KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Ingatkan aku kepada pak cik di masjid kampungku

Assamualaikum...

Gambar bawah nyh aku jumpa di wall facebook aku lalu mengingatkan aku kepada situasi di 10 malam terakhir ramadhan yang lalu sewaktu aku berterawikh di masjid kampung aku...

Aku ternampak seorang pak cik tua yang kehilangan sebelah kakinya namun masjid mampu beribadat kepadaNya di rumah Allah, sayu jugak kulihatkan pak cik itu namun membuatkan aku terfikir betapa rendahnya tahap iman aku kalau nak dibandingkan dengan pak cik itu...
Aku yang baru-baru ini menghadapi dugaan dariNya, ujian yang membuatkan kaki kanan aku kurang berkemampuan untuk berjalan ini pun masih susah nak ke masjid, tak tahulah kalau nasib aku macam pak cik itu yang kehilangan kakinya...

Moga Allah tabahkan aku menghadapi dugaan ini dan aku terus bersemangat untuk beribadat kepadaNya...

Dikesempatan ini aku memohon sesiapa yang membaca entry ini untuk bersama-sama berdoa agar sahabatku yang sekarang berada di Hospital KPJ Ampang Puteri agar dipermudahkan urusannya selama disana...

Amin

Cara Samsung bayar RM3.15 billion kepada Apple

Finally Apple menang saman keatas Samsung...

Dan yang mengejutkan cara Samsung bayar saman berjumlah RM3.15 Billion kepada Apple...

30 trak yang penuh dengan 5 sen...Samsung serius nak troll kan Apple...

Tahniah Samsung, lu style bro..


Kenapa ada yang tak suka kita

Assalamualaikum...

Aku rasa entry yang bakal aku repekkan(merepek) ini ada hubung kaitnya dengan entry aku sebelum ini...macam aku sebut-sebut dalam entry tuh, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan dengan kelebihan dan kekurang itulah kita sering dilimpahi kesusahan dan kesenangan...

Pernahkan kita tanya pada diri kita sendiri kenapakah seseorang itu benci kepada kita, selalu sakitkan hati kita selalu mengutuk kita dan selalu menabur fitnah, baja, gandum dan segala jenis makanan( ok melebih) terhadap kita...

Pernahkah kita tanya apa yang membuatkan dia lakukan sedemikian??

Kita jarang mengupas apa sebenarnya yang membuatkan dia lakukan sedemikian tapi lebih rela persoalan yang tak patut ada berlegar difikiran kita...bila kita sedar ada seseorang yang tidak sukakan kita jangan lantas melompat ke kesimpulan yang kita sendiri rasa tidak yakin...
Mungkin bila seseorang itu tidak sukakan kita, ada sebab dia berbuat demikian, mungkin ada pekara yang dia tak senang dengan kita, ada perbuatan kita yang menguris hatinya, ya manusia penuh dengan kelemahan dan kesilapan, tidak siapa yang dapat sangkalkan fakta itu....

Kita bukannya Nabi yang maksum sifatnya, oleh itu kelemahan dan kesilapan kita, tak dapat kita sedari dan jauhi...ada kesilapan yang kita sedar dan ada juga kesilapan yang kita tak sedar, setiap kesilapan yang kita lakukan mungkin ada yang terasa hati dan tidak selesa dengan perbuatan kita...

Namun itu bukan bermakna kita tidak boleh melakukan kesilapan, kesilapan itu dah lumrah hidup, fitrah manusia tapi kita hendaklah sentiasa peka dan sedar agar kita dapat mengurangkan kesilapan yang tidak kita sedari agar kita tidak ulangi kesilapan yang sama...
Semoga dengan perubahan yang kita lakukan, sikap terhadap orang yang membenci kita dapat kita kurangkan dan seterusnya membina suatu persahabatan yang baik, janganlah fikirkan kepentingan diri sendiri yang tidak bawa kemana dan boleh membawa kita lebih kepada permusuhan bukannya persahabatan...

Tapi kalau kita dah berubah tapi dia masih dengan sikap sakit hatinya, biarkah dia selesaikan dengan Yang Maha Esa...

Akibat tinggalkan ketagihan itu


Semakin lama ditinggalkan semakin berat nak mula balik…semua pekara aku rasa sama, semua boleh guna falsafah yang aku jumpa di bazaar semalam…ye la kan sebab itulah Allah sukakan hambanya melakukan ibadat yang sedikit tetapi berterusan dari ibadat yang banyak tetapi tidak berterusan…

Mari tinggalkan itu dan kita kembali kepada tajuk utama, ketagihan menulis yang aku tinggalkan hampir sebulan sepanjang bulan julai yang lalu kini memberi kesan kepada aku, betapa berat nak menulis, betapa beratnya nak memikirkan idea, malas nak mencari cerita  sendiri lalu end up dengan berkongsi berita di dada akhbar tak kira berita palsu atau berita yang entah datang dari mana dan kalau rajin sikit adalah kupas sikit dari apa yang aku baca, al maklumlah tengok saja entry sepanjang bulan ogos ini..semuanya sekadar tangkap muat, sekadar mengisi masa lapang…copy paste and publish stop!

Asyik nak hidangkan berita yang menunjukkan betapa teruknya dunia sekarang pun tak boleh jugak  dan aku rasa tabiat tuh patut aku hentikan kerana blog aku ini dah penuh dengan entry yang macam tuh, aku patut keluarkan entry yang  100% dari keyboard aku ini…nak keluarkan entry yang berbaur kutukan pun susah jugak memandangkan itu dan ini so aku lebih rela keluarkan entry yang macam ini, play safe…entry yang tidak akan membuatkan sesiapa pun terasa…

Oleh yang demikian aku harap kekurangan idea dan kemalasan tahap koala aku nyh akan berkurangan untuk lebih menghidupkan blog yang hampir nazak ini…

Van Persie sah milik Man U


Sebagai salah seorang peminat Man U memang aku follow u setiap kali transfer yang melibatkan pasukan ini, dan selepas perpindahan bintang asia Kagawa yang dilihat berbaloi, Man U sekali lagi berjaya mendapatkan bintang Arsenal Van Persie...
Van Persie memang terbaik dan aku harap dengan Van Persie nyh bolehlah Man U menang EPL untuk musim nyh...

Petikan mynewshub.my

Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Arsenal untuk menandatangani penyerang Belanda, Robin van Persie, awal pagi tadi.

Namun perpindahan Van Persie dari Arsenal ke United hanya akan dimuktamadkan selepas pemain itu lulus ujian perubatan dan mempersetujui terma-terma peribadi bersama kelab barunya itu.

“Manchester United dengan bangganya mengumumkan bahawa persetujuan sudah pun dicapai dengan Arsenal berhubung pembelian Robin van Persie.

“Perjanjian tertakluk kepada ujian perubatan dan persetujuan terma peribadi. Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan dikeluarkan United.

Van Persie, 29, menjaringkan sejumlah 37 gol sepanjang musim lalu bersama Arsenal dengan 30 daripadanya dijaringkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan kapten Arsenal itu muncul penjaring terbanyak.

Kehadiran Van Persie pasti disambut baik pengurus United, Alex Ferguson yang sudah lama meminati gaya permainan penyerang Belanda itu.

Pembelian Van Persie itu dianggarkan bernilai 22 juta pound. – mynewshub.my



Tiada apa yang perlu ditakutkan




Wahai anakku sayang..
Yakinlah, tiada yang lebih berkuasa selain dariNYA..
tiada yang layak disembah kecuali DIA..
biar ditabur intan mahupun diacu senjata beribu peluru..
untuk digadai IMAN.. TIDAK sama sekali!! 


InsyaAllah..

Iklan hari raya Petronas 2012

Assalamualaikum...

Iklan Petronas..yeah nyh lah yang for sure ditunggukan setiap orang yang dah selalu mengikutinyalah termasuk aku, bukan apa kelainan yang dipaparkan dalam iklan ini selain kreativiti yang dibawa oleh pencipta dia banyak memberi mesej yang tersendiri...

Tahun ini dia memaparkan bagaimana kehidupan rakyat Malaysia di luar negara...

Suasana mempengaruhi kita

Semua orang tahu kalau cakap pasal suasana, suasana kalau menurut kamus dewan bahasa dan pustaka beto bermaksud keadaan sekeliling atau persekitaran sesuatu tempat, ada pelbagai jenis suasana dan ianya dipengaruhi oleh keadaan tempat itu pada masa itu..ok, kali ini bukan aku nak bercerita tentang kamus dewan dan bahasa beto yang baru aku terbitkan di purnama mengambang yang lalu dan tak juga nak mengambarkan keadaan jerebu semalam dah hujan hari ini di tempat aku…
Tapi nak mengambarkan betapa suasana mampu mempengaruhi kita kearah yang baik dan mungkin kurang baik...banyangkan kalau korang bajet nak jadi gangster kampung pisang tapi korang bersama-sama para ilmuan dan orang agama yang suasananya lebih kearah kebaikan, dan korang rasa matlamat korang nak jadi gangster kampung pisang akan tercapai? kirim salamlah, last-last korang jadi gangster dalam game komputer jela...tapi janganlah bermatlamat macam tuh...


Dan kalau korang tetap bermatlamat hendak menjadi sesuatu yang kurang baik adalah wajib dan cepat-cepat korang berada dalam suasana orang-orang yang membenci matlamat korang itu nescaya matlamat kurang baik korang takkan tercapai tapi kalau dah bermatlamat yang tak baik tapi bersama orang yang tak baik memang tercapailah matlamat tak baik korang tuh..

Aku tahu susah kita nak tinggalkan suasana yang dah lama kita hidup itu, dan jika korang berada dalam suasana keagamaan dan kebaikan, bersyukurlah dan teruskan berada dalam suasana itu kerana suasana yang penuh kejahilan akan mengheret korang kearah yang tidak baik…
Akhir pesanan dari aku, milo itu sedap kalau diminum panas dan ubahlah suasana untuk mencapai matlamat baik korang, dan sentiasalah pilih suasana yang mengheret korang kejalan yang lurus bukan bengkang bengkok macam jalan ke genting…howakkk

 
Web Analytics