KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

[REPOST] Cerpen:Kimia antara kita

Please..saya taknak tinggalkan awak.” Kata si wanita. Wajahnya berubah masam.
Awak pergi jelaa. Ini satu-satunya peluang awak. Peluang macamnie bukan selalunya datang. Pergi jelaaa k. Saya izinkan.” Si lelaki cuba menenangkan tunangnya. Biar berat hati ingin lepaskan kekasih hatinya pergi. Dia cuba untuk berlagak tenang.
Mereka berdua dah kenal lama. 5 tahun bercinta. Baru beberapa bulan bertunang dan sekarang si wanita akan pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.
Taknak laa awak. 2 tahun tuu. Lama arrr. Saya taknak tinggalkan Malaysia, saya taknak tinggalkan family saya dan yang paling penting saya taknak tinggalkan awak..
Alaa..2 tahun tu bukan lama mana pun.. Sekejap jek. Pejam celik pejam celik habis laa tempoh masa awak belajar kat sana.” Si lelaki masih cuba untuk menenangkan hati tunangnya. Dan barangkali ingin menenangkan hatinya sendiri.

2 tahun bukan nya sekejap tau tak. Macam-macam boleh jadi..saya takut.. hati awak berubah terhadap saya..
Hehe..berubah??” si lelaki tersenyum nipis. Nampak ada jawapan untuk persoalan yang dibangkitkan si tunang.

Awak..tau tak dalam satu hubungan itu mesti ada memberi dan menerima? Dan awak tau tak setiap hubungan itu perlukan kepercayaan dan kejujuran. Kita sebenarnya tak perlu risau. Walaupun kita terpisah antara masa dan tempat, selagi kepercayaan dan kejujuran itu ada.. Apa yang penting ialah memberi dan menerima. Hubungan ini umpama sebuah ikatan dalam atom kimia. Setiap bonding yang lengkap electron valencenya tidak akan mudah putus. Pergilah. Saya percaya yang bonding antara kita kuat.


I fell in love with you, After you said your love for me. 
We had our previous lovers, At last we are together. 
The first time we met eye to eye, 
I felt the chemistry (Kimia) between us You kissed my cheeks, 
You whispered my love, 
You said 'Baby, I love you' You melt my heart (in a good way, i.e. 'made me fell in love with you') 
The happiness I feel At the moment we are together 
Looking at the bright moon Witnessing the stars, 
You claimed me as the rainbow to your love



Actually tajuk cerpen nyh Kimia saja tapi aku saja nak tambah Kimia antara kita, tak salah kan, nway Cerpen:Kimia ini dikarang oleh member aku diblognya ohhmasamasalahmalaslah.blogspot.com 

Pasangan Perasan Bahagia

"peringatan:Walaupun entry ini agak panjang namun habiskanlah, setiap katanya punya pengajaran yang patut kita hayati...hoha"


Setiap manusia yang hidup dekat dunia ini..sudah tentu inginkan kebahagian dalam berpasangan..yaa memang benar manusia tak akan dapat terus hidup dengan sempurna jika tiada pasangan..dan manusia juga tak akan sempurna kalau pasangan yang dimiliki tidak membawa kebahagiaan..dan juga pasangan itu tak akan bahagia jika mereka hanya pasangan yang perasan bahagia..
Memang betul..setiap jiwa seorang lelaki dan wanita yang sempurna..yang tak kenal apa itu seksualiti merdeka(haha tak ada kaitan)..mereka akan mencari pasangan yang berlainan jantina..menuju untuk membina suatu hubungan yang bahagia..mereka akan membina cinta dengan penuh kasih sayang..dan mengambil berat diantara satu sama lain dengan sifat yang paling romantik..tetapi yang masih menjadi masalahnya..kenapa masih berlaku perceraian..cakap dah cinta sayang bagai..tapi akhirnya kecundang sahaja..dengan alasan yang perasan bagus dan sangat bodoh..kau pun cakap la dah tak sekefahaman..tak ada jodoh..dah tak ada keintiman..memang sebelum ini kau laa pasangan perasan bahagia yang dicari..


Pasangan perasan bahagia lain pula yang menyakitkan hati aku adalah..pasangan yang tak halal..kau tak kahwin pun lagi..tapi kau perasan bahagia..jalan berdua-duaan..perasan romantik..dan juga perasan islamik..supaya yang laki nampak bagus dimata perempuan tu..dan perempuan pun nampak bagus dimata lelaki tu..dan penuh dengan angan-angan yang kau akan bina keluarga yang bahagia..kau tau tak setiap hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram..yang ajnabi..bila dia bertemu akan mendatangkan fitnah..


Walaupun dia tak turunkan fitnah pada pasangan yang perasan bahagia yang disilindungi dengan gaya-gaya islam kau tu..tapi fitnah tu bertebaran ke tempat lain..begitu juga dengan dakwah..bila kau berdakwah..Allah tak semestinya turunkan hidayah pada orang yang kau jumpa..tapi Allah akan turunkan hidayah pada manusia yang lain..bagaimana matahari akan muncul menghasilkan cahaya..begitu juga dengan hubungan lelaki dan wanita ajnabi akan menghasilkan fitnah..dan begitu juga dengan dakwah akan menghasilkan hidayah..


Jadi bagi pasangan yang perasan bahagia..untuk orang lelaki..kau belajar-belajar lah takutkan Allah dulu sebelum kau bersedia nak tanggung dosa pasangan kau dengan perkahwinan..kerana wanita tak akan jadi solehah bila orang lelaki sendiri tak takutkan Allah..kau jaga la mata kau dan nafsu kau..sampai masa untuk berumah tangga buatlah bagaimana rasulullah telah buat…


Ketahui lah wahai perempuan yang murahan yang mudah untuk menunjuk buah dada kau yang kecik perasan besar dekat lelaki dan rambut kau yang tak cantik perasan seksi selalunya lelaki akan memandang pada wanita hanya dengan pandangan untuk buat seks sahaja..bohong jer orang laki kalau tengok kau yang tak reti tutup aurat untuk hidup semati dengan kau..sebab kalau tanya orang lelaki semua nak yang sopan yang tutup aurat sebab memang hakikat manusia nak kan agama..jadi perempuan kau tutuplah aurat dengan sempurna..jaga la mahkota mulia kau..jangan biarkan lelaki bodoh yang datang dari mana entah..mudah untuk merampas seluruh jiwa kau..
Jadi atas perkara ini tak perlu lah kau nak sibuk untuk membina sebuah kehidupan yang perasan bahagia dengan bercinta bagai sebelum kau betul-betul dihalalkan untuk bercinta dengan pasangan kau..sebab jika kau bercinta sebelum kau bernikah..kau hanyalah pasangan yang perasan bahagia sahaja..tak dapat pahala pun kau nak kasih sayang dengan pasangan kau tu..lain la kau dah berkahwin..apa yang kau buat semua dapat pahala..


Perasaan ingin mempunyai pasangan yang dapat berkasih sayang tu memang satu fitrah pada setiap manusia biasa..tetapi bila fitrah yang suci dicemari dengan perkara yang luar dari agama..dia akan jadi fitnah yang luar biasa..maka kau yang konon-kononnya nak dapat pasangan yang baik supaya dapat hidup bahagia..mungkin kau nampak bahagia dimata manusia..yang sama perasan bahagia macam kau jugak..tapi pada pada pandangan Allah..ermm????(Tanya lah iman kau sahabat)..jadi kau usaha lah agar kau jadi manusia yang baik..lengkapkan solat berjemaah dekat masjid bagi lelaki..belajar untuk takutkan Allah..dan perempuan pun sama solat awal waktu..belajar jadi solehah sebagaimana wanita solehah berpakaian..


Bila kau dapat taat perintah Allah dan tinggal larangan Allah dan kau belajar untuk jadi baik..maka Allah dah berjanji akan mudahkan hidup kau dengan bagi pasangan yang baik..kau nak demand ker dengan janji Allah..janji Allah tu beb..laki baik untuk perempuan baik..tak kan tak percaya lagi kan..ingat janji Allah macam janji kawan-kawan kau yang suka berbohong ker..janji Allah satu kepastian..bila iman kau kuat maka kau akan menerima setiap apa yang dijanjikan..tapi bila iman kau lemah maka kau akan pertikaikan dan bagi berjuta alasan dan menunjukkan kau perasan bagus..
Oleh itu selamat mencari pasangan yang bahagia..bukan mencari pasangan yang perasan bahagia..dan doakan aku dapat pasangan bahagia juga..haha..semoga kau dan aku dapat pasangan yang bahagia dan terus dapat menyempurnakan separuh dari agama..hee


p/s:aku tulis sebab aku dah benci sangat tengok couple yang perasan bahagia nie..nak tegur nanti cakap aku jeles pulak..padahal dia tak tau yang aku lagi handsome dan boleh dapat awek yang lagi lawa..haha(tak..aku tak handsome pun..aku tak mampu nak tegur sebab iman aku lemah..waa..selamatkan lah ummat ini ya Allah..dekatkan diri aku pada mu ya Allah dengan mengikut cara kekasih mu Rasulullah s.a.w)


Entry ini ditulis oleh rakan aku yang takutkan identitinya tersebar dek blognya


"Kita bila jauh dari Allah, bila buat maksiat, mungkar, tahu dosa, haram tapi hati rasa biasa, tiada rasa gelisah gundah gulana.."



Bila kita disakiti sesama manusia

Assalamualaikum..


Hidup umpama roda, ya itu satu perumpamaan yang bagus bagi mengambarkan putaran hidup kita sebagai hamba Allah ini...mana mungkin hidup kita akan sentiasa dilimpahi kebahagian dan kesenangan serta pujian dari orang sekeliling...
Adakalanya hidup kita akan ditimpa ujian, kesusahan yang berterusan demi menguji kita..dah contohnya bila kita disakiti, apa yang kita rasa?? sakit yang pedih, pedih ulu hati?? tidak terima segala hinaan itu?? atau rasa diri kita sebagai ancaman terhadap orang yang menyakiti kita?? so dengan rasa diri kita tidak sehaluan dengannya adakah kita akan terus membencinya dan lebih teruk ingin menyebarkan keburukannya...


Oh tidak! Setiap pekara dan masalah didunia ini ada penyelesaiannya, pekara yang menyakitkan kita semuanya boleh kita ubah dengan menjadikan ia sebagai iktibar kepada kita agar tidak lakukan kepada orang lain, kita akan tahu betapa pedihnya jika kita lakukan pekara yang sama orang lain lakukan kepada kita...


Dengan menjadikannya sebagai iktibar, kita dapat menghindarkan diri kita jauh dari perasaan ingin membenci orang lain..yang penting sekali ingat bahawa:


"Bila kita disakiti ia sebenarnya adalah nota Allah kepada kita bahawa kita pun pernah menyakiti orang lain dan bukannya tiket untuk kita berdendam dengan orang lain tapi untuk memperbaiki kesilapan kita dan berusaha menuju kearah yang lebih baik..."


Yang penting dan yang perlu kita ambil kisah ialah apabila kita disakit, perbaikilah sikap kita terhadap sekeliling, terhadap orang yang menyakiti kita dan juga diri kita sendiri...tunjukkanlah sikap yang baik kepada orang yang menyakiti kita walaupun dia pernah menyakiti kita dan binalah sikap yang positif terhadap diri kita, jangan fikir sesuatu yang negatif terhadap diri kita...
Akhir sekali kita sebagai hamba Allah telah dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan, memang kadang-kadang kita akan terasa dengan rakan sekeliling kita tapi apa yang kita dapat sekiranya kita simpan sakit hati itu, adakah pahala kiita akan bertambah sekiranya kita berdendam??? duit kita akan berlonggok jatuh setiap kali kita simpan sakit hati itu...


So lepaskan segala keraguan, belajar redha dengan apa yang berlaku, siapalah kita nak adili seseorang dan pertikaikan kelebihan serta kelemahan orang lain...

Bila kita kesusahan

Assalamualaikum...

Tiada siapa yang dapat 100% menolong kita sewaktu kita kesusahan, mungkin ada yang dapat menolong tapi tiada yang dapat menyembuhkannya..dan ingatlah setiap kali kita kesusahan agar pergi menghadapNya...
Bila kita didalam kesusahan dan tiada siapa disisi kita..ingatlah dan sentiasa ingat bahawa Allah SWT ada disisi kita dan Allah SWT adalah satu-satunya petunjuk kita...
Islam Qoutes


Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat.

Konsert Kenangan Sudirman (1954-1992)

Assalamualaikum...


Konsert yang percuma dan dibuka untuk semua lapisan masyarakat di buat demi mengembalikan nostalgia konsert oleh Allahyarham Sudirman yang memukau hampir 10 ribu warga...
Irama dan Lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga Sudirman dan Malaysia.


Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.


Sempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.


Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


Maklumat lanjut click sini...

Ramai yang mencari cinta

Assalamualaikum...

Pernah tengok drama Mimi Mencari Cinta 2011?? aku rasa nyh la orang sekarang tengah praktikkan, maybe drama tuh banyak memberi tips2 untuk mencari cinta bagi yang bujang dan mungkin jugak cinta kepada mereka yang susah bercinta...
Kalau ikutkan negara barat mereka ada sebuah websit khas untuk orang-orang yang bujang mencari cinta, aku tak sure Malaysia ada ke tak, kalau takda baguslah tapi aku rasa medium untuk mencari cinta nyh masih lagi terletak di website dan internet...

Maybe ramai yang yakin bahawa mereka dapat mencari cinta, mungkin makna cinta dan kata-kata manis cinta di internet, sebagai contoh tengok carian untuk kata kunci cinta yang terdapat di blog aku...berapa banyak berkenaan dengan cinta....

Ada bezanya antara sayang dan suka :)

Tahniah kepada follower 999 dan 1000

Assalamualaikum...

Merujuk kepada entry berkenaan ganjaran kepada follower bertuah tuh, aku kini dah menjumpai follower ke 999 dan 1000 yang aku cari-cari selama ini, follower ke 999 yang bertuah itu ialah Aqilah Ishak...
Dan follower ke 1000 yang turut bertuah itu ialah Imran...
So kepada kedua kedua blogger ini diharap dapat memberi nombor telefon korang ke inbox Facebook aku ini untuk aku menunaikan janji aku...

Nway congrat kepada mereka dan thanks kepada semua follower aku..

Lepaskan ia pergi

Assalamualaikum...






























Bukan facebook jer, blog pun

Assalamualaikum...

Selalu kita nampak orang post pasal gambar bawah nyh dekat facebook, tapi aku rasakan bukan di facebook jer kita kena ingat benda nyh, tapi di blog juga....

Eh, bukan gambar bawah nyh, satu lagi...
Yaaa..gambar bawah nyh:
Selamat menyambut bulan Rejab :)

Ganjaran menanti follower ke 999 dan 1000

Assalamualaikum...

Rasanya semenjak blog kau ini ditubuhkan tak pernah lagi aku menghadiahkan follower aku sebarang bentuk hadiah, terima hadiah adalah...aku juga rasanya tak pernah nak buat apa-apa bila follower mencecah 100, 200 or nombor-nombor cantik seperti 777 ke or 888...

Tapi kalinyh aku berbesar hati untuk menghadiahkan 2 follower bertuah aku iaitu follower ke 999 dan 1000 sedikit penghargaan, hanyalah perhargaan yang kecil iaitu topup sebanyak Rm10, nak besar tak mampu lagi....

So macam screenshot bawah nyh, follower aku dah mencecah 996 , so apa yang korang perlu buat just follow blog aku melalui butang follow yang ada dekat atas tuh, widget follower dah aku simpankan, kalau ada tak surprise la kan...
Screenshot nyh aku ambil pukul 10 pagi semalam, maybe sekarang dah bertambah...so lepas dah jumpa follower ke 1000 tuh, aku akan umumkan pemenangnye...so simple kan..

Apa lagi jadilah follower aku sekarang, untuk yang sudah menjadi follower aku jangan unfollow pulak :)

Dia masih nakkan aku

Assalamualaikum...

Pagi yang cerah dengan angin yang tak berapa nak ada nyh memang timing yang sesuai untuk aku baring-baring, nway tak kisah pun time dia best ke tak, janji ada free time memang aku baring punyalah kan namun jauhilah tidur selepas subuh, tak elok kan...
Namun bukan perihal baring yang aku nak ceritakan kali nyh tapi sambung kepada entry ini : Kini Pasti Aku Lepaskan Ia yang aku wujudkan selepas entry ini...

So kalau korang baca entry tuh, sepatutnya aku dah terlepas event tuh sebab dia nakkan confirmation pada petang 18 mei 2012, jumaat harituh dah aku tak hantar pun confirmation tuh si kiranya nama aku takda la kan nanti...

Tapi pada hari sabtu harituh aku dapat lagi satu email, bawah nyh...

Tengok, dia lanjutkan sampai 12 tengahari 21 mei 2012 untuk hantar confirmation tuh, nampak disitu Nuffnang memang nak aku pergi nyh tapi apakan daya kewajipan aku sebagai pelajar harus aku utamakan...

Kepada yang hadir kesana diharap bergembiralah...

Pelajar asasi baru nak daftar harinyh, untuk junior ku...Tabahkan Hati, Cekalkan Diri untuk menempuh hari pertama ini yang penting jangan lupa makan pagi ;)

Hari-hari cerita lucah

Assalamualaikum...

Jarang rasanya aku updatekan blog ini time waktu-waktu macam nyh, maklumlah kalau isnin ke jumaat tuh, waktu macam nyh for sure ada kelas, kalau takde pun maybe lepak depan laptop tunggu time melelapkan mata tapi entah kenapa kali nyh aku update time macam nyh, alah tak kisah lah kan waktunye janji update...

Cerita lucah?

Aku rasa kita dah sedia maklum bahawa cerita lucah memang jadi keyword paling tinggi kalau kita tengok analisis internet, entah kenapa begitu maybe sebab banyak website yang menyediakan barang-barang baik macam tuh dan blog aku jugak tak terkecuali...

Tapi yang aku pelik rasanya takde entry aku yang berunsurkan lucah yang ada pun satu: Cerita Lucah Sekolah Agama, yang nyh pun bukan lucah sangat, tajuk je lebih...tak percaya tengok screen shoot bawah nyh, hari-hari ada keyword cerita lucah...

Entahlah apa yang diorang dapat dari blog aku...

Kini pasti, aku lepaskan ia

Assalamualaikum...

First of all ini merupakan kesinambungan dari entry ini :Kita Jumpa di Party LG Nuffnang ok...kalau sebelum ini aku terfikir-fikir jugak nak pergi ke tak ke event Nuffnang nyh, for your information nyh first time aku submit entry untuk join event macam nyh, before this all email from Nuffnang regarding their event aku ignore jer...

Tapi event kali nyh aku submit dan alhamdulillah, dapat pergi dan perlu confirmkan kedatangan kita sebelum petang 18 Mei 2012, petang jumaat inilah kan so banyak kali  jugak aku fikir nak confirm ke tak...

So lastly tarikh untuk hantar confirmation tuh dah lepas dan aku tak hantar pun confirmation tuh, so confirm lah aku tak pergi ke event tuh, al maklumlah aku bukanya tengah cuti sem, still ada kelas, susah nak rushing rushing kan, maybe next event aku akan joinlah..:)

Nway Thanks to Nuffnang..

Kita jumpa di party LG Nuffnang

Assalamualaikum...

Berdasarkan entry: Ransangkan Deria Rasa Dengan LG Cinema 3D Smart TV aku diberi peluang oleh Nuffnang dalam kata lain dijemputlah ke LG Cinema 3D Smart TV party macam email bawah nyh...














Tapi macam aku tak mampu jer nak pergi, takut tak sempat al-maklumlah aku masih ada class, aku sumbit entry nyh pun sebab Mira nyh ajak aku, so sape yang nak ganti aku ..we we we we :)

Terima kasih Nuffnang...

Budak sekolah menari tiang

Assalamualaikum...

Sempena Hari Guru hari ni, entry kali nyh aku nak kaitkan dengan sekolah jugak lahkan, baru tak lari tema....

Aku rasa dulu aku pernah, oh no..apakah aku akan didenda RM25...please katakan tidak...
Betapa bertuahnya kita jika dilahirkan pada tahun 90-an :)

Rangsangkan deria rasa dengan LG Cinema 3D Smart TV

Assalamualaikum...


Aku rasa macam baru semalam aku dengar TV LCD berada di pasaran, harini dah dengar TV 3D pulak..walawehhh, betapa cepatnya teknologi berkembang, lepas satu muncul pulak satu yang lain, semuanya serius mengangumkan...
Since Nuffnang dah beri peluang kepada all Nuffnanger untuk merasai kehebebatan TV 3D from LG, so entry kali ini aku nak berkongsi kenapa aku nak rangsangkan deria rasa aku dengan LG Cinema 3D Smart TV ini, semua aku rasa sudah sedia maklum dengan teknologi 3D ini, kita sudah biasa dijamu dengan tayangan 3D di pawagam tapi kali ini kita dapat bawak balik keseronokan itu ke rumah dengan LG Cinema 3D Smart TV...


Dengar saja 3D sudah tentu kita terbayang yang gambar dari movie yang keluar, melayang depan mata kita, semua keseronokan yang ada di pawagam masih boleh dinikmati dengan hanya berseluar pendek dan sambil makan sambal belacan di rumah...
Jarang deria rasa aku nak rangsang dengan TV nyh tapi dengan LG Cinema 3D Smart TV apa salahnya kita rangsang deria rasa kita...bukan 1 atau 2 deria rasa yang terangsang oleh LG Cinema 3D Smart TV nyh tapi banyak lagi  salah satunya deria rasa mata, Cinema 3D ini menghasilkan gambar yang terang dan jelas dengan menggunakan 3D Light Boost Technology, Cinema 3D juga menghasilakan gambar dalam 2D yang jelas dan terang benderang...
Deria mata juga dapat dirangsang dengan teknologi  LG Cinema 3D Smart TV ini yang menawarkan spek 3D yang ternyata lebih ringan(16 gram) dari spek 3D yang biasa dan spek yang advanced cinema 3D yang jauh dari image yang bergetar-getar next generation 3D panel spek ini menawarkan gambar yang jelas, tiada lagi gambar bertindih, tiada lagi rasa pening bila mengenakan speknya...
So, maklumat yang lebih lanjut korang boleh layari INFO LG CINEMA 3D SMART TV, mungkin lepas tengok deria korang pun boleh terangsang :)

Kronologi di 1st page Google

Assalamualaikum...

Yeahh..finally,1st page google...ini semua hasil dari carian google atas keyword kronologi..aku terbitkan entry ini bukan saje nak merapu tapi nak bangga sikit..cewahhh...sebabnye carian kronologi yang juga merupakan nama blog aku sudah berada di 1st page google dan dibelakang site Wikipedia, nak potong Wikipedia memang susah la sikit kan..

Tahukan korang, carian kronologi tuh besar, pelbagai site dan laman web menggunakannya kerana kronologi ini bermaksud perjalanan sesuatu benda itu so untuk mendapatkan carian di 1st google agak sukarlah, lagi lagi blog macam aku nyh...

Kalau dulu carian google untuk keyword kronologi nyh banyak dari kronologi sejarah, kronologi bencana alam lah, kronologi bersih tapi macam gambar bawah nyh yezza blog aku...:)

Insyallah la kan kalau ditambah lagi sokongan korang mungkin Wikipedia pun jatuh nombor dua..hhehe

Kepada ibuku, terima kasih

Assalamulaikum...


Pada ketika ini mungkin ada antara kita ini sudah tidak dapat lagi merasa kasih sayang ibu dan menghargainya kerana ibunya telah pergi buat selama-lamanya, oleh itu kita mendoakan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada.

Dan kepada yang lain sekiranya ibu kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, ya betul kita patut mengingatinya pada tiap-tiap hari tapi apakah salahnya kalau sebelum ini kita tak pernah menunjukkan penghargaan yang sebenar tetapi pada hari ini kita tunjukkan semua itu tapi pastikan dengan niat yang betul..

Buat pelajar macam aku mungkin pada ketika ini ibu kita berada jauh di kampung sana tapi mudahnya teknologi sekarang kerana kita boleh menghubungi sidia dengan mudah dan pantas...
Untuk ibuku selamat hari ibu...

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)



Buat aku makin yakin mahu menyambut Hari Ibu

Assalamualaikum...


Hari Ibu kalau ikutkan perkiraan jatuh pada esok hari iaitu hari ahad minggu kedua bulan mei tapi semakin dekat dengan hari esok making banyak keluar entry yang mengatakan Hari Ibu itu haram disambut...tapi sejauh manakah kesahihannya...
Antara entry yang membincangkan hukum menyambut hari ibu:


Sambut Hari Ibu – Haram Ke Tidak Sebenarnya ?


Haram Sambut Hari Ibu @ Mothers Day ?


Hot: Sambut hari ibu haram!


Hari Ibu adalah "HARAM"


Dalam salah satu video youtube Ustaz Azhar Idrus pun ada menyatakan yang haram menyambut hari ibu ini:


"Ustaz azhar mengatakan haram sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja"


Dalam satu entry terbaru dari blog Kereta Mayat pula mengatakan bahawa:


"Apabila benda itu ada kebaikan, dan kebaikan itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu begini..."


So apa kata putus kita, adakah kita masih nak menyambut hari ibu pada esok hari ataupun biarkan esok berlalu seperti hari-hari yang sebelumnya...bagi aku memang aku dah putuskan untuk tetap menyambut hari ibu pada esok hari kerana aku menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak sesekali menjejaskan akidah aku sebagai umat islam...

Aku yakin untuk menyambutnya juga kerana semenjak bergelar pelajar universiti ini dan seorang remaja memang masa aku banyak dihabiskan di kampus dan kalau balik kerumah 50 % dari masa aku bersama kawan-kawan so apa salahnya kalau aku jadikan satu hari di bulan mei ini untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu aku yang telah menjaga aku selama 20 tahun ini...
Kalau ikutkan memanglah haram menyambut hari ibu ini kerana ada dalil mengatakan hari ibu ini diwujudkan kerana demi tanda penghormatan kepada Mother Of Churh...tapi kalau kita menyambut hari ibu dengan niat nak ikut upacara tuh memanglah salah so tekadkan niat kita nak menunjukkan ibu penghargaan kepada segala penghargaan yang selalau kita bagi kepada ibu kita hari-hari...


Salah satu entry berkenaan hari ibu yang menarik perhatian aku adalah entry dari blog Kereta Mayat: Hari Ibu Haram?..dalam entry tuh menceritakan segalanya pendapat yang tuan empunya blog mengenai hari ibu ini...


Petikan entry tersebut:

"kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan, menyerupai orang  kapir, menyerupai tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan jawi, baru halal-woha! "


Nak tahu lagi, pergilah ke entry tersebut...


OK dah la chow..aku nak fikir hadiah untuk esok :)


Untuk semua ibu, SELAMAT HARI IBU :)

Pencapaian Green Soldier

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak berceritakan tentang satu page alam sekitar yang diperjuangkan atau ditubuhkan oleh rakan-rakan aku di universiti iaitu Green Soldier NDUM, page ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menyedarkan semua orang pelajar universiti terutamanya tentang kepentingan bumi hijau dan seangkatan dengannya...
Selain nak memperkenalkan page ini kepada korang semua, entry kali ini nak berkongsi dengan korang tentang pencapaian page ini setelah sebulan melingkari rangkaian facebook...

So...melalui gambar diatas ini kita dapat lihat analisis page ini... Alhamdulillah page ini walaupun sebulan kewujudannya tetapi telah mencapai 977 likes pada jam 9.32 malam 11 Mei 2012 dan total reach untuk minggu ini hampir kepada 13.4 ribu dan 83.39% pengguna yang aktif di page ini...

Diharapkan agar sokongan mereka yang telah memberi sokongan kepada page ini terus meningkat dan kepada sesiapa yang baru tahu tentang kewujudan page ini dan mahu bersama-sama menyelamatkan alam sekitar dan mewujudkan bumi hijau bolehlah ke page ini Green Soldier...

Dengan Like page ini, korang boleh mendapat segala maklumat berkenaan situasi alam sekitar semasa dan segala maklumat berkenaan bumi kita ini...



Diharapkan agar kesudian korang dapatlah untuk menyokong projek alam sekitar yang kami perjuangkan..

Thanks to all of you, nature and environment soldier to make our page nearly 1000 likes now. And our reach exceeded 14000 people. let us fight for a greener earth!

Saya kenal sayang saya

Assalamualaikum...
Ok, tajuk entry kali ini seriusly, fully whateverly tak de kena mengena dengan apa yang aku tengah rasa sekarang, Saya Kenal Sayang Saya tuh hanyalah salah satu lirk dari lagu 150 juta oleh Fynn Jamal..aku bukan apa, bukan boleh dengar lagu yang best nyh nak jer berkongsi di blog ini. so make sure korang play video youtube tuh..seriously best...

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"apa kau buta?apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"


Full lirik 150 juta di sini:niknurehan.blogspot.com

Lagi pembaca berita tersasul cakap

Kalau dulu kita boleh lihat yang pembaca berita utama sebuah rangkaian televisyen Malaysia yang tersasul cakap Dato' Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia kali nyh ia berlaku pula di China...

Pengacara tersasul Filipina milik China

BEIJING: Seorang pembaca berita utama rangkaian televisyen milik kerajaan China secara tidak sengaja mengumumkan bahawa Filipina adalah sebahagian wilayah China, satu kejadian yang memalukan ketika hubungan kedua-dua negara berada dalam keadaan tegang. 

Pembaca berita di stesen berita nasional Televisyen Pusat China, (CCTV), He Jia, membuat dakwaan itu ketika muncul dalam siaran lewat Isnin lalu dan ia kerap diulang tayang di internet.



Beliau mungkin mahu menyatakan kepulauan Huangyan dikenali di Filipina sebagai Beting Scarborough dan dituntut oleh kedua-dua negara, adalah wilayah China.

“Kita semua tahu Filipina sebahagian daripada wilayah China dan Filipina dimiliki oleh kedaulatan China, ini fakta yang tidak dapat dinafikan,” kata He dalam siaran yang tidak lagi disiarkan dalam laman web CCTV, tetapi boleh didapati di laman web lain. 

Penonton kemudian membuat jenaka di laman sembang online dengan mengatakan semangat kebangsaan yang tinggi menyebabkannya membuat kesilapan itu. 

“Wanita ini hebat dan berjiwa patriotik hingga mengumumkan kepada dunia Filipina milik China,” kata penulis mikroblog dikenali sebagai helenjhuang. 

“Kita perlu terus lakukan serangan, tundukkan Presiden Filipina, Benigno Aquino hingga menyebabkannya keluar dari situ dan ambil balik hak kita. 
Pegawai CCTV enggan memberi komen mengenai kesilapan He dan tidak menyatakan sama ada pihaknya akan memohon maaf. 

Ketika memberi komen mengenai pertelingkahan wilayah dan pergerakan pemisah di Taiwan, Tibet, Xinjiang dan kawasan laut berjiran, diplomat China dan media secara rutin mendakwa lokasi itu sebagai ‘kawasan yang dimiliki China. 

Isnin lalu, Timbalan Menteri Luar China, Fu Ying, berkata Beijing bersedia membalas tindakan Filipina meningkatkan ketegangan maritim di Laut China Selatan, menjadi antara masalah terburuk membabitkan rantau itu yang kaya dengan simpanan gas dan minyak. – AFP 



Sumber: Berita Harian Online

5 tips sebelum menggunakan printer

Assalamualaikum...

Student terutamanya selain pekerja-pekerja di pejabat, agak-agak dalam sehari tuh berpa kali kita menggunkan priter atau mesin cetak untuk print tugasan, assignment kerja kita mahupun segala kerja pejabat..

Namun adakah setiap kali kita menggunakan printer kita menggunakan cara yang sepatutnya, melalui Green Soldier ini, mereka ada berkongsi dengan kita 5 Paper Tips: Think before You Print melalui gambar di bawah ini...
So..adakah kita mengamalkan segala tips diatas, jika belum mulakan...

Like Fan Page ini: Green Soldier


Lelaki lebih banyak membujang

2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang


KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.


Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong di Dewan Negara di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Sumber: Kosmo Online


Artikel Berita Harian Online: Bilangan Lelaki Bujang Lebih Ramai



Jay Park(K-Pop) showcase di Malaysia 12 Mei 2012

Ucapkan "An-Yong-ha-se-yo" kepada Jay Park!


Kepada peminat K-pop, bergembiralah - Bintang K-Pop, Jay Park akan datang ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Mei ini!


Jumpa dia di 1Borneo Hypermall, Gourmet Lane, KK pada 12 Mei dan KL Live, Life Pusat pada 13 Mei. Tambah nilai DiGi prabayar anda sekarang untuk peluang untuk bertemu Jay Park secara personal selain itu anda juga akan mendapat hadiah yang lain termasuk Jay Park CallerTunes percuma...
Nway ini bukan aku yang cakap website ini  yang cakap..


Seriusly gua bukan peminat K-Pop tapi just berkongsi berita ini, maklumat lanjut korang boleh ke link ini...

5 cara mudah untuk bahagia

Pekara pertama yang perlu kita tanyakan pada diri kita bila cakap pasal kebahagia ini adalah, apakah kebahagiaan itu sebenarnya pada diri kita? Kebahagiaan ini merupakan salah satu kata yang mempunyai pelbagai maksud dan maksud sebenar dia hanya kita sendiri yang dapat jawab...

Kebahagiaan pada kita mungkin kesengsaraan bagi orang lain, dan begitu juga sebaliknya kesengsaraan kita mungkin kebahagian orang lain...so tadi aku ada jumpa yang menyenaraikan 5 cara mudah untuk mencapai kebahagian...


Since benda alah nyh dalam english so kalau ada yang tak faham terus tanya aku disini, sini dan sini...



Buat duit dengan twitter

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Aku rasa sebelum korang baca entry aku kali nyh adalah lebih afdal korang mempunyai akaun Twitter dan follow akuan twitter aku disini @MesyhtaBeto tapi kalau korang dah ada akuan twitter lagi bagus boleh terus follow @MesyhtaBeto, nway entry ini dibuat atas permintaan rakan aku yang bertanyakan iklan di twitter so dalam entry ini aku akan menjawab segala persoalannya...

Seperti yang kita semua sedia maklum twitter nyh adalah laman sosial yang hampir sama seperti facebook myspace dan rakan seangkatan yang lain tapi yang sedikit keistimewaan twitter adalah ia mempunyai interface yang simple, mudah difahami dan laju dalam bab loading, selain itu twitter tak mempunyai interface yang dipenuhi iklan dan gambar bajet cute macam facebook...

So kalau nak online pun sedaplah mata memandang...Selain itu twitter nyh adalah platform paling senang nak berinteraksi dengan ahli politik mahupun ahli seni, kalau di facebook banyak akaun palsu public figure yang senang kita jumpa tapi di twitter jarang berlaku kerana setiap akaun hampir benarlah selain ada 2 3 akaun yang palsu...

Berbalik kepada bab iklan di twitter, dekat twitter nyh ada banyak jenis pengiklanan yang syarikat luar sediakan namun disini aku just senaraikan 2 jenis iklan sebab 2 nyh je yang aku join, banyak-banyak menyusahkan pulak dan start dengan sikit...

Aku rasa pengiklanan nyh dah sedia popular dikalangan pengguna twitter dan seantero, Churp Churp nyh senang korang just sign up dan sebarkan link link iklan di Timeline twitter anda dan lihat hasilnya...


Bentuk iklan yang hampir sama dengan Churp Churp, just sebarkan link dan lihat hasilnya...

Sebenarnya banyak lagi macam Says.my,Magpie tapi tuh nantilah korang just start dengan 2 tak pun start with Churp Churp dan lihat hasilnya sebelum teroka ke syarikat yang lain...

Kalau ada yang tak faham or segala pertanyaan mengenai entry ini boleh terus letak di kotak komen atau Facebook...

 
Web Analytics