Home » » Kepada ibuku, terima kasih

Kepada ibuku, terima kasih

Assalamulaikum...


Pada ketika ini mungkin ada antara kita ini sudah tidak dapat lagi merasa kasih sayang ibu dan menghargainya kerana ibunya telah pergi buat selama-lamanya, oleh itu kita mendoakan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada.

Dan kepada yang lain sekiranya ibu kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, ya betul kita patut mengingatinya pada tiap-tiap hari tapi apakah salahnya kalau sebelum ini kita tak pernah menunjukkan penghargaan yang sebenar tetapi pada hari ini kita tunjukkan semua itu tapi pastikan dengan niat yang betul..

Buat pelajar macam aku mungkin pada ketika ini ibu kita berada jauh di kampung sana tapi mudahnya teknologi sekarang kerana kita boleh menghubungi sidia dengan mudah dan pantas...
Untuk ibuku selamat hari ibu...

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)



 
Web Analytics