Home » Kehidupan lelaki bujang

Kehidupan lelaki bujang

Beginilah hidup orang bujang yang tidak beribu dan bapa dirumah, semua kena uruskan sendiri..walaupun susah nak berdepan dengan banyak keperitan namun waktu beginilah kita dapat belajar hidup berdikari, mempelajari bagaimana perit getir ibu bapa kita mencari duit untuk menyara keluarga...
Walaupun tidak sesusah mana tapi cukup rasanya mengajar kita, kalau sebelum ini hanya tinggal di hostel, asrama yang rasanya tidak cukup mengajar kita dan bagi aku waktu 5 bulan ini sepanjang aku berpraktikal diluar mampu mengajar aku pelbagai cara hidup, taktik kehidupan yang sedikit sebanyak akan membantu aku selepas aku bergraduasi nanti...

Dan untuk orang bujang macam aku, sarapan beginilah, nasi lemak dan kalau rajin sedikit mungkin dapat bangun awal untuk menyiapkan sarapan, tapi most of the time memang tak akan bangun..hurmmm...
Sudah dua minggu aku merangkak berdikari jauh dari keluarga, sebelum nyh memang dah jauh just sebelum nyh tinggal di hostel so feel hidup berdikari tuh kurang lah sikit terasanya, sekarang lebih terasa dan Alhamdulillah sehingga kini aku mampu hidup dan rasa gembira..wah wah wahh..

InsyaAllah lepas ini aku akan post semua berkenaan tempat yang aku pergi sepanjang aku diluar ini, mudahan berjayalah...

0 Kata:

 
Web Analytics