Home » » [REPOST] Novel pendek - CupCake Love Bahagian 1

[REPOST] Novel pendek - CupCake Love Bahagian 1

Novel pendek - CupCake Love Bahagian 1
“ Kira jadi la ni ya Kal. Saya dah kira orang cukup-cukup ni. Sementara tunggu SPM, kerja la dengan saya dulu.Dulu kan kata nak sangat rasa macam mana rasa kerja kat dewan makan “.

Pujuk bekas bos dewan makan sekolah aku separuh memerli. Kali ni aku memang terperangkap dengan helah orang tua ni. Padam muka aku. Dulu suka sangat mengomen dan bising kritik pihak dewan makan sekolah, sekarang memang aku terpaksa menyahut cabaran ni kalau tak nak dilabel sebagai pengecut.

Al-kisah masa zaman sekolah , aku pernah pegang jawatan Biro Makanan kat asrama, bermakna aku bertanggungjawab akan hal-hal berkaitan makanan di Dewan Makan termasuklah juga makanan di kafeteria. Sepanjang aku menjawat jawatan itu, banyak kali jugaklah aku makan percuma dan lebih dari orang lain, walaupun aku sebenarnya patut dibenci oleh mereka iaitu menyampaikan komen dan juga penambaikan pada pihak berkenaan atau dalam kata lain -mengkritik.


“ Tapi bos, saya ingat saya nak rehat kat rumah je sementara . . . . “ belum sempat aku menghabiskan ayatku, tiba-tiba Abang Halim bersuara, “ Tak ada tapi-tapi. Dulu bukan ke kamu dah setuju kan..” kali ni aku terperangkap. Tersengih macam kerang buruk seraya mengangkuk perlahan-lahan. Jari jemariku yang dari tadi erat memegang straw, mengacau-kacau jus kiwi yang sememangnya sudah sebati gulanya dari tadi. Pandanganku beralih ke arah lelaki usia separuh umur di sebelahku. Ba hanya tersenyum dari tadi. Ish orang tua ni, bukannya nak tolong aku larikan diri, macam di pulak yang beriya-iya. Entah-entah ni rancangan dia jugak.


Pertemuan hari ini terhenti di situ. Aku dan Ba menuju ke arah kereta Myvi hitam yang diparkir tepi kedai Sate Malaysia yang cukup tersohor itu. Abang Hadi pula menuju ke kereta Toyota Harrier tepat bertentangan dengan kami, dari jauh aku terpandang senyuman sinis yang dilemparkannya padaku.



Kereta dipandu Ba meluncur laju di jalan, memandangkan hari sudah lewat malam. Ba, nama panggilan aku pada Encik Zulkifli merangkap ayah angkatku yang kukenali juga di dewan makan sekolahku dulu.


“ Hai Kal. Termenung jauh Nampak. Apa yang difikirkan tu?? “


“ Tak ada apa lah ba. Kal cuma fikir pukul berapa nak bertolak balik rumah esok .” dalihku menafikan persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang. Sekolah Mutiara Impian, sekolah itu sekolah swasta dengan pemandangan yang cukup indah, dikelilingi taman hijau dan sedikit jauh dari Bandar. Yang aku tahu, pelajar-pelajar sekolah tu cantik-cantik, kaya-kaya ( mestilah kaya sebab dah nama pun sekolah swasta kan?), ada juga pelajar dari negara asing, dan yang paling tak boleh belah, poyo-poyo. Tapi ada sesetengah pelajar sekolah ni yang bukan dari kategori budak-budak yang aku cakap tadi , sebaliknya mendapat biasiswa dari Yayasan Bakhtiar, yayasan orang paling kaya ni negeri Cik Siti Wan Kembang ni kot.


Hurmmm, elok juga aku kerja kat dewan makan sekolah tu kan, mana tahu kot-kot tersangkut dengan puteri raja Thailand yang sekolah kat situ. Ye dak? Hehe. Ish, belum kerja lagi dah pasang niat bukan-bukan, bawak istighfar. Tapi, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Tak salah kan? Kan? Sekolah ni jugak dekat saja dengan kampung asal aku, nanti kalau aku kerja kat situ boleh la aku selalu balik kampung, mandi-manda kat air terjun kampung aku, jumpa dengan Tok Wan.


Sambungan cerita disini....Novel Pendek-CupCake Love Bahagian 1


TERUJA?? Jadi kesudahan cerita cinta ini ada di laman ini, baca lah sampai habis dan baru korang boleh menilai kesudahan cerita ini..



2 Kata:

hai! bulan april dah datang.. change blog feed blog sy & awk dah pon expired! tq ye sudi change blog feed dgn saya selama sebulan.. nice to know u :)

 
Web Analytics