Home » » Pentingnya human interaction

Pentingnya human interaction

Alhamdulillah kini masuk hari kedua Latihan Industri ku, tak banyak berubah dari hari semalam hanya hari ini aku dah dapat meja dan pc so mampulah ku mnenceritakan apa ilmu baru yang aku dapat disini...

Pagi tadi aku berkesempatan mengikuti satu perbentangan akhir pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi jurusan siokologi, mereka berkongsi apa yang mereka dapat sepanjang berpraktikal disini..

Human Interaction...
Walau apa jua jurusan, kos, bidang yang kita ikuti semasa di menara gading human interaction atau komunikasi antara manusia itu penting, komunikasi antara manusia ini mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan paling banyak yang dia tekankan adalah masalah di tempat kerja..

Aku rasa kita pun bersetuju yang perhubungan secara langsung atau tidak langsung perhubungan itu penting, walaupun kita belajar sains komputer yang banyak melibatkan sistem dan peralatan namun sebagai manusia komunikasi sesama manusia itu penting..

Tanpa komunikasi mungkin kita akan gagal walaupun kita mempunyai ilmu yang setinggi bukit so aku rasa semasa kita di universitilah kita patut develop comunication skill kita sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan, dan itulah pentingnya Latihan Industri agar kita dapat menimba ilmu sebelum kita bergraduasi nanti dan melangkah ke alam pekerjaan..

Hari ini ada jamuan Merdeka Raya di Kementrian Pengajian Tinggi, Putrajaya :)

0 Kata:

 
Web Analytics