Home » » [REPOST] cerita lucah sekolah agama

[REPOST] cerita lucah sekolah agama

Personally aku memang jenis yang menghargai karya, lagi-lagi kalau karya tuh datang dari kawan-kawan jadi entry kali ini aku nak berkongsi dengan menerbitkan kembali sebuah cerita kawan aku di blog ini iaitu Cerita Lucah Sekolah Agama...


Cerita Lucah Sekolah Agama
tahun 2001-sekolah agama taman desa jaya, JB
gua darjah tiga sekolah agama petang kat tmpat gua. masa ni, gua memang King Of Pemadam. gua ingat, pemadam je dah dekat satu beg swan. gua beli pemadam 3 biji je, boleh menghasilkan 2 dozen pemadam. semuanya hasil perlawanan pemadam dengan rakan-rakan sekelas mahupun bukan sekelas. pergi sekolah dah tak ingat nak belajar, yang gua ingat nak maen pemadam je. masa ni, guru kelas gua ustazah Z, standard ustazah lah, mana nak cuak sangat.sungguh anarki gaya beliau..


aktiviti waktu rehat dipenuhi dengan acara bermain pemadam secara besar-besaran. stok pemadam dekat koperasi sekolah agama tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan je. kedai-kedai sekitar taman tempat gua serta pekan2 berdekatan semua dah keluarkan stok simpanan pemadam yang selama ni diorang sorok. gua syak, pekedai-pekedai ni yang memulakan trend bermain pemadam. betul-betul dasar kapitalis lah.


budak-budak punya obses dengan maen pemadam memang gila tak ingat. masa zaman gua, pemadam harga seposen pun dapat. nak kenal pemadam harga seposen ni senang je, lu tengok ada gambar bendera negara-negara didunia ni, maka lu tahu lah itu pemadam seposen. budak-budak tak pandang sangat pemadam seposen ni. nilai rendah kata diorang. tak berapa nak stim lah kata budak-budak bujang.


nak dijadikan cerita,suatu hari ni, mamat loser mana ntah ajak gua maen pemadam. gua ingat, dia budak taman sebelah lah. wah wah wah, dia punya pemadam besar tak ingat punya.memang tinggi lah harga dipasaran gelap pemadam-pemadam malaysia.gua bertekad untuk mendapatkan pemadam tersebut!. masa tu jugak, ura-ura mengatakan beliau mungkin akan menamatkan streak gua dalam acara maen pemadam ni. gua cuak jugak bila dengar ura-ura yang bertiup kencang tu.mati-mati gua pikir nak pakai pemadam apa,lalu dengan taktikalnya gua menggunakan pemadam yang ada tulisan "ERASER" warna merah diatasnya. gua berharap ada "ong" disebalik warna merah tersebut. gua tak lupa jugak baca bismillah.berkat bai.


perlawanan memang sengit, masing-masing tak mahu mengalah. pemadam opponent memang besar, tapi tak boleh menandingi kelicikan pemadam gua. gua perasan,peluh jantan menitik satu persatu dari dahi gua. tu first time gua mengeluarkan sifat jantan gua secara mainstream. ada dua kelompok jugak yang menyokong. satu sokong gua. satu lagi sokong opponent. dia punya kecoh memang tak ingat bai. macam malaysia lawan manchester united pun ada.


Ya, gua menang perlawanan bersejarah tersebut. gua merampas pemadam opponent dengan megah, rakus dan berwibawa.merah jugak mata mamat tu. menangis kot.Tiba-tiba, ustaz K sampai, melihatkan suasana seperti perlawanan sabung ayam berlaku disudut belakang kelas, beliau datang untuk mengetahui apa yang berlaku. masa ni jugak, beg swan gua penuh dengan pemadam je. mamat loser tersebut dengan muka seposen mengadu kat ustaz tu. beliau cakap gua ambik pemadam dia. ape kes bai? gua tunjuk penumbuk tanda protes. gua lihat ada senyuman gampang dimuka beliau.


ustaz K merampas semua pemadam "rampasan" milik gua. dengan yang dalam beg swan tu skali. wtf man. ini tidak berlaku adil. habis semua pemadam rampasan gua diagih agihkan kepada warga kelas . masing-masing berebut-rebut mengambil pemadam-pemadam rampasan gua tak kira yang kecil,besar, tua , muda, miskin ataupun kaya. mata gua merah gila dah time tu.tapi, tak menangis pun. cover macho bai. yang tinggal pemadam bertulisan eraser warna merah ditapak tangan gua. sebak jugak lah.


gua balik rumah dengan langkah yang longlai. start dari hari tu, gua bersara dalam arena pemainan pemadam. gua dah tak amek port sangat bab-bab pemadam ni. last sekali gua dengar permainan pemadam dah tak berapa nak kick lagi. semua dah start maen bayblade.alaa, gasing yg gesel ada api tu tu.jualan pemadam kat kedai-kedai pemadam sekitar taman tempat gua pun menurun. gua syak, mesti tokey-tokey kedai sorok balik pemadam-pemadam ni.


Jadi kalau korang nak layan lebih cerita yang best, korang leyh terus klik di link bawah ini:)






1 Kata:

Cerita yang bagus.. teruskan..
Tumpang Iklan
Pejam Mata sayang..
Sakit sikit ni..tahan ya..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

 
Web Analytics