Home » » Van Persie sah milik Man U

Van Persie sah milik Man U


Sebagai salah seorang peminat Man U memang aku follow u setiap kali transfer yang melibatkan pasukan ini, dan selepas perpindahan bintang asia Kagawa yang dilihat berbaloi, Man U sekali lagi berjaya mendapatkan bintang Arsenal Van Persie...

Van Persie memang terbaik dan aku harap dengan Van Persie nyh bolehlah Man U menang EPL untuk musim nyh...

Petikan mynewshub.my

Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Arsenal untuk menandatangani penyerang Belanda, Robin van Persie, awal pagi tadi.

Namun perpindahan Van Persie dari Arsenal ke United hanya akan dimuktamadkan selepas pemain itu lulus ujian perubatan dan mempersetujui terma-terma peribadi bersama kelab barunya itu.

“Manchester United dengan bangganya mengumumkan bahawa persetujuan sudah pun dicapai dengan Arsenal berhubung pembelian Robin van Persie.

“Perjanjian tertakluk kepada ujian perubatan dan persetujuan terma peribadi. Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan dikeluarkan United.

Van Persie, 29, menjaringkan sejumlah 37 gol sepanjang musim lalu bersama Arsenal dengan 30 daripadanya dijaringkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan kapten Arsenal itu muncul penjaring terbanyak.

Kehadiran Van Persie pasti disambut baik pengurus United, Alex Ferguson yang sudah lama meminati gaya permainan penyerang Belanda itu.

Pembelian Van Persie itu dianggarkan bernilai 22 juta pound. – mynewshub.my



0 Kata:

 
Web Analytics