Home » » Pencapaian Green Soldier

Pencapaian Green Soldier

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak berceritakan tentang satu page alam sekitar yang diperjuangkan atau ditubuhkan oleh rakan-rakan aku di universiti iaitu Green Soldier NDUM, page ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menyedarkan semua orang pelajar universiti terutamanya tentang kepentingan bumi hijau dan seangkatan dengannya...
Selain nak memperkenalkan page ini kepada korang semua, entry kali ini nak berkongsi dengan korang tentang pencapaian page ini setelah sebulan melingkari rangkaian facebook...

So...melalui gambar diatas ini kita dapat lihat analisis page ini... Alhamdulillah page ini walaupun sebulan kewujudannya tetapi telah mencapai 977 likes pada jam 9.32 malam 11 Mei 2012 dan total reach untuk minggu ini hampir kepada 13.4 ribu dan 83.39% pengguna yang aktif di page ini...

Diharapkan agar sokongan mereka yang telah memberi sokongan kepada page ini terus meningkat dan kepada sesiapa yang baru tahu tentang kewujudan page ini dan mahu bersama-sama menyelamatkan alam sekitar dan mewujudkan bumi hijau bolehlah ke page ini Green Soldier...

Dengan Like page ini, korang boleh mendapat segala maklumat berkenaan situasi alam sekitar semasa dan segala maklumat berkenaan bumi kita ini...



Diharapkan agar kesudian korang dapatlah untuk menyokong projek alam sekitar yang kami perjuangkan..

Thanks to all of you, nature and environment soldier to make our page nearly 1000 likes now. And our reach exceeded 14000 people. let us fight for a greener earth!

0 Kata:

 
Web Analytics