Home » » Akibat tinggalkan ketagihan itu

Akibat tinggalkan ketagihan itu


Semakin lama ditinggalkan semakin berat nak mula balik…semua pekara aku rasa sama, semua boleh guna falsafah yang aku jumpa di bazaar semalam…ye la kan sebab itulah Allah sukakan hambanya melakukan ibadat yang sedikit tetapi berterusan dari ibadat yang banyak tetapi tidak berterusan…

Mari tinggalkan itu dan kita kembali kepada tajuk utama, ketagihan menulis yang aku tinggalkan hampir sebulan sepanjang bulan julai yang lalu kini memberi kesan kepada aku, betapa berat nak menulis, betapa beratnya nak memikirkan idea, malas nak mencari cerita  sendiri lalu end up dengan berkongsi berita di dada akhbar tak kira berita palsu atau berita yang entah datang dari mana dan kalau rajin sikit adalah kupas sikit dari apa yang aku baca, al maklumlah tengok saja entry sepanjang bulan ogos ini..semuanya sekadar tangkap muat, sekadar mengisi masa lapang…copy paste and publish stop!

Asyik nak hidangkan berita yang menunjukkan betapa teruknya dunia sekarang pun tak boleh jugak  dan aku rasa tabiat tuh patut aku hentikan kerana blog aku ini dah penuh dengan entry yang macam tuh, aku patut keluarkan entry yang  100% dari keyboard aku ini…nak keluarkan entry yang berbaur kutukan pun susah jugak memandangkan itu dan ini so aku lebih rela keluarkan entry yang macam ini, play safe…entry yang tidak akan membuatkan sesiapa pun terasa…

Oleh yang demikian aku harap kekurangan idea dan kemalasan tahap koala aku nyh akan berkurangan untuk lebih menghidupkan blog yang hampir nazak ini…

0 Kata:

 
Web Analytics