Home » » Buat aku makin yakin mahu menyambut Hari Ibu

Buat aku makin yakin mahu menyambut Hari Ibu

Assalamualaikum...


Hari Ibu kalau ikutkan perkiraan jatuh pada esok hari iaitu hari ahad minggu kedua bulan mei tapi semakin dekat dengan hari esok making banyak keluar entry yang mengatakan Hari Ibu itu haram disambut...tapi sejauh manakah kesahihannya...

Antara entry yang membincangkan hukum menyambut hari ibu:


Sambut Hari Ibu – Haram Ke Tidak Sebenarnya ?


Haram Sambut Hari Ibu @ Mothers Day ?


Hot: Sambut hari ibu haram!


Hari Ibu adalah "HARAM"


Dalam salah satu video youtube Ustaz Azhar Idrus pun ada menyatakan yang haram menyambut hari ibu ini:


"Ustaz azhar mengatakan haram sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja"


Dalam satu entry terbaru dari blog Kereta Mayat pula mengatakan bahawa:


"Apabila benda itu ada kebaikan, dan kebaikan itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu begini..."


So apa kata putus kita, adakah kita masih nak menyambut hari ibu pada esok hari ataupun biarkan esok berlalu seperti hari-hari yang sebelumnya...bagi aku memang aku dah putuskan untuk tetap menyambut hari ibu pada esok hari kerana aku menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak sesekali menjejaskan akidah aku sebagai umat islam...

Aku yakin untuk menyambutnya juga kerana semenjak bergelar pelajar universiti ini dan seorang remaja memang masa aku banyak dihabiskan di kampus dan kalau balik kerumah 50 % dari masa aku bersama kawan-kawan so apa salahnya kalau aku jadikan satu hari di bulan mei ini untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu aku yang telah menjaga aku selama 20 tahun ini...
Kalau ikutkan memanglah haram menyambut hari ibu ini kerana ada dalil mengatakan hari ibu ini diwujudkan kerana demi tanda penghormatan kepada Mother Of Churh...tapi kalau kita menyambut hari ibu dengan niat nak ikut upacara tuh memanglah salah so tekadkan niat kita nak menunjukkan ibu penghargaan kepada segala penghargaan yang selalau kita bagi kepada ibu kita hari-hari...


Salah satu entry berkenaan hari ibu yang menarik perhatian aku adalah entry dari blog Kereta Mayat: Hari Ibu Haram?..dalam entry tuh menceritakan segalanya pendapat yang tuan empunya blog mengenai hari ibu ini...


Petikan entry tersebut:

"kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan, menyerupai orang  kapir, menyerupai tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan jawi, baru halal-woha! "


Nak tahu lagi, pergilah ke entry tersebut...


OK dah la chow..aku nak fikir hadiah untuk esok :)


Untuk semua ibu, SELAMAT HARI IBU :)

9 Kata:

sambut la hari ibu hari2
lagipon skrg ni most people tnggu hari ibu bru nak appreciate ibu
suppose hari2 kita kene la smbut hari ibu :D

@farah hanim tapi apakah salahnya nak menunjukkan lebih penghargaan kan :)

memang betul sepatutnya kene sambut hari2.
tapi mesti ada suatu hari yang special kan macam hari guru,hari 'nurse',etc
janji niat betul :)

memang ada yg kata haram, ada pula yang kata tak..

jemput singgah,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/ini-masalah-saya-awak-pula.html

@rAIHan semua bergantung kepada niat je

guwa hari2 sambut hari ibu , keh keh keh. Sebabnya guwa sayang mak guwa ^^

Tak tahulah nak cakap ape.. Yang penting saya sayang mak saya.. Selamat hari ibu.. :-)

 
Web Analytics