Home » » Pasangan Perasan Bahagia

Pasangan Perasan Bahagia

"peringatan:Walaupun entry ini agak panjang namun habiskanlah, setiap katanya punya pengajaran yang patut kita hayati...hoha"


Setiap manusia yang hidup dekat dunia ini..sudah tentu inginkan kebahagian dalam berpasangan..yaa memang benar manusia tak akan dapat terus hidup dengan sempurna jika tiada pasangan..dan manusia juga tak akan sempurna kalau pasangan yang dimiliki tidak membawa kebahagiaan..dan juga pasangan itu tak akan bahagia jika mereka hanya pasangan yang perasan bahagia..

Memang betul..setiap jiwa seorang lelaki dan wanita yang sempurna..yang tak kenal apa itu seksualiti merdeka(haha tak ada kaitan)..mereka akan mencari pasangan yang berlainan jantina..menuju untuk membina suatu hubungan yang bahagia..mereka akan membina cinta dengan penuh kasih sayang..dan mengambil berat diantara satu sama lain dengan sifat yang paling romantik..tetapi yang masih menjadi masalahnya..kenapa masih berlaku perceraian..cakap dah cinta sayang bagai..tapi akhirnya kecundang sahaja..dengan alasan yang perasan bagus dan sangat bodoh..kau pun cakap la dah tak sekefahaman..tak ada jodoh..dah tak ada keintiman..memang sebelum ini kau laa pasangan perasan bahagia yang dicari..


Pasangan perasan bahagia lain pula yang menyakitkan hati aku adalah..pasangan yang tak halal..kau tak kahwin pun lagi..tapi kau perasan bahagia..jalan berdua-duaan..perasan romantik..dan juga perasan islamik..supaya yang laki nampak bagus dimata perempuan tu..dan perempuan pun nampak bagus dimata lelaki tu..dan penuh dengan angan-angan yang kau akan bina keluarga yang bahagia..kau tau tak setiap hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram..yang ajnabi..bila dia bertemu akan mendatangkan fitnah..


Walaupun dia tak turunkan fitnah pada pasangan yang perasan bahagia yang disilindungi dengan gaya-gaya islam kau tu..tapi fitnah tu bertebaran ke tempat lain..begitu juga dengan dakwah..bila kau berdakwah..Allah tak semestinya turunkan hidayah pada orang yang kau jumpa..tapi Allah akan turunkan hidayah pada manusia yang lain..bagaimana matahari akan muncul menghasilkan cahaya..begitu juga dengan hubungan lelaki dan wanita ajnabi akan menghasilkan fitnah..dan begitu juga dengan dakwah akan menghasilkan hidayah..


Jadi bagi pasangan yang perasan bahagia..untuk orang lelaki..kau belajar-belajar lah takutkan Allah dulu sebelum kau bersedia nak tanggung dosa pasangan kau dengan perkahwinan..kerana wanita tak akan jadi solehah bila orang lelaki sendiri tak takutkan Allah..kau jaga la mata kau dan nafsu kau..sampai masa untuk berumah tangga buatlah bagaimana rasulullah telah buat…


Ketahui lah wahai perempuan yang murahan yang mudah untuk menunjuk buah dada kau yang kecik perasan besar dekat lelaki dan rambut kau yang tak cantik perasan seksi selalunya lelaki akan memandang pada wanita hanya dengan pandangan untuk buat seks sahaja..bohong jer orang laki kalau tengok kau yang tak reti tutup aurat untuk hidup semati dengan kau..sebab kalau tanya orang lelaki semua nak yang sopan yang tutup aurat sebab memang hakikat manusia nak kan agama..jadi perempuan kau tutuplah aurat dengan sempurna..jaga la mahkota mulia kau..jangan biarkan lelaki bodoh yang datang dari mana entah..mudah untuk merampas seluruh jiwa kau..
Jadi atas perkara ini tak perlu lah kau nak sibuk untuk membina sebuah kehidupan yang perasan bahagia dengan bercinta bagai sebelum kau betul-betul dihalalkan untuk bercinta dengan pasangan kau..sebab jika kau bercinta sebelum kau bernikah..kau hanyalah pasangan yang perasan bahagia sahaja..tak dapat pahala pun kau nak kasih sayang dengan pasangan kau tu..lain la kau dah berkahwin..apa yang kau buat semua dapat pahala..


Perasaan ingin mempunyai pasangan yang dapat berkasih sayang tu memang satu fitrah pada setiap manusia biasa..tetapi bila fitrah yang suci dicemari dengan perkara yang luar dari agama..dia akan jadi fitnah yang luar biasa..maka kau yang konon-kononnya nak dapat pasangan yang baik supaya dapat hidup bahagia..mungkin kau nampak bahagia dimata manusia..yang sama perasan bahagia macam kau jugak..tapi pada pada pandangan Allah..ermm????(Tanya lah iman kau sahabat)..jadi kau usaha lah agar kau jadi manusia yang baik..lengkapkan solat berjemaah dekat masjid bagi lelaki..belajar untuk takutkan Allah..dan perempuan pun sama solat awal waktu..belajar jadi solehah sebagaimana wanita solehah berpakaian..


Bila kau dapat taat perintah Allah dan tinggal larangan Allah dan kau belajar untuk jadi baik..maka Allah dah berjanji akan mudahkan hidup kau dengan bagi pasangan yang baik..kau nak demand ker dengan janji Allah..janji Allah tu beb..laki baik untuk perempuan baik..tak kan tak percaya lagi kan..ingat janji Allah macam janji kawan-kawan kau yang suka berbohong ker..janji Allah satu kepastian..bila iman kau kuat maka kau akan menerima setiap apa yang dijanjikan..tapi bila iman kau lemah maka kau akan pertikaikan dan bagi berjuta alasan dan menunjukkan kau perasan bagus..
Oleh itu selamat mencari pasangan yang bahagia..bukan mencari pasangan yang perasan bahagia..dan doakan aku dapat pasangan bahagia juga..haha..semoga kau dan aku dapat pasangan yang bahagia dan terus dapat menyempurnakan separuh dari agama..hee


p/s:aku tulis sebab aku dah benci sangat tengok couple yang perasan bahagia nie..nak tegur nanti cakap aku jeles pulak..padahal dia tak tau yang aku lagi handsome dan boleh dapat awek yang lagi lawa..haha(tak..aku tak handsome pun..aku tak mampu nak tegur sebab iman aku lemah..waa..selamatkan lah ummat ini ya Allah..dekatkan diri aku pada mu ya Allah dengan mengikut cara kekasih mu Rasulullah s.a.w)


Entry ini ditulis oleh rakan aku yang takutkan identitinya tersebar dek blognya


"Kita bila jauh dari Allah, bila buat maksiat, mungkar, tahu dosa, haram tapi hati rasa biasa, tiada rasa gelisah gundah gulana.."



2 Kata:

saya perasan bahagia. acano. hahaha

postingan yang bagus tenntang
Pasangan Perasan Bahagia

 
Web Analytics