KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Kamu seorang yang penyabar

Bila kemalasan menguasai diri memang sanggup keseorangan dirumah dari habiskan masa dirumah dan mujurlah aku ada tempat untuk mengadu domba disini...
Entry pendek malam ini berkenaan statistik yang aku tengok di blog aku, statistik? nampak sangat aku sangat bosan dan bosan dan satu lagi, bosan...ok tiga kali bosan malam ini...

Gambar bawah ini, statistik browser yang digunakan pengguna untuk lawat blog aku...first dan second confirm Chrome dan Mozila tapi yang aku musykil bila ada Internet Explorer...bukan apa, aku rasa mereka yang gunakan IE inilah yang punyai hati yang sabar dan tenang...

Aku pagi tadi ada menggunakan browser Internet Explorer sebab tiada sangat pilihan dan aku end up dengan tak bukak website papa pun sebba sangatlah slow dan aku taklah sangat sabar...

Aku respectlah mana yang boleh bersabar dengan Internet Explorer nyh..

Wuwuuuttt**


Typicaly mentality rakyat Malaysia

Sebenarnya post ini dah lama aku karang tapi belum berkesempatan untuk selesaikan, post ini aku hasilkan masa hashtag #TypicalMentality jadi trend di Twitter, tapi entah apa sebab aku tak post maybe terlepas pandang atau apa, so kali nyh aku nak terbitkan juga memandangkan ada beberapa keadaan yang berlaku pada aku hari ini...
Entri lain yang menarik mengenai Twitter


 Kalau korang nak baca lebih lagi mengenai hashtag ini bolehlah ke link  ini #TypicalMentality....

Sakit tapi puas

Kepada yang belum baca entry aku sebelum ini mohon baca ataupun segera ke link ini: Kepuasan Malam Pertama, untuk lebih memahami cerita aku ini
Gambar yang tiada motif...

Yeah entry aku bukan berkenaan gambar diatas tapi berkenaan gambar dibawah, macam dalam entry aku sebelum ini malam semalam aku ke Ferro Futsal untuk berfutsallah kan selepas hampir sebulan lebih tidak berpeluh, serius memang puas gila main walaupun sedikit pancit tapi yang menyedihkan aku apa yang aku dapat..

Gambar bawah ini menunjukkan kesakitan yang aku dapat namun kesakitan yang kecil ini tidak menghalang aku untuk berasa puas, walaupun sakit tapi aku puas..
Biasalah kan kalau kita buat benda yang kita suka mana mungkin ada penghalangnya, walaupun sebesar mana dugaan pun kita tetap rasa kecil macam aku..walaupun ada luka namun tak menghalang aku untuk ke Sport Planet pulak esok malam untuk aktiviti yang sama :)

Koleksi awek Malaysia

( Choclairs- Stack a Boom ) Waktu hampir pukul 5.30 petang, waktu hujung-hujung sebelum aku bergerak pulang ke rumah..dan waktu terakhir ini aku luangkan masa scroll timeline facebook aku dan aku terjumpa something yang jarang aku jumpa..

Nway something dari aktiviti kawan facebook aku, yeah page facebook Koleksi artis Malaysia, lawak pun ada macam mana page macam ini boleh ada, dan macam gambar bawah ini aku ambil dari page itu..



Namun tujuan aku untuk menerbitkan entry ini bukan berniat nak berkongsi page itu, langsung tidak juga untuk menayangkan gambar-gambar rakyat Malaysia ini, tapi nak mengingatkan setiap perempuan yang ada facebook agar setiap gambar yang dipost dijaga, kalau boleh kurangkan memuat naik gambar cantik anda semua..

Kerana pastinya ada manusia seperti owner page ini yang akan memuat turun dan memuat naik pula gambar anda di pagenya, aku yakin setiap gambar perempuan di page itu bukannya dimuat naik oleh tuan gambar itu sendiri, pastinya dimuat naik oleh orang lain tanpa kebenarannya so harapan aku agar kurangkan memuat naik gambar anda dan kalau nak juga, privacykan lah kepada certain-certain orang jangan terlalu public..

Dan kepada puan punya gambar diatas jika terbaca entry ini dan tak suka akan gambarnya dimuat naik, laporlah kepadaku..

Sekian, jom balik sambil menikmati coklat di link ini...

Oh Crush, aku terpikat

CRUSH

Zaman remaja tu zaman yang sangat indah.
Saat mengenal dunia seribu cerita.
Masa mula nak menapak dalam hidup yang banyak dugaanya.
Juga masa mula nak mencari erti cinta.
Zaman sekolah.
Bila orang bercinta, kadang-kadang kita pun ada rasa nak juga.
Tapi tak kurang yang tak endah, tak peduli apa-apa,
Bagi mereka, bukan cinta, tapi cita yang lebih utama.

Aku? Tak kurang hebatnya.
Zaman sekolah, ramai kawan tak kira lelaki dan perempuan.
Merasa jugalah dicop sebagai “buaya” walau seketika.
Tapi status solo tu berjaya dipertahan sampai ke akhir sekolahnya.
Sebab itu janji pada diri, kalau tak ikut pada diri jugalah ‘berdosa’.

Sampai satu masa gadis yang diidam-idamkan datang mencuit jiwa.
Putih, berkaca mata.
Bebola mata hitam pekat, bulat.
Muka bujur sirih, senyuman manis selalu terukir di muka.
Berbaju kurung terserlah si gadis, bertudung bawal sebab masa tu tudung Yuna belum ada.
Aku tekad memecah egois, mahu mengenal cinta.

Hingga sekarang masih mengenal hati dan jiwa.
Harapan diri dia yang selamanya.

Maaf, kata ini bukan semestinya buat saudari dan saudara.
Maaf sekali kalau ada yang meluat dengan hamba.
Hamba cuma ingin sekali ada yang terbaca, dan tahu.
Yang dia, di ingatan sentiasa.

Moga Dia menjodohkan kita.

Specially created by Satu Hikayat

Pekara menyakitkan di sekolah

Semua pernah merasai alam persekolahan dan setiap orang ada pahit manis pengalaman semasa disekolah, pekara manis yang nak sangat berlaku sepanjang kita disekolah dan ada juga pekara yang kita pantang sangat berlaku ataupun mengharap sangat ia tak berlaku sepanjang kita bersekolah...
Tapi kali ini aku nak bercerita tentang benda yang menyakitkan dan paling aku risau dan dan dan paling aku tak suka berlaku semasa aku disekolah...
Yeahh, sakit perut...cukup tak suka aku kalau sakit perut datang masa aku disekolah, bukan apa tak selesa..tambah-tambah lagi keadaan tandas di sekolah yang tak cukup sifat, duduk kejap pun dah rasa bertahun kalau dalam tandas tuh...

Memang kalau dulu sewaktu aku disekolah kalau sakit perut masa di sekolah memang pekara paling choyyy sekali, benda kalau boleh tahan takpe, baginya tak boleh tahan..menghadaplah keadaan tandas yang tak cukup sifat itu....

MySpace kembali dengan wajah baru


Mungkin dah ramai yang lupa tentang kewujudan Myspace ini yang merupakan lama sosial seperti facebook dan juga Twitter tapi mungkin kehendak pengguna dan perubahan teknologi, laman sosial ini kurang digunakan lagi..
Interface lama akaun MySpace

Dan kini laman sosial ini telah kembali dengan wajah baru dan mungkin mengharapkan sambutannya kembali seperti dulu, interface yang agak menarik bagi aku macam gambar atas ini..

Contoh interface lain yang ada dalam preview videonya....

Mungkin lepas ini akan ramai yang tertarik den gan interface yang baru ini, kalau berminat untuk melihat video previewnya boleh ke laman ini: https://new.myspace.com/play...

The new MySpace: https://new.myspace.com/

Cerita lucah sangat banyak

Banyak rasanya aktiviti tak bermoral berlaku sekarang dan yang paling terbaru dan mengemparkan kes seorang bayi yang dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari, bagi aku inilah yang terbaru yang dilaporkan oleh media di Malaysia, entahlah kalau ada yang terbaru...

Bagi aku entahlah nak salahkan siapa, mungkin nafsu yang terlalu tingggi hingga terjebak ke arah itu, dan di blog aku juga ada tersenarainya kisah lucah yang dicari pembaca, carian cerita lucah mencapai carian yang paling tinggi hari ini dengan 172 hits, banyak juga tapi rasanya tiada cerita lucah yang dimuatkan dalam blog ini, yang ada pun mungkin cerita Cerita Lucah Sekolah Agama dan Hari-Hari Kisah Lucah yang aku rasa isinya...hurmmmm, bacalah....
Print screen dari statictik yang dikeluarkan Nuffnang pada hari ini, tapi bagaimanapun carian doa-doa solat masih tidak ketinggalan dan nampaknya masih ada yang mencari doa dalam blog aku ini...


Pengalaman dua hari disana

Setelah merasa kehadiran moday blues ini maka tamatlah perjuangan sebagai krew teknikal sistem untuk event Pengajaran Sepanjang Hayat di PWTC sabtu dah ahad lepas, sebagai pelajar praktikal di sayarikat yang mengendalikan sistem teknikal sepanjang acara itu so aku menjadi salah seorag krew disitu...penat berbaloi!

Sepanjang dua hari aku embantu siapkan teknikal sistem dan kalau kalau ada masalah sepanjang majlis berlangsung, since memerlukan komitmen yang tinggi so aku dibekalkan sebuah bilik dengan teammate aku di hotel bersebelahan PWTC, Seri Pacific Hotel, yeah on 10th floor room no 01

Walaupun tiga hari bermula jumaat aku menginap disini namun tak banyak masa yang aku habiskan disini, masa banyak dihabiskan di PWTC saja, sempat tidur saja dan menguruskan diri...

Kedua dua gambar itu semasa waktu sarapan, sarapan pun dah macam makan tengahari..

Semasa menghilangkan kebosanan aku disana, kamera syarikat dijadikan teman untuk aku mengadu domba, woahh..
Antara orang terkenal yang sempat aku jumpa sepanjang karnival Pengajaran Sepanjang Hayat ini berlangsung, kesemua gambar ini hasil dari kamera syarikat yang aku pinjam...

So harini aku kembali semula ke tempat aku, penat rasanya tapi berbaloi dua hari disana, tak banyak yang aku dapat ceritakan input dari program itu kerana aku sibuk berjumpa orang sekeliling yan datang..woahhhhhh

Ini rasanya entry pertama aku yang paling paling banyak bergambar...woah



Benda baik datang lagi

Alhamdulillah, kita masih bernafas lagi dan mampu berjumpa penghulu segala hari ini...
♥ Alhamdulillâh... another Jumuah (Friday) - The master of all days, has come again. ♥

Are you waiting for this day? Don't pass the day without doing many good deeds & getting loads of Rewards!... MashaAllaah! ♥

Here are the sunnahs you can do today: !!►► [REMINDER]
1 - Praying Fajr in congregation [al-Bayhaqi, classed as saheeh by al-Albaani, 1119]

2 - Before and during Salaat al-Jumu’ah (Friday prayer):

➲ Bathing on the day of Jumuah [Bukhari & Muslim: #1951 & #977]
➲ Going early to Jumuah prayer [Bukhari & Muslim: #929 & #1964]
➲ Walks to Jumu’ah prayer [al-Tirmidhi, 496]
➲ Listening attentively to the Jumu’ah Khutbah (Sermon) [al-Bukhaari (934) & Muslim (851)]

3 - Seeking the hour of having one's prayer answered on Jumuah day [Bukhari & Muslim: #935 & #1969] 

4 - Reading Surah Al-Kahf [al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249]
5 - Sends blessing on the Prophet Muhammad (sallAllaahu 'alaihi wa sallam) [Ibn Majah, #1085); Abū Dawūd, #1047]


Sudah bersedia untuk esok di PWTC

Selamat petang dan selamat pulang bekerja...

Since aku ada kerja sebagai jurugambar sepanjang jumaat sabtu dan isnin ini di PWTC, sempena apa? find out:)
Entry pendek di petang ini just aku nak beritahu yang kamera yang akan aku gunakan telah pun aku dapat sebentar tadi, so hasil kerjanya tunggu esok jela...
Bukanlah expert sangat bergambar ini tapi harap takdelah teruk sangat hasil kerja aku nanti...

Kepuasan malam pertama


Rasanya sudah lebih kurang sebulan aku tak berpeluh, last aku berpeluh pun rasanya dua minngu sebelum raya pertengahan ramadhan macam tuh, selepas tuh rasanya hidup aku dipenuhi makanan, tidur dah rehat yang amat mencukupi, namun bukan sengaja aku tak nak peluhkan diri aku namun kecelakaan yang menimpa diriku memaksa aku untuk berdiam diri sahaja sewaktu kawan-kawan yang lain berpeluh... 

Namun malam semalam aku gagahkan diri untuk join kawan-kawanku di Ferro Futsal untuk bermain futsal, lama rasanya aku tak bermain futsal, risau pancit pun ada tapi not bad stamina aku masih ada tak termengah-mengah masih mampu kawal permainan dan masih mampu jaringkan gol, itu penting...

Kepuasan malam pertama aku berpeluh itu memang ditahap maksima dah lama rasanya tak rasa seperti itu, berkumpul bersama teman di malam hari memang sungguh menyeronokkan lagi lagi melakukan aktiviti yang memang super ohsem macam ini...
Satu gambar yang sempat diambil selepas mencapai tahap kepuasan maksima..







Kehidupan lelaki bujang

Beginilah hidup orang bujang yang tidak beribu dan bapa dirumah, semua kena uruskan sendiri..walaupun susah nak berdepan dengan banyak keperitan namun waktu beginilah kita dapat belajar hidup berdikari, mempelajari bagaimana perit getir ibu bapa kita mencari duit untuk menyara keluarga...
Walaupun tidak sesusah mana tapi cukup rasanya mengajar kita, kalau sebelum ini hanya tinggal di hostel, asrama yang rasanya tidak cukup mengajar kita dan bagi aku waktu 5 bulan ini sepanjang aku berpraktikal diluar mampu mengajar aku pelbagai cara hidup, taktik kehidupan yang sedikit sebanyak akan membantu aku selepas aku bergraduasi nanti...

Dan untuk orang bujang macam aku, sarapan beginilah, nasi lemak dan kalau rajin sedikit mungkin dapat bangun awal untuk menyiapkan sarapan, tapi most of the time memang tak akan bangun..hurmmm...
Sudah dua minggu aku merangkak berdikari jauh dari keluarga, sebelum nyh memang dah jauh just sebelum nyh tinggal di hostel so feel hidup berdikari tuh kurang lah sikit terasanya, sekarang lebih terasa dan Alhamdulillah sehingga kini aku mampu hidup dan rasa gembira..wah wah wahh..

InsyaAllah lepas ini aku akan post semua berkenaan tempat yang aku pergi sepanjang aku diluar ini, mudahan berjayalah...

Berjanji Sehidup Semati

Since kerja dah habis dan menunggu masa untuk pulang tapi tiada kerja nak buat so aku nak berkongsi dengan semua berkenaan satu berita yang sebelum nyh banyak sangat iklan dia yang aku tengok sepanjang jalan kemana saja aku pergilah semenjak dua menjak nyh...

Berkenaan filem Untuk Tiga Hari yang mengisahkan kisah cinta Zafrin dan Ujie dalam kisah ‘Untuk Tiga Hari’ – Pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di university merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibu bapa masing-masing telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan sendiri. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas tiga hari..


Selain akan ditayangkan 20 Sept ini aku nak kongsikan yang filem ini akan keluar preview filem ‘Untuk Tiga Hari’ eksklusif yang akan ditayangkan di Astro Gempak pada 18th Sept – 19 Sept..

 Akan ditayangkan di pawagam bermula 20 Sept.

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke link ini..


Sukakannya lepas tengok Ain

Memang semenjak nyh masa aku banyak dihabiskan sama ada didepan laptop atau tv, layan movie baru download ataupun drama jiwang melayu yang dah tahu kesudahan dia...

Kini aku sibuk melayan drama Adam dan Hawa, heroin dia Ain Hawani yang ok lah...dan sebabkan Ain aku terkesima dengan lagu dalam drama nyh...

Kali ini aku terkesima dengan lagu dari Triad Ratu dihatiku
Dah banyak kali jugak nyh aku ulang lagu nyh disebabkan penangan drama adam dan hawa...

Kali pertama aku lihat begini

Since aku sekarang dekat Shah Alam dan tak bawak laptop aku kesini so tak banyak yang boleh aku lakukan dengan blog aku, mana tak nya semua benda yang berkaitan dengan blog aku, di bookmark kan dekat situ..

So mulanya aku tak plan nak update disini but time aku usha blog aku, aku terpandang iklan Nuffnang yang pelik dari sebelum ini, tak tahulah kalau sebelum nyh memang dah pernah ada, yeah macam gambar bawah nyh..


Bukan apa, selalunya iklan macam nyh selalu ada dekat syarikat pengiklanan lain ja tapi sekarang ada dekat Nuffnang...

Oh ok..

Perangai sebenar aku

Bukan nak cakap aku seorang saja yang berperangai macam nyh, aku rasa kebanyakan orang pun macam nyh selain yang memang jenis friendly...macam itu bagus, senang dalam making friends...
Since kaki kanan nyh masih sakit dan tak mampu nak meyepak bola so malam begini hanya mampu lepak dibilik sajalah, tak mampu nak follow kekawan pergi bermain futsal...

Sungguh menyedihkan...

Mencintai military man tidak susah

Siapa kata susah, siapa kata payah....

Mereka yang tidak memahami sahaja akan rasa kesusahannya..


Love the SOLDIER hate the WAR


Jangan jadi pandai sangat

Sambil syok melayan muzik Skrillex di youtube, aku terjumpa salah satu post dari facebook Kereta Mayat yang memang aku follow..Jangan jadi pandai sangatlah..

Muzik Skrillex yang aku layan dari pagi tadi:
Falsafah bergambar Kereta Mayat:
Hari ini ada perancangan hendak ke satu tempat ini tapi tak pasti jadi ke tak..

Keindahan Pullman Putrajaya Lakeside

Since tempat latihan industri aku terletak di Putrajaya so tak sah rasanya kalau waktu petang tak dihiasi dengan permandangan tasik nan indah di sekitar Putrajaya...

So semalam petang aku sempat aku bersiar-siar di tepi Tasik Putrajaya bersebelahan dengan Pullman Putrajaya, dan gambar bawah ini adalah permandangannya...

Pullman Putrajaya Lakeside ini merupakan hotel dan resort yang terletak di Putrajaya, bersebelahan Tasik Putrajaya dan berdekatan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)..

Harapkan 5 bulan disini aku mampu mengenali semua tempat di Putrajaya lah...

Andai sampai mati kau tak maafkan

Assalamualaikum..


Kita sebagai hamba Allah SWT sentiasa berada dalam dosa...kita bukannya para nabi yang maksum sifatnya, terlepas dari dosa dan salah, dosa-dosa itulah yang menjadi penutup kepada kasih sayang kita sebagai hamba dengan pemilik kita, Allah SWT...
Namun disebalik fitrah itu janganlah kita leka melakukan dosa sampai lupa memohon keampunan Yang Maha Esa, sesungguhnya Allah SWT itu pengampun lagi penyayang sifatnya, namun dosa kita dengan Allah boleh kita memohon keampunan, dosa sesama manusia???


Andai kata kita menyakiti hati manusia yang lain, berprasangka buruk dan tiba-tiba tersedar akan kesilapan kita dan ingin memohon keampunan terhadap dosa dan kita bertaubat, insyaallah Allah ampunkan namun tidakkah kita sedar bahawa kita akan terus berdosa dengan manusia itu...


Dosa sesama manusia mesti minta maaf, kalau ada ambil barang dia, kena pulangkan... kalau dia tak maafkan kita, serah sahaja pada ALLAH dan selalu doa ALLAH lembutkn hati dia untuk maafkn kita, jika dia mati dalam keadaan tak maafkan dosa2 kita, kita buatlah amalan-amalan yang baik dan sedekahkan untuk dia. dan lastly serah pada ALLAH...


Oleh itu andai ada kesalahan antara kita, percepatkanlah memohon maaf agar tidak diselubungi oleh perasaan serba salah kita...

Instagram kini sebahagian daripada Facebook


Assalamualaikum...

Mulakan pagi jumaat dengan jamuan raya...:)

Melihat akhbar online pagi ini aku dapat tahu yang applikasi bergambar online, Instagram rasminya telah menyertai Facebook, namun tiada gunanya Instagram nyh since aku nyh pengguna Blackberry yang tiada aplikasi Instagram nyh..

SAN FRANCISCO: Instagram hari ini menjadi sebahagian daripada Facebook apabila rangkain sosial itu melengkapkan pengambilalihan bernilai berbilion dolar dalam perkhidmatan perkongsian foto menerusi telefon pintar.

"Sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami kini secara rasmi menyertai keluarga Facebook," kata pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom menerusi status di akaun Facebooknya. "Saya sangat teruja untuk melangkah ke tahap seterusnya dan ini adalah satu perjalanan yang panjang." - AFP



Hanya di Putrajaya

Mulakan pagi dengan bangun pagi bukan dengan senyuman


Hanya di Putrajaya aku dapat komputer sebesar gedabak ini, dengan i7 some more, so kerja akan lebih pantas...

Pentingnya human interaction

Alhamdulillah kini masuk hari kedua Latihan Industri ku, tak banyak berubah dari hari semalam hanya hari ini aku dah dapat meja dan pc so mampulah ku mnenceritakan apa ilmu baru yang aku dapat disini...

Pagi tadi aku berkesempatan mengikuti satu perbentangan akhir pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi jurusan siokologi, mereka berkongsi apa yang mereka dapat sepanjang berpraktikal disini..

Human Interaction...
Walau apa jua jurusan, kos, bidang yang kita ikuti semasa di menara gading human interaction atau komunikasi antara manusia itu penting, komunikasi antara manusia ini mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan paling banyak yang dia tekankan adalah masalah di tempat kerja..

Aku rasa kita pun bersetuju yang perhubungan secara langsung atau tidak langsung perhubungan itu penting, walaupun kita belajar sains komputer yang banyak melibatkan sistem dan peralatan namun sebagai manusia komunikasi sesama manusia itu penting..

Tanpa komunikasi mungkin kita akan gagal walaupun kita mempunyai ilmu yang setinggi bukit so aku rasa semasa kita di universitilah kita patut develop comunication skill kita sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan, dan itulah pentingnya Latihan Industri agar kita dapat menimba ilmu sebelum kita bergraduasi nanti dan melangkah ke alam pekerjaan..

Hari ini ada jamuan Merdeka Raya di Kementrian Pengajian Tinggi, Putrajaya :)

 
Web Analytics