Home » » Suasana mempengaruhi kita

Suasana mempengaruhi kita

Semua orang tahu kalau cakap pasal suasana, suasana kalau menurut kamus dewan bahasa dan pustaka beto bermaksud keadaan sekeliling atau persekitaran sesuatu tempat, ada pelbagai jenis suasana dan ianya dipengaruhi oleh keadaan tempat itu pada masa itu..ok, kali ini bukan aku nak bercerita tentang kamus dewan dan bahasa beto yang baru aku terbitkan di purnama mengambang yang lalu dan tak juga nak mengambarkan keadaan jerebu semalam dah hujan hari ini di tempat aku…

Tapi nak mengambarkan betapa suasana mampu mempengaruhi kita kearah yang baik dan mungkin kurang baik...banyangkan kalau korang bajet nak jadi gangster kampung pisang tapi korang bersama-sama para ilmuan dan orang agama yang suasananya lebih kearah kebaikan, dan korang rasa matlamat korang nak jadi gangster kampung pisang akan tercapai? kirim salamlah, last-last korang jadi gangster dalam game komputer jela...tapi janganlah bermatlamat macam tuh...


Dan kalau korang tetap bermatlamat hendak menjadi sesuatu yang kurang baik adalah wajib dan cepat-cepat korang berada dalam suasana orang-orang yang membenci matlamat korang itu nescaya matlamat kurang baik korang takkan tercapai tapi kalau dah bermatlamat yang tak baik tapi bersama orang yang tak baik memang tercapailah matlamat tak baik korang tuh..

Aku tahu susah kita nak tinggalkan suasana yang dah lama kita hidup itu, dan jika korang berada dalam suasana keagamaan dan kebaikan, bersyukurlah dan teruskan berada dalam suasana itu kerana suasana yang penuh kejahilan akan mengheret korang kearah yang tidak baik…
Akhir pesanan dari aku, milo itu sedap kalau diminum panas dan ubahlah suasana untuk mencapai matlamat baik korang, dan sentiasalah pilih suasana yang mengheret korang kejalan yang lurus bukan bengkang bengkok macam jalan ke genting…howakkk

0 Kata:

 
Web Analytics