yang melibatkan penulisan, kisah lucah juga memerlukan pengarangnya idea dan imaginasi yang tinggi, ia samalah juga macam cerpen atau cerita pendek yang kita baca di blog-blog biasa, setiap penulisan itu datang dari idea si penulis...
Si penulis mula berfikir dan mungkin pernah laluinya lalu abadikan ideanya dalam bentuk penulisan dan terbentuklah cerita pendek itu, dan itu sama jugaklah seperti kisah lucah ini, cerita pendek yang berasaskan cerita lucah ini juga memerlukan idea dan mungkin pengalaman untuk menulisnya...

Bukan boleh saja-saja tulis sebab nanti jadi tak real lah kan, walaupun kadang-kadang memang ada yang certain part dalam cerita lucah itu imaginasi si penulis terlalu tinggi kalau dalam bab penulisan orang panggil hiperbola, iaitu terlalu tinggi atau terlampau....

Kalau macam nak wujudkan cerita biasa kita boleh lepak di taman, di supermarket untuk membayangkan situasi yang berlaku untuk kita olah kebentuk penulisan tapi bagi aku kalau nak menulis cerita lucah ini adakah hanya mampu duduk dan tunggu idea datang, yeah maybe ada bantuan, bantuan apa? bantuan syaitanlah kan...

Sebab itu aku rasa mereka yang wujudkan blog atau ada mengeluarkan cerita berkisarkan lucah ini mempunyai imaginasi yang tinggi, imaginasi yang luar biasa dari orang lain, cerita yang mereka keluarkan ini memang hasil dari imaginasi yang tinggi, nak menulis cerita pendek yang berkisarkan cinta dalam kehidupan seharian pun bukan senang apatah lagi kisah berkisarkan lucah ini...

Entry ini ditulis pun bukan sebab aku pernah jadi atau cuba jadi penulis cerita lucah sebab idea dan imaginasi aku belum mampu untuk menyoret cerita lucah, yang aku mampu hanyalah menulis pendapat aku di blog ini..pendapat yang aku rasa tak berapa banyak sangat fakta yang dapat dikaitkan...

0 Kata:

 
Web Analytics