Home » » Bahana kota maut berwarna putih

Bahana kota maut berwarna putih

Assalamualaikum..

Sudah tiba rasanya kita berhenti dari menggunakan "kotak maut" berwarna putih ini, bahayanya telah lama kita ketahui namun mungkin tahap kesedaran yang rendah membuatkan kita memandang rendah peri pentingnya menjauhi kotak maut ini...

Kajian membuktikan bahawa kotak maut ini atau dikenali sebagai polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik.


Malah, bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.


Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak.


Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia.


Sumber: Green Soldier ( Pelindung Alam Sekitar)


Maklumat lanjut mengenai keburukan menggunakan bahan berasaskan plastik juga boleh didapati disini:


Bahaya Barangan Plastik


Bahaya Plastik Dalam Diet Kita


Bahaya Kemasan Plastik



0 Kata:

 
Web Analytics