KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Page facebook pertama yang di Like

Semenjak wujudnya facebook ini pelbagai page di Facebook yang diwujudkan semuanya sedikit banyak dapat membantu dalam memperkenalkan sesuatu produk ataupun menyebarkan berita tanpa menjadi Friend, hanya Like dan kita sudah dapat  mengikuti perkembangan page itu...
Dan bagi aku yang mula ada facebook ini semenjak 2009 sewaktu aku mula menjejaki ke alam Universiti untuk pengajian asasi aku, page ini tak terlepas untuk aku Like namun untuk tahun pertama aku di facebook belum ada page yang aku Like...

Dan page pertama yang aku Like di facebook adalah page Kereta Mayat milik Blog Kereta Mayat, aku mula baca blog dia yang banyak mengupas ilmu-ilmu agama dalam kaedah yang dekat dengan seseorang, bagi aku cara dia lagi dapat aku terima dan faham...
Dan sekarang page ini banyak keluarkan cerita mereka suami isteri yang buat aku ketawa, mungkin aku akan macam itu dengan bakal isteri aku..woha!

Buku Permata yang Hilang Kini Dijumpai keluaran Hamka ini sudah pun aku dapatkan, lama lagi sudah dan dah katam pun tunggu untuk part kedua pulak ini...

Korang macam mana pulak? Page pertama yang di Like?

Imaginasi penulis blog lucah yang tinggi

Seperti kisah pendek, cerpen dan apa juga yang melibatkan penulisan, kisah lucah juga memerlukan pengarangnya idea dan imaginasi yang tinggi, ia samalah juga macam cerpen atau cerita pendek yang kita baca di blog-blog biasa, setiap penulisan itu datang dari idea si penulis...
Si penulis mula berfikir dan mungkin pernah laluinya lalu abadikan ideanya dalam bentuk penulisan dan terbentuklah cerita pendek itu, dan itu sama jugaklah seperti kisah lucah ini, cerita pendek yang berasaskan cerita lucah ini juga memerlukan idea dan mungkin pengalaman untuk menulisnya...

Bukan boleh saja-saja tulis sebab nanti jadi tak real lah kan, walaupun kadang-kadang memang ada yang certain part dalam cerita lucah itu imaginasi si penulis terlalu tinggi kalau dalam bab penulisan orang panggil hiperbola, iaitu terlalu tinggi atau terlampau....

Kalau macam nak wujudkan cerita biasa kita boleh lepak di taman, di supermarket untuk membayangkan situasi yang berlaku untuk kita olah kebentuk penulisan tapi bagi aku kalau nak menulis cerita lucah ini adakah hanya mampu duduk dan tunggu idea datang, yeah maybe ada bantuan, bantuan apa? bantuan syaitanlah kan...

Sebab itu aku rasa mereka yang wujudkan blog atau ada mengeluarkan cerita berkisarkan lucah ini mempunyai imaginasi yang tinggi, imaginasi yang luar biasa dari orang lain, cerita yang mereka keluarkan ini memang hasil dari imaginasi yang tinggi, nak menulis cerita pendek yang berkisarkan cinta dalam kehidupan seharian pun bukan senang apatah lagi kisah berkisarkan lucah ini...

Entry ini ditulis pun bukan sebab aku pernah jadi atau cuba jadi penulis cerita lucah sebab idea dan imaginasi aku belum mampu untuk menyoret cerita lucah, yang aku mampu hanyalah menulis pendapat aku di blog ini..pendapat yang aku rasa tak berapa banyak sangat fakta yang dapat dikaitkan...

Microsoft Window 8 buffering earning terbaru

Setelah hampir seminggu bercuti sempena Hari Raya Aidiladha, kini kembali ke meja aku...sebabkan semalam aku bercuti sendiri so monday blues yang sepatutnya semalam terkena hari ini, kepala berat, badan malas semua tak menjadi hari ini...


Tapi pagi ini aku nak berkongsi mengenai Buffering earning yang sedang berjalan di blog aku ini, yeah Microsoft Window 8...window baru yang lebih gempak tuh..hampir sebulan aku tak dapat tapi kini ia kembali, bukan apa dengan BE macam ini cepat sikitlah earning blog ini naik nak harapkan Cost per click memang lambat lah...

So nak dapatkan Buffering Earning macam ini tak susah, maintainkan blog dan selalulah update survey blog korang, dengar kata update lewat malam antara tips yang berguna..

Review Microsoft Window 8

Mana tahu kan cuba sajalah...

Top keyword google untuk minggu ini

Kalau blog aku ini selalu nak follow top keyword google saja memang tak mampu aku nak muncul di first page google, blog yang sangatlah tak mesra seo dan di page google pun jarang keluar memang susah kalau nak follow keyword yang google keluarkan...

Yang mampu aku buat adalah, buat yang orang lain tak buat contohnya carian keyword Cara Kuatkan Ingatan yang di first page google dan Cerita Lucah Sekolah....


Tapi aku kongsikan juga top keyword google untuk minggu ini...

Ketahui cara selamatkan hidupan marin macam penyu dalam Filem Finding Nemo

Kalau rasa tiada entry nak buat bolehlah buat entry berdasarkan keyword ini, mungkin banyak trafik...siapa tahu kan...

Tips dan apa yang patut kita tahu sebelum ubah suai rumah yang sebenar


Tips untuk kekal bercinta

Aku bukanlah pencinta yang berjaya, bukan jua dr.love yang bijak merungkai kata-kata cinta, aku hanya lelaki biasa yang sedang mencari cintanya yang masih belum ketemu dan  kalau nak aku personally cakap pasal tips untuk kekal bercinta memang tak lah..

Kisah inspirasi dalam bercinta kongsikan disini

Kalau ada pun maybe ambil di blog lain letak di blog aku tapi bagi aku sesiapa pun boleh bercakap mengenai pendapat dia sendiri, right? dan aku juga ada pendapat aku untuk tips untuk kekal bercinta ini..banyak dah aku baca tips-tips untuk kekal bercinta ini, jadi pembersihlah, sebab ramai sukakan kebersihan...
Ada juga letakkan ikhlas dalam hubungan, sentiasa berfikiran positif sebagai tips-tips dalam bercinta tak ketinggalan juga letakkan selalu memuji kekasih dan selalu ambil berat dan selalu tolong menolong untuk kekal bercinta...tapi bagi aku semua itu tidaklah sepenting mana sebab kalau dah bukan jodoh sesempurna mana pun kisah cinta mereka akan gagal jugak....

Baskin-Robbins bakal keluar dengan perisan barunya, perisa cinta mungkin

Oleh itu bagi aku apa yang penting jadi diri sendiri, bagi aku kalau nak ikut semua tips yang keluarkan dr love memana tah lagi buat kita tak senang dan mengundang ke arah kepalsuan diri sendiri, takkan kita nak berlakon benda yang kita tak suka buat..semua tips kekadang memang tak boleh kita follow 100% sebab lain orang lain cara..

Ini sebabnya best jadi pelajar universiti

So just jadi diri sendiri kalau ada jodoh berkekalan kisah cinta itu tapi sebaik-baiknya jangan wujudkan kisah cinta yang merepek ini, kisah cinta yang tak membawa kemana kerana benda yang Allah tak suka memang tak akan ada keberkatan, jangan cakap kisah cinta kau dengan balak kau direstui kononnya...

Ketahui kerjaya korang di sini

OK lah bukan bakat aku nak mengolah dari segi hukum hakam bercinta ini tapi berjagalah, yang penting jadi diri sendiri ye dak...tiadanya lumrah dalam keburukan ini semua

Ustaz Azhar Idrus dan Najwa Latif

Petang macam ini memang banyak habiskan masa di depan desktop ini sajalah sambil tunggu game futsal petang ini dekat PICC, so sebelum gua gerak pergi gegarkan tempat futsal dekat PICC tuh gua nak update sikit pasal Ustaz Azhar Idrus dan Najwa Latif...

Namun bukannya pasal  Ustaz Azhar Idrus nak buat album duet dengan Najwa Latif,bukan lagi nak ceramah calon SPM ini supaya jaga diri tapi apa yang aku jumpa di Yotube tadi, yeah  Ustaz Azhar Idrus dan Najwa Latif...
Sambil layan video  Ustaz Azhar Idrus aku ternampak satu video Najwa Latif ini, kalau korang perasan gambar bawah ini, haha apakah persamaan video berdua ini, yang aku perasaan semua video dari  Ustaz Azhar Idrus, kalau terselit video Ustaz Don kira bolehlah terima tapi Najwa Latif ini...


Memang tak nak bagi aku terus tengok video ceramah Ustaz Azhar Idrus lah nyh tuh yang letak video calon SPM ini tuh...


Aku ada game petang ini tapi masih merasa kepenatan akibat game badminton semalam so apakah ubat yang sesuai dan cepat untuk merawat penyakit aku ini??



10 Fakta tentang bekas kekasih

Tak semua ada kekasih, dan tak semua ada bekas kekasih dan tak semua juga ada cerita tentang bekas kekasih mereka tapi di twitter semalam trending orang di twitter bercerita tentang bekas kekasih mereka, ada yang kutuk habisan dan ada pula yang puji pujian...

Perisa terbaru Baskin-Robbins akan keluar dan undi pilihan anda segera secara online disini



Tapi rata-rata fakta yang aku jumpa bila orang bercakap berkenaan bekas kekasih mereka di twitter, "tak pernah ada ex"..kalau begitu baguslah..dan bagi aku? entrahlah...belum sampai masanya aku nk bercerita pasal itu semua sebab benda ini lagi bagus!..woahhhh!!

So bacalah antara fakta bekas kekasih mereka, sebenarnya lebih dari 10....

So So how? Ada ke yang sama dengan bekas kekasih korang? Ataupun bekas kekasih korang lebih hard core? Kalau nak bersama-sama bercerita tweetlah ditwitter dengan menggunakan hashtag #10FactsAboutYourEx...


Keluar gambar perempuan

Sambil layan Hitz.fm online petang ini aku adalah lepak di facebook, specificnya fan page Eyriqazz dan ternampak satu post yang katanya bla bla dan aku dengan tahap kemalasan yang tinggi sebabkan tiada kerja postlah link blog aku di fan page dia dan apa yang keluar..
Bukan gambar atas ini belum sampai lagi gambarnya, woahh..eh bukankah patutnya gambar aku ataupun gambar header aku, tapi yang ini lain..gambar perempuan pulak yang keluar, perempuan mana? entahlah maybe ada entri yang aku letak gambar perempuan ini, papepun aku dah mula konpius ini blog lelaki atau perempuan...
Dah penat aku refresh dashboard aku kalau-kalau ada entry terbaru, lama jugak aku tunggu tapi tetapi tiada..hurmmm

Petang ini tersangatlah tak produktif rasa, mungkin demam isnin rasanya, petang ini hanya dipenuhi dengan membaca kisah yang memberi inspirasi dan memandangkan aku peminat Manchester United mungkin aku nak berparty dengan Mister Potato..ehhh.. 


Pemberian terbaik kita kepada seseorang

Pemberian terbaik anda kepada seseorang...

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk dibicarakan. Apatah lagi kepada mereka yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit untuk dibincangkan oleh kakitangan perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi keluarga untuk membuat keputusan mengenai pendermaan organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila orang itu meninggal dunia.

Kongsi cerita dan video yang memberi inspirasi kepada anda di link ini

Bayangkan sekiranya insan yang anda sayangi mengalami kegagalan organ tahap akhir. Mereka terpaksa bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan dan bantuan mesin bagi meneruskan hidup. Sekiranya anda berada di tempat mereka, bagaimanakah perasaan anda? 

Ketika ini di Malaysia, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Mereka sedang menanti organ gantian bagi menjalani transplan yang boleh memberikan peluang kedua untuk menjalani kehidupan secara normal.

Percutian ke Itali yang menjadi idaman semua di link ini

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk ahli keluarga membuat keputusan bagi membenarkan pendermaan. Lebih-lebih lagi, di waktu baru kehilangan orang yang tersayang, keluarga mampu membuat keputusan demi untuk menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan. 
Apa yang kita perlu tahu mengenai transaksi di bank di link ini

Bantulah ahli keluarga anda membuat keputusan dengan berikrar sebagai penderma organ hari ini! Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.agiftoflife.gov.my . Layarilah laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendermaan organ. Anda mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang.

Ketahui maklumat lanjut tentang pendermaan organ di link ini...

Nyatakan sokongan dan keprihatinan anda dengan berkongsi entry maklumat ini kepada rakan-rakan di Facebook, Twitter dan Blog anda...

Majlis penyerahan Kolej Komuniti Pekan, Pahang

Kolej Komuniti Pekan, Pahang

Sebenarnya majlis ini dah lama berlalu, hampir seminggu tapi disebabkan gambar yang lambat nak transfer buat aku tertangguh nak terbitkan entry ini dan sebabkan Kolej Komuniti Pekan, Pahang ini bukan tempat belajar aku so keterujaan nak terbitkan entry ini juga tiada...


Tapi sebabkan gambar ada so aku gagahkan jua menulis tentang majlis penyerahan Kolej Komuniti Pekan, Pahang ini yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di KPT pada jumaat lepas lepas 12 oktober 2012...
Aku tak berapa pasti siapa yang dikanan itu, yang tengah for sure sebagai pelajar universiti semua mengenalinya. KSU KPT....majlis ini berlangsung di Dewan Za'Ba di Kementerian Pengajian Tinggi..
Selepas penyerahan kunci yang juga simbolik kepada penyerahan Kolej Komuniti itu, YBhg. Datuk KSU KPT mengadakan sidang video atau dipanggil video conferencing bersama Pengarah dan Pelajar Kolej Komuniti Pekan itu...


Kolej ini baru disiapkan dan baru mula beroperasi pada tahun ini , dan kepada sesiapa yang tak dapat melanjutkan pelajaran di Universiti bolehlah memohon untuk belajar disini terutamanya remaja di daerah Pekan, Pahang...






Khas buat penyokong The Red Warriors

Tak banyak yang aku nak kata rasanya since ramai eh semua dah tahu yang Kelantan memenagi Piala Malaysia yang menjadikan ia salah satu pasukan yang menang treble dalam satu musim selepas Kedah, dan entry ini bukan nak mengupas kenapa ATM kalah tetapi something yang aku jumpa masa cari video highlight final tadi....
Penuhkan stadium, penuhkan stadium Shah Alam, Kelantan yang patut menang bla bla nak tahu lebih tengok video bawah ini, video yang dikatakan dinyanyikan dua beradik dari Kelantan...
Nway congrat Indra yang jadi hero The Red Warriors malam tadi....

Gaya seorang blogger tegar

Aku dah banyak kali baca berkenaan cerita blogger tegar, blogger sejati dekat blog-blog orang lain tapi kali ini aku berkesempatan melihat sendiri gaya seorang blogger tegar dalam ktm dari Padang Jawa ke Kuala Lumpur semalam, kiranya gambar bawah ini segar lagilah kan..
Bukan gambar diatas yang dari google aku nak ceritakan tetapi gambar di bawah ini, yeah seorang blogger tegar yang sedap update ceritanya pertama kali menaiki ktm, walawehh...sempoi beb,aku pun belum pernah update blog dalam ktm
Ada bran nak challenge ke bang, nway kesahihan dia gunakan laptop itu sebagai update blog atau kegunaan lain entahlah, ini hanya tanggapan aku, mitos kaum beruk di pagi hari..nway aku ada gambar permandangan malam di stesen keretapi Kuala Lumpur tapi aku akan update di next entri...

Banyak lagi kisah yang memberi inspirasi di link ini...dan kisah ubah suai rumah yang terbaik hanya di link ini...

Kelebihan menjadi jurugambar

Ya, sejujurnya aku ini bukanlah jurugambar professional mahupun amatur nak cerita pasal kelebihan dan keburukan menjadi jurugambar ini, tapi pengalaman aku pegang kamera dua tiga kali menyedarkan aku betapa besarnya kelebihan seorang jurugambar lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis...

Tak banyak kelebihan yang aku nak bercerita tapi aku nak bercerita pasal satu kelebihan yang memang aku suka sangat dan aku sedar sesangat dan dan dan aku menggunakan kelebihan itu sepenuhnya semasa aku memegang kamera, so sewaktu praktikal ini memang banyak majlis aku berpeluang pergi dan kamera DSLR biasa tuh menjadi teman aku...
Kelebihan yang aku nak cerita tadi bukan pada gambar pertama ini tapi gambar kedua, gambar dibawah ini..kelebihan yang paling ketara aku nampak pada seorang jurugambar ialah dia boleh gambar sesiapa yang dia suka tanpa dibantah dan perasaan malu..woah!!

Perasan tak? cuba bayangkan kalau korang bukannya jurugambar, maksud aku jurugambar untuk sesuatu majlis lah kan, kalau korang bukan seorang jurugambar adakah orang yang korang nak ambil gambar itu akan buat muka cool dan senyum.eceh..jawab sendiri...
Macam gambar kedua yang atas ini, aku rasa pemilik dia tak kisah aku ambil gambar dia tapi yang dia kisah maybe kalau aku masukkan gambarnya dalam blog aku ini, but dah masukkan jua dalam blog ini..gambar ini aku ambil time majlis penghargaan dan penyerahan Kolej Komuniti Pekan yang bukan tempat aku belajar...so how? ada kewajaran tak kelebihan yang aku cakap tuh...

"Nway kalau ada yang suruh gambar ini diturunkan, aku akan turunkan :)"



Masalah lelaki tidak berteman

Walaupun aku ini jenis lelaki kacak tapi aku bukannya seorang yang forever alone, entahlah..aku kemana sahaja yang aku pergi mesti berteman, bukan apa..kalau orang tengok tak lah nampak akward sangat,lagipun kalau ada kawan adalah tempat bersembang...

But ini satu lagi masalah, masalah yang aku rasa dah kali keberapa tah, insiden yang sama  dan dengan benda yang sama, event Nuffnang, aku selalu jugaklah cuba nasib dalam apa jua event dia tapi bila dah takda kawan aku let go jela benda itu semua..

Latest event yang bawah ini:
Kalau dah kira Tropicana City Mall ini dengan Puchong taklah jauh mana tapi bila ingatkan tidak berteman, aku rasa mampu aku let go kan jua kepada blogger yang lain jela kot kan...

Event ini berkenaan screening kepada movie frankenweenie, film pasal anjing yang dah mati tapi dihidupkan, trailer di bawah ini...
But kalau ada yang sanggup menemaniku, aku ku confirmkan...hopefully ada yang menyuarakan hasrat hati sebelum jumaat inilah 19 Oktober pukul 3 petang..eh hari ini lah kan..kalau tidak lupakan sajalah hendak ke sana..:?

So siapakah??

Penangan kuasa mulut seseorang

Kalau tanya kenapa ramai usahawan yang berjaya, apa punca dia, apa sebab dia? adakah sebab pengurusan kewangan dia betul, produk dia bagus? Kalau tanya aku, aku boleh katakan 50% dari kejayaan dia datang dari mulut dia, you know what kalau dia tak pandai bercakap macam mana dia nak yakinkan orang lain membeli produk dia walaupun produk dia memang terbaik...

Bayangkan...sebab itu bagi aku kuasa mulut ini sungguh kuat, kuasa mulut ini bukan hanya untuk bercakap tapi untuk yakinkan orang dan bagi aku kuasa mulut yang paling berjaya adalah usahawan syarikat gores dan menang yang banyak menipu orang, kalau korang perasan, adakah orang yang jual gores dan menang ini hanya bukak kedai di tepi jalan dan tunggu orang gores jer...

Tak bukan? mereka ini pergi berjumpa personally dengan mangsa mereka dan keluarkan kuasa mulut mereka untuk yakinkan pengguna Malaysia yang memang rendah mengenai pengetahuan dan cepat terpengaruh dengan produk mereka ini...

Kuasa mulut mereka berjaya! Wahhh, pengguna sengsara, memang susah kita nak jangka bila kita ditipu menggunakan kuasa mulut ini, bila dengar rasa yakin gila tapi bila tengok, hampehhh...

Aku huraikan mengenai kuasa mulut untuk yakinkan orang ini sebab pagi tadi ada perjumpaan dengan penyelaras latihan industri aku, dan kami diminta untuk persembahkan projek dan sistem kami kepada dia...

Ironinya disini, aku dengan projek dan sistem software yang biasa berjaya yakinkan dia yang aku praktikal disini memang aku manfaatkan dengan sepenuhnya tapi kawan aku dengan kerja dan projek hacking yang bagi aku memang kena dengan kos kami ini gagal untuk persembahkan, bukan nak kata gagal persembahkan tapi gagal untuk yakinkan bahawa projek yang dia lakukan amat berguna dan tepat dengan apa yang kami pelajari..

Jadi kesimpulan kepada entri aku ini ialah kalau korang rasa rendah diri untuk bercakap, pertingkatkanlah, aku juga bukan jenis yang tak pemalu sangat tapi aku bila diberi peluang bercakap InsyaAllah banyak yang akan aku menipu..woahh..

Ok done perjumpaan pagi ini :)

Soalan-soalan sengal rakyat Malaysia

Dalam kalangan kita kalau soalan sengal ini selalunya soalan yang kita dah tahu jawapan tapi masih kita tanya soalan tuh macam tengok orang sedang makan, kita bertanya "Tengah makan ke bro" dan itulah contoh soalan sengal yang ada dalam komuniti kita..

Dan itu hanya satu, gambar bawah ini aku akan kongsikan soalan-soalan sengal yang ada di kepala seluruh pengguna twitter di Malaysia, tengok, baca dan tetntukan tahap kesengalan sesuatu soalan itu...

Banyak lagi sebenarnya soalan-soalan yang rasanya kita tak perlu tanya dan kalau ditanya ia akan dikategori sebagai soalan yang sengal tapi bagi aku orang termasuk aku yang tanya soalan sengal ini bukan apa tapi just sebagai nak berinteraksi dengan kita, nak wujudkan komunikasi antara kita, dan soalan sengal yang macam inilah salah satu cara yang terbaik nak mulakan perbualan...

Kisah mereka boleh dibaca disini dan korang juga boleh berkongsi kisah disini...

Kisah yang memberi inspirasi boleh dibaca disini...

Banyak lagi contoh soalan-soalan sengal di sini...

Kempen tanggalkan pelekat haram sekitar Kuala Lumpur


Kepada sesiapa yang ingin menyertai program sukarelawan 1M4U...

Malaysia and 1M4U merancang mengadakan kempen bulan Street Clean-Up atau pembersihan jalan...kempen ini akan mendapat sokongan dari Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan and Alam Flora, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dengan kerjasama  RockCorps   ia akan berlansung sepanjang bulan november ini, kempen ini mencari 600 sukarelawan yang akan menyumbang 4 jam dari masa mereka untuk menanggalkan poster haram, stiker dan iklan pada papan tanda, petanda jalan dan dinding..


Kempen ini merangkumi 11 kawasan sekitar Kuala Lumpur meliputi Lembah Pantai, Seputeh, Wangsa Maju, Kepong, Cheras, Batu, Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak, Pejabat Cawangan Titieangsa, Bukit Bintang, Segambut, Setiawangsa...

Projek pertama akan bermula pada 21 October 2012 di Setiawangsa, diikuti dengan kawasan yang lain pada November 2012...jadi semua yang berminat bolehlah cek event poster diatas untuk maklumat lanjut, atau lawati page dibawah ini..


Green Soldier NDUM


Atau boleh terus ke page 1Malaysia For Youth....


Tukar Tak Tukar akan menolong anda, buatlah pilihan yang bijak...
Kongsikan cerita yang memberi inspirasi kepada anda melalui ini...

Senarai cuti umum di Malaysia tahun 2013

Selepas keluarkan entry mengenai Takwim Persekolahan Tahun 2013, kini aku kongsikan lagi iaitu senarai cuti umum di Malaysia bagi tahun 2013....Senarai hari cuti umum di Malaysia bagi tahun 2013 atau jadual hari kelepasan am persekutuan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri...

Hari Kelepasan Am Persekutuan 2013Sumber Jadual Hari Kelepasan Am Perseketuan 2013: Scribd.com

Peringatan kepada pelajar SPM 2012


Memandangkan ketika ini hampir hujung tahun, sekolah pun hampir tamat tapi sebelum itu buat mereka yang masih bersekolah peperiksaan besar mahupun peperiksaan akhir masih menunggu anda..jangan menarik nafas hela yang terlalu panjang andai kata perjuanganmu belum selesai...
Namun entry ini aku dedikasikan kepada mereka yang lahir pada tahun 1995 yang sedang mengasah senjata ketika ini dan bakal menghunus pedang mereka pada hujung tahun ini, peperiksaan yang amat besar, peperiksaan yang menentukan sama ada korang sambung belajar menggunakan PTPTN atau menggunakan biasiswa macam abang..hehe

Ok bukan itu yang aku nak fokuskan tapi kehidupan terakhir sepanjang masih bergelar pelajar sekolah ini, yang merasa tak sabar nak tinggalkan sekolah tetapi takut nak menghadapi SPM, haishhh...janganlah tertipu dengan typical mentality korang yang mengatakan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah amatlah tidak menyeronokkan...

Sebenarnya dalam hidup kita yang singkat ini, kehidupan sebagai pelajar sekolahlah yang paling menyeronokkan, paling akan kita kenang sepanjang nafas masih terhela, memang kalau ikut logik kita kena ikut pelbagai peraturan tapi jangan ingat kalau korang dah tamatkan persekolahan, peraturan tidak akan ada dalam kamus hidup korang, peraturan itu ada dimana jua...

Dan entry ini just aku sebagai abang nak nasihatkan jangan sia-siakan waktu yang berharga ini, sebab masa tidak dapat diundur, jangan percaya dengan mesin masa yang banyak menipu kita, kalau masa persekolahan ini kita tidak hargai, sejarah sebagai pelajar sekolah akan jadi sia-sia, tiada apa yang ingin kita kenang mengenai zaman persekolahan kita...

Namun selain tidak menghancurkan zaman persekolahan korang, bersiap sedialah dengan peperiksaan yang bakal menjelang tiba, jangan keputusan  sudah keluar baru hendak bersedih, ingat mesin masa tidak wujud sama sekali...

Akhir kata, belajar menggunakan PTPTN atau biasiswa semua ditangan anda :)

Himpunan doa harian

Dalam kita tergesa-gesa kadang-kala kita terleka, kita terlupa untuk memanjat doa kepadaNya, kita selalu lupa bahawa dengan doa kepadaNya segala urusan harian kita akan dipermudahkan InsyaAllah...

"Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda..." -Doa Harian dot blogspot


Semua hasil dari entry ini adalah dari Doa Harian Dot Blogspot

Kecelaruan di pagi hari

Entahlah kenapa ini semua berlaku, macam baru hari ini aku start berblog...entahlah kenapa, pagi tadi time baru first log in ok jer 5 minit lepastuh semua hilang statistik blog aku...malas nak melatah terlalu banyak, statistik je yang reset bukan post atau komen...

So watlek dan google feedback pun dah hantar so tunggu dan lihat sajalah...
Tapi sebelum itu jom kongsi cerita yang memberi inspirasi kepada kita sepanjang usia kita ini di link ini...

Baru tengok dah jatuh cinta

Aku nyh entahlah jenis lelaki yang macam mana, nak kata cepat jatuh cinta tak jugak, lambat jatuh cinta tak jugak, diri sendiri pun tak faham macam mana nak faham orang lain, tapi kali ini situasi serius jauh gila berbeza, first time aku tengok terus aku jatuh cinta...
Jatuh cinta pandang pertama gitu, pagi tadi baru aku tengok trailer dia terus aku rasa nak download cerita ini, entahlah kenapa tapi semua trailer cerita best kan cuma yang betul best ke tak jela tapi serius aku yakin cerita Jiwa Kacau nyh best, mungkin ada Apek dan pelawak yang lain mungkin...



Trailer best? ok link download filem ini ada diinternet tapi sebelum itu klik disini untuk maklumat lanjut...

Link download? Korang boleh jer search dekat google, carilah dekat ddmf ke...

Lepas download semua link filem itu dan korang tak tahu macam mana nak join filem itu bolehlah ke website ini: Cara Mudah Download Filem..

Cara buat perbandingan gadjet online termurah

Dengan keluarnya pelbagai gadjet baru aku rasa ramai yang ingin turut serta memiliknya tapi mesti setiap kali ingin membeli sesuatu gadjet yang baru wujud satu masalah, masalah yang sama...Burger yang tak macam burger...

Nak buat perbandingan harga...

Cerita di Nesface...Website ini murah ke, website itu mahal ke...jenuh kita nak periksa semua kalau kita betul-betul ingin membeli tapi disini aku ingin berkongsi dengan korang semua satu website yang boleh membantu kita membuat perbandingan harga kalau kita nak membeli gadjet secara online...


Cara nak berjimat dalam menggunakan telefon untuk pelajar....Website atas ini serius banyak membantu kalau kita ingin menjimatkan masa, ia dah membantu aku membeli Blackberry Torch 3 aku baru-baru ini..so cubalah...UniFi percuma selama sebulan...


P/s: Ayat yang di Italickan adalah iklan dan promosi...

Baru nak mulakan sistem

Task nak siapkan sistem ini sebenarnya aku dah dapat dari minggu lepas lagi, actually dua minggu lepas but biasalah manusia sesangat pemalas, so bertangguhlah kerja pagi tadi puan empunya sistem dan nak datang tengok tapi hasil tarak...
So pagi ini baru kelam kabut nak siapkan tapi takpe bagi student macam gua aku rasa, untuk hari ini interface atau muka depan sistem nyh mampu aku siapkan, connect dengan database? database? local host? maybe esok atau minggu depanlah jawabnya...

Ayat reject couple yang popular

Since semalam dah trending dekat twitter hashtag #FamousRejectionLines so pagi ini aku rasa teringin pula nak berkongsi dengan korang semua famous-famous ayat reject bila ada yang ingin berpacaran dengan kita, dan semuanya dikreditkan kepada twitter user....


Dah puas? kejap ada lagi dari twitter ini di bawah ini...



Nakkan aku credit kan kepada semua tak mampu aku lakukan kerana aku postkan entry ini pun dalam keadaan kelam kabut kerana ada kerja last minit so kepada sesiapa tuan/puan empunya tweet ini ku ucapkan terima kasih dan jika daa yang ingin dikreditkan inform sahaja..

Banyak lagi tweet dari hashtag #FamousRejectionLines

Sekian hari ini...

Sampai bila mahu bergelumang...

Tengokkan perjuangan yang diperjuangkan oleh rakan sekelasku di Universiti sana, Wan Nurhidayat buat aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu benda berharga yang beliau perjuangkan...

Apa yang diperjuangkan?

Yeah..kesedaran alam sekitar melalui Green Brigade..


Entahlah, mungkin kurangnya sikap tanggungjawab kita kepada alam sekitar atau perlu diselalu pesan baru kita akan jaga alam sekitar kita ini, mungkin kita lihat apa yang kita selalu lakukan, menggunakan beg plastik nampak macam benda yang simple, apalah sangat dengan plastik ini...

Tetapi tanpa kita sedar, apa yang kita lakukan akan diikuti oleh generasi masa depan lalu diikuti oleh generasi selepasnya dan bilakah mahu berhenti? bilakah baru alam sekitar kita tidak lagi menerima plastik akibat perbuatan simple kita ini...
Bagi aku apa jua tindakan yang kita lakukan walaupun kecil seriously mampu mengubah dunia, mungkin tidak banyak tetapi sedikit sebanyak mampu menyelamatkan alam sekitar kita dari terus di musnahkan...

Biarlah kalau ada yang yang bercakap sinis " bukan boleh ubah dunia" , tapi biarlah kita terus lakukan selagi kita tidak hanya bercakap...
Selain berupaya menyelamatkan alam sekitar kita sebagai orang islam juga percaya kepada balasan yang bakal diterima oleh Allah, kita sedia maklum yang Allah sukakan tempat bersih jadi kalau kita terus memelihara alam ini apakah balasan yang bakal kita terima??

Fikirkan sendiri walauapapun sampai bila kita nak bergelumang dengan sampah kalau bukan kita sendiri yang berusaha menyelamatkan alam sekitar ini..

Benda pertama yang korang boleh lakukan perubahan terhadap alam sekitar ini adalah dengan menyokong sahabat aku ini di dalam projeknya di link ini...

Burger ... Tapi tak burger ... Huh?

Burger tapi tak burger? haa, kalau cakap pasal burger sure akan terbayang sekeping daging yang di apit oleh dua buku roti, tak kisahlah burger apa pun mesti ada dua roti, atas dan bawah..

Maklumat lanjut mengenai burger ini boleh ke website ini...
Tapi kelaianan yang dikeluarkan oleh burger KFC ini iaitu burger yang tak macam burger, yeah roti tiada tapi diapit oleh dua daging rangup...macam video bawah nyh..
Berkenaan burger tapi tak burger ini boleh ke website ini, rasakan dan buktikan, eh macam iklan pulak..yeah memang iklan....bukan apa just nak berkongsi dengan korang produk terbaru dari KFC ini sahaja..

Entri lain: 


Makin lama makin rasa dekat

Dalam semua hal aku rasa perumpamaan ini, perumpamaankah, boleh dipakai..kalau kita tunggu sesuatu tarikh pun rasa macam nyh..lagi lama kita tunggu lagi dekat kita rasa dengan apa yang kita tunggu...

Dan benar la orang kata kalau lama-lama kita lalu jalan yang sama, nanti lama-lama sure kita akan rasa dekat, samalah macam apa yang aku rasa sewaktu jalan pergi balik ke Putrajaya tempat aku berpraktikal...

Lebih kurang 26.7KM dari Puchong ke Putrajaya yang perlu aku tempuh setiap hari, itu jauh masa pergi jer kalau pergi balik cuba kali dua je la kan...

So atas nyh laluan aku setiap hari yang di ambil dari google maps, so beginilah aku setiap hari, waktu mula-mula dulu rasa jauh jer bila nak sampai tapi sekarang dah rasa dekat, ada kadang-kadang dua kali aku patah balik...

But walaupun dah rasa dekat tapi kadang-kadang ada jgaklah kan rasa jauh tuh, tuh bila dah penatlah...dengan angin kuat memang rasa jauh jer,.hehe..

Nway dah siap pelan transformasi aku..huh!

Takwim persekolahan tahun 2013

UPSR sudah lama berlalu, PMR bakal menjelma, SPM hanya tunggu masa sahaja membuka tirainya...lengkap ketiga-tiga peperiksaan besar ini maka, tertutuplah tirai persekolah bagi tahun 2012 dan menjelma pula sesi persekolahan 2013...

Dan buat pasangan pengantin khususnya pasti menunggu hari cuti persekolahan untuk melangsungkan perkhawinan dan bagi murid-murid yang tak sabar untuk bersekolah lagi disini aku sertakan takwim persekolahan tahun 2013 untuk semua...

Sumber: Scribd.com


Tips-tips PMR 2012

Memandangkan Penilaian Menengah Rendah(PMR) untuk tahun 2012 bakal bermula esok dan banyak yang tweet di Twitter memohon restu, memohon keampunan buat semua dan yang paling trend for surenya tips-tips terakhir untuk mereka yang bergelar calon PMR 2012...
Disini sebagai aku yang dah pernah mengambil PMR ini tak banyak yang boleh aku kongsikan dari pengalaman sendiri yang penting sudah masuk waktu-waktu terakhir ini banyakkan berserah dan bertawakal kepadaNya selain memohon keampunan kepada mereka yang di sekeliling...

Dan disini aku ada sertakan beberapa tweet dari mereka yang di Twitter berkenaan Tips-Tips untuk PMR esok...
So how? banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita sewaktu menjawab soalan nanti, jauh dari kesilapan dan kegagalan..

Amin....

Banyak lagi tweet berkenaan Tips PMR disini ( #TipsPMR )

Lagi kisah pasal perempuan

Aku nyh jenis yang cepat fed up dan malas nak lama-lama dalam mencari sesuatu macam petang tadi, aku punyalah mencari atm Maybank dalam Petronas di USJ nyh, dalam 10 minit mencari gagal aku terus ke tempat yang aku dah confirm tahu ada walaupun jauh sikit di Tesco Puchong, pergi ke sana settle masalah...
Dan sampai rumah, bukak facebook jumpa gambar bawah ini bukan atas ya, gambar Ayu Raudah takde kena mengena dengan entry ini, haaa kalau sebelum nyh kita dengar yang peratusan Wanita Malaysia yang curang paling tinggi dan sekarang yang ini pulak...
Haishhh kemain perempuan Malaysia, dah pandai curang pandai pulak simpannya..but the truth is mereka sahajalah yang tahu...

And yang paling penting tak semua begitulah, ada saja yang macam perempuan melayu terakhir, right...semua itu bergantung kepada diri sendiri,  dan sebab segelintirlah keluar fakta atau auta macam ini di surat khabar tapi  yang pelik tak pulak keluar berita pasal lelaki kurang curang or pandai main kayu tiga ke ape kan...

Hurmmm

Entah bila dapat habiskan


Malam nyh masa semua dihabiskan berehat dirumah selepas penat berpeluh pada pagi tadi sampai pukul 4 baru habis rasanya...buat apa? Wait for next entry... 

Dan semestinya entry ini bukan bercerita mengenai aktiviti pagi tadi yang akan aku cerita di kemudian hari tapi mengenai gambar dibawah ini, boleh agak? benda apakah? alahai senang sangat...
Buku diatas ini sebenarnya buku seseorang yang mungkin merasa kurangnya cahaya dimuka aku nyh lalu beri pada aku dan khatamkannya tapi sikap pemalas dan bajet sibuk aku mengakibatkan buku yang dah lama dapat tapi belum sempat habiskan...

Tapi taklah banyak sangat yang tinggal, lagi satu bab jer bukan tak nak habiskan secepat mungkin tapi rasa sayang pulak kalau baca cepat-cepat dan cepat habis...rasa nak nikmati lama-lama pulak buku ini, mungkin bukan sebab isi kandungan mungkin sebab lain, siapa tahu...

Papepun aku akan habiskan buku ini malam ini jugak, sambil rehatkan kaki aku yang sengal-sengal ubi nyh..waduh...

Cara makan Cupcake yang betul

Ada pelbagai jenis cupcake, kalau nak terangkan satu-satu memang aku tak mampu, makan mampu dan ada juga pelbagai cara nak makan dia, kalau yang gelojoh terus sumbat semua dalam mulut..kalau rasa malu dan bajet sopan sikit letak dalam pinggan potong guna sudu makan sikit-sikit walaupun memang hakikatnya takkan rasa puas...

Dan kali ini aku jumpa How To Eat a Cupcake, Like a Gentlemen di facebook dan ke youtube, cara yang efisen rasanya dan agak berlainanlah, jauh dari mulut comot dan agak sopan juga....
So how?? Like a gentlemen? Like a boss?? yeahhh..

Petang sangat panas, malam ini hari terakhir untuk aku prepare untuk hari esok? :)




 
Web Analytics