KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

[REPOST] Novel pendek - CupCake Love Bahagian 1

Novel pendek - CupCake Love Bahagian 1
“ Kira jadi la ni ya Kal. Saya dah kira orang cukup-cukup ni. Sementara tunggu SPM, kerja la dengan saya dulu.Dulu kan kata nak sangat rasa macam mana rasa kerja kat dewan makan “.

Pujuk bekas bos dewan makan sekolah aku separuh memerli. Kali ni aku memang terperangkap dengan helah orang tua ni. Padam muka aku. Dulu suka sangat mengomen dan bising kritik pihak dewan makan sekolah, sekarang memang aku terpaksa menyahut cabaran ni kalau tak nak dilabel sebagai pengecut.

Al-kisah masa zaman sekolah , aku pernah pegang jawatan Biro Makanan kat asrama, bermakna aku bertanggungjawab akan hal-hal berkaitan makanan di Dewan Makan termasuklah juga makanan di kafeteria. Sepanjang aku menjawat jawatan itu, banyak kali jugaklah aku makan percuma dan lebih dari orang lain, walaupun aku sebenarnya patut dibenci oleh mereka iaitu menyampaikan komen dan juga penambaikan pada pihak berkenaan atau dalam kata lain -mengkritik.


“ Tapi bos, saya ingat saya nak rehat kat rumah je sementara . . . . “ belum sempat aku menghabiskan ayatku, tiba-tiba Abang Halim bersuara, “ Tak ada tapi-tapi. Dulu bukan ke kamu dah setuju kan..” kali ni aku terperangkap. Tersengih macam kerang buruk seraya mengangkuk perlahan-lahan. Jari jemariku yang dari tadi erat memegang straw, mengacau-kacau jus kiwi yang sememangnya sudah sebati gulanya dari tadi. Pandanganku beralih ke arah lelaki usia separuh umur di sebelahku. Ba hanya tersenyum dari tadi. Ish orang tua ni, bukannya nak tolong aku larikan diri, macam di pulak yang beriya-iya. Entah-entah ni rancangan dia jugak.


Pertemuan hari ini terhenti di situ. Aku dan Ba menuju ke arah kereta Myvi hitam yang diparkir tepi kedai Sate Malaysia yang cukup tersohor itu. Abang Hadi pula menuju ke kereta Toyota Harrier tepat bertentangan dengan kami, dari jauh aku terpandang senyuman sinis yang dilemparkannya padaku.



Kereta dipandu Ba meluncur laju di jalan, memandangkan hari sudah lewat malam. Ba, nama panggilan aku pada Encik Zulkifli merangkap ayah angkatku yang kukenali juga di dewan makan sekolahku dulu.


“ Hai Kal. Termenung jauh Nampak. Apa yang difikirkan tu?? “


“ Tak ada apa lah ba. Kal cuma fikir pukul berapa nak bertolak balik rumah esok .” dalihku menafikan persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang. Sekolah Mutiara Impian, sekolah itu sekolah swasta dengan pemandangan yang cukup indah, dikelilingi taman hijau dan sedikit jauh dari Bandar. Yang aku tahu, pelajar-pelajar sekolah tu cantik-cantik, kaya-kaya ( mestilah kaya sebab dah nama pun sekolah swasta kan?), ada juga pelajar dari negara asing, dan yang paling tak boleh belah, poyo-poyo. Tapi ada sesetengah pelajar sekolah ni yang bukan dari kategori budak-budak yang aku cakap tadi , sebaliknya mendapat biasiswa dari Yayasan Bakhtiar, yayasan orang paling kaya ni negeri Cik Siti Wan Kembang ni kot.


Hurmmm, elok juga aku kerja kat dewan makan sekolah tu kan, mana tahu kot-kot tersangkut dengan puteri raja Thailand yang sekolah kat situ. Ye dak? Hehe. Ish, belum kerja lagi dah pasang niat bukan-bukan, bawak istighfar. Tapi, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Tak salah kan? Kan? Sekolah ni jugak dekat saja dengan kampung asal aku, nanti kalau aku kerja kat situ boleh la aku selalu balik kampung, mandi-manda kat air terjun kampung aku, jumpa dengan Tok Wan.


Sambungan cerita disini....Novel Pendek-CupCake Love Bahagian 1


TERUJA?? Jadi kesudahan cerita cinta ini ada di laman ini, baca lah sampai habis dan baru korang boleh menilai kesudahan cerita ini..



Game yang aku tak pernah serius

Sebagai seorang remaja yang tengah gila-gila dan tak berapa nak ada hala tuju lagi for surelah permainan video tak kiralah online, yang install di laptop ataupun game di telefon bimbit...semua tuh mesti diteroka tanpa rasa jemu...


So aku nyh sebagai salah seorang remaja lelaki mestilah merasa semua tuh, install game dah settle uninstall pastu cari game lain sampai satu masa...hurmm memang takda rasa bosanlah katakan...
So bagi aku memang setiap game yang main memang aku amik serius, bukanlah sampai teruja atau addicted tetapi rasa nak menang tuh tinggilah tak kiralah walaupun aku rasa nak menang memang satu yang mustahil...


Tetapi dalam banyak-banyak game yang aku main semenjak aku dilahirkan ada satu game nyh yang memang dari dulu aku tak pernah serius nak main, bila main ada la dalam 5 minit serius lepastuh ikut kepala sendiri buat jalan sendiri sampai gagal berpuluh kali...
Yeahhh...GTA atau Grand Theft Auto...kalau korang dah pernah main sure tahu kan macam mana game nyh berjalan dan sure korang tahu kenapa aku tak pernah serius..haha


Untuk yang tak tahu, game nyh berjalan di sekitar bandar yang membolehkan kita naik kereta, jalan kaki or motor so bila aku on the mission memang aku buat jenayah dan pukul orang awam lah..lebih kurang macam tuh lah...haha


Untuk korang yang tak pernah tahu pasal GTA nyh boleh lah ke laman ini untuk mendapatkan maklumat dan carilah installer dia dan main:)


Kongsi cerita mengenai kejayaan anda di internet DISINI


Hantar plot mengenai jalan cerita blogger kegemaran anda DISINI

Benda yang aku sangat perlukan ketika ini

Walupun kesedihan aku sedikit diubati namun kesakitan akibat kesan lama masih lagi terasa, so satu benda yang aku amat perlukan ini adalah benda di bawah ini, doktor cakap ok kalau amalkan ubat ini, manalah tahukan kita hanya ikhtiar...

Tapi yang membingungkan aku bila ubat Gaviscon ini ada dalam tablet dan cecair, so mana agaknya yang paling mujarab, kalau tengok dekat iklan yang famousnye Gaviscon cecair nyh...haishhh


So kalau korang baca entry nyh dan ada pengalaman atau pengetahuan dalam bab Gaviscon ini bolehlah nasihat kau untuk sama ada memilih tablet atau cecair..Terima Kasih ;

Ia buat saya jadi marah bila....

Macam gini la gamaknya kalau orang sakit, setiap masa melepak depan laptop bila rasa sangat bosan melepaskan idea yang bersarang di blog ini, nway orang sakit pun tahu marah ok..tetibe!...nyh semua gara-gara henset aku hilang pagi tadi...maybe aku patut salahkan diri sendiri bila semua itu disebabkan kecuaian aku....

Bila cakap pasal marah, banyak situasi yang mengakibatkan kita marah, contohnya bila itu dan ini..ok malas aku nak senaraikan semua situasi yang buatkan aku marah so aku copycat kan situasinya bersempena hashtag #ItGetsMeMadWhen....
Banyak lagi situasi nyh, dan kalau korang berminat boleh jer usha #ItGetsMeMadWhen, banyak tweet pasal situasi ini..pasal gambar tuh aku dah blankkan nama empunya tweet because maybe ada sesetengah yang tak suka kan tapi aku still letakkan gambar tuh menandakan copyright nya..


Papepun jangan banyak-banyak marah ok, macam aku nyh, henset hilang pun still relax..nak buat macam mana redha sajelah...


Keburukan Amarah


Karang ending cerita sendiri dan menangi  Samsung Galaxy Tab 7.7

Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...

Siapa yang suka jatuh sakit kan, walaupun bila kita jatuh sakit dan kita akan dapat cuti dan berehat di rumah tetapi bagi aku dan aku rasa sama je semua  orang lebih rela tak jatuh sakit dari berehat dirumah tetapi terpaksa menahan kesakitan...

Dan perlu kita ingat setiap penyakit yang Allah SWT timpakan kepada kita bukanlah satu penanaiyaan mahupun bala namun itu semua ujian untuk setiap hambaNya, dan setiap dugaan yang diturunkan kepada kita adalah sama dengan kemampuan kita, tiada lebih....


Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :


✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.


ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .


# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita, tapi kita tidak mengetahuinya.. Bersyukurlah dgn apa yg kita miLiki sekarang,, dan jangan sesekaLi lupa pada-Nya.. ♥ ALLAHU AKBAR ♥


Truly copy and paste dari sini... Mujahid dan Mujahidah Islam


Special thanks to Blog aku. Abah kau ada blog? kerana mengingatkan aku disaat aku jatuh sakit :)

Makin cari, makin susah hati

Entry nyh aku taip sewaktu lepas aku menjamah makan malam iaitu nasi ayam dan sebelum solat isyak so tahap kemalasan aku memang tahap dewa atau tahap badak patah kaki...amek kauuuu..

Tapi bukan nak cerita pasal kemalasan tahap badak patah kaki aku tapi pasal kerunsingan aku semenjak dua tiga menjak nyh...bukan apa sebelum nyh memang internet nyh kiranya sebagai teman sehati sejiwa, sehidup semati aku tapi dua tiga minggu nyh dia memang membuat aku runding dan susah hati...

Situasi dia begini korang pernah tak bila korang ada dua tiga symptom penyakit yang korang baru pertama kali kena, kiranya ada lah dua tiga ciri-ciri penyakit yang tiba-tiba serang korang, lepas tuh korang search kat internet untuk mencari punca dan apa sebenarnya penyakit itu...

Begitulah jadinya dekat aku, berbalik kepada kesakitan yang terlampau dan baru aku tahu kenapa perempuan bad mood, dua tiga minggu nyh aku selalu sakit perut, sakit yang mencucuk, pelik sebab tak pernah jadi dekat aku so aku search la internet...

Itulah yang aku cakap makin mencari, makin susah hati sebabnya makin aku mencari untuk mengenal pasti penyakit ini makin banyak pulak implikasi dan info yang kurang baek berkaitan symptom penyakit aku nyh...

Konpius aku, so dari aku...kalau korang ada symptom yang pelik-pelik lebih baiklah kalau korang merujuk kepada doktor...

Senang hati..:)

Wanita Melayu vs Cina vs India

Firstly aku nyh bukannya pandai dalam bab-bab nak membandingkan orang apatah lagi melibatkan fakta justeru itu dalam entry kali ini aku bukannya nak membandaingkan kebaikan, keburukan mahupun keuntungan seseorang wanita itu....
Entry kali ini aku nak berkongsi pendapat seorang yang amat arif dalam bidangnya, dah dia bercerita mengenai perbezaan Wanita Melayu, Cina dan India, ini bukannya bercerita mengenai keburukan seseorang tapi menceritakan keadaan sebenar bila sesuatu situasi menimpa seseorang wanita itu...

Kita ikuti  ceritanya di video di bawah ini...
So how? entahlah kan, maybe kita as a Malay Community kena lebih mengambil berat antara satu sama lain untuk lebih menjaga kaum hawa kita...

p/s: entry ini tiada kena mengena dengan gambar di atas, itu just nak beritahu yang lepas tengok filem Azura, minat pulak aku tengok Neelofa nyh :)

Gunakan sepuasnya sebelum terlambat

Setiap yang bermula pastinya berakhir itu sama jugalkah setiap pertemuan ada perpisahan so hargailah semasa sesuatu itu ada seblum dia meninggalkan kita...
Seperti yang kita tahu Picnik.com yang merupakan salah satu website yang menawarkan editing gambar online secara percuma dan satu kelebihan yang aku suka pada website ini ialah kita tak perlu mendaftar seperti website yang lain...


Namun berita yang tak baik diterima ialah website ini akan ditutup pada awal april ini..
Jadi gunalah perkhidmatan dan kelebihannya sepuasnya sebelum terlambat, sebenarnya berita ini dah lama keluar tapi sebab malam nyh aku kebetulan gunakan website nyh so apa salahnya berkongsi...

Baru aku tahu kenapa perempuan suka bad mood

Kenapa perempuan bad mood, moody or suka marah-marah dan hilang sikap cool dia ketika datang bulan, so as perempuan mestilah diorang tahu sendiri kan, sebab dan musabab kenapa diorang marah tapi bagi orang lelaki macam aku nyh, for sure berlegar di fikiran kami apa sebabnya yang mereka mesti bad mood...



Sebenarnya bukan aku tahu sangat tapi sejak minggu lepas aku diserang satu penyakit yang memang mengganggu perut ini iaitu gastrik, yang menyebabkan kesakitan yang melampau kepada perut aku...

Mana taknya, tiga malam nyh memang tak cukup tidur aku diganggu penyakit nyh, bukan sakit jer, badan pun jadi malas, bad mood, malas nak layan orang, kawan-kawan datang sembang pun macam layan tak layan jer, bukan sengaja tetapi sebab penat dan penat melayan kesakitan perut ini..

So lepas tiga empat hari merana sebab penyakit nyh aku buat kesimpulan yang kesakita ditanggung oleh kaum hawa nyh lah yang menyebabkan mereka bad mood maybe kesakitan aku hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan kesakitan perempuan tuh tapi serba sedikit aku dapat jugaklah memahami kesakitan yang ditanggung...

Patutnya semua lelaki kena sekali dapat penyakit gastrik nyh untuk merasa kesakitan perut yang ditanggung oleh kaum hawa..ye dak :)

Kesakitan yang melampau


Bantulah aku melawan kesakitan gastrik yang melampau ini..dah dua malam macam nyh kalau berlarutan berat uihhh...

5 askar paling dasyat didunia

5.Kopassus


Ditubuhkan pada tahun 1952,kumpulan Pasukan Khas Tentera Indonesia ini cepat meningkat naik bagi diri mereka dengan menerajui kempen kerajaan tentera.
Operasi terkenal: Pada tahun 1981, sebuah kumpulan pelampau Islam yang dirampas Garuda Flight 206. Selepas pesawat mendarat, Kopassus komando melaksanakan operasi yang pantas, membunuh tiga perampas dan membebaskan 50 orang penumpang.


4.Sayeret Matkal

Kuasa-kuasa elit khas pasukan pertahanan Israel adalah pakar dalam senjata kecil, seni mempertahankan diri dan pengumpulan risikan dari jauh di belakang garis musuh. Hari-hari ini mereka sibuk dengan gig memerangi keganasan dan menyelamat tebusan.
Operasi terkenal: Dikenali dengan nama Operasi Entebbe, misi menyelamat tebusan  yang diadakan pada Air Flight 139 Perancis di Lapangan Terbang Entebbe, Uganda pada tahun 1976. Seorang askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan 3 tebusan terbunuh dalam operasi, yang sekurang-kurangnya berjaya untuk membebaskan 100 tebusan.



3.The Kaibiles

Pasukan Komando Guatemala adalah pakar dalam peperangan di hutan dan operasi pemberontakan. Ditubuhkan pada tahun 1975, cogan kata mereka, “If I advance, follow me. If I stop, urge me on. If I retreat, kill me.”
Operasi terkenal: Lapan Kaibiles yang terbunuh dan lima cedera dalam serangan hendap di Congo sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman PBB. Yang terkorban adalah sebahagian daripada operasi yang gagal untuk menangkap Timbalan Komander Tentera Uganda Lord Resistance.



2.Alpha Group

Ditubuhkan pada tahun 1974 dan terselamat walaupun keruntuhan Kesatuan Soviet.
Operasi terkenal:Krisis menyelamat tebusan Sekolah Beslan 2004 , di mana 1200 tebusan telah ditawan oleh kumpulan pemisah Chechen yang berakhir dengan 31 pengganas mati. Hasil yang baik bila menyelamatkan lebih daripada 350 orang awam.


1. U.S. Navy SEAL


Tentera Laut Amerika Syarikat, Air dan Tanah (SEAL) pasukan terkenal untuk keupayaan mereka bekerja di bawah air dan berurusan dengan peninjauan khas, keganasan, menyelamat tebusan dan peperangan bukan konvensional.
Operasi terkenal: Satu pasukan yang diberi kuasa oleh Barack Obama membunuh Osama bin Laden di dalam kawasan di Pakistan. Tiga Navy Seals juga membunuh tiga lanun Somalia apabila mereka menangkap kapten sebagai tebusan.


Amazing Top 5's

[REPOST] cerita lucah sekolah agama

Personally aku memang jenis yang menghargai karya, lagi-lagi kalau karya tuh datang dari kawan-kawan jadi entry kali ini aku nak berkongsi dengan menerbitkan kembali sebuah cerita kawan aku di blog ini iaitu Cerita Lucah Sekolah Agama...


Cerita Lucah Sekolah Agama
tahun 2001-sekolah agama taman desa jaya, JB
gua darjah tiga sekolah agama petang kat tmpat gua. masa ni, gua memang King Of Pemadam. gua ingat, pemadam je dah dekat satu beg swan. gua beli pemadam 3 biji je, boleh menghasilkan 2 dozen pemadam. semuanya hasil perlawanan pemadam dengan rakan-rakan sekelas mahupun bukan sekelas. pergi sekolah dah tak ingat nak belajar, yang gua ingat nak maen pemadam je. masa ni, guru kelas gua ustazah Z, standard ustazah lah, mana nak cuak sangat.sungguh anarki gaya beliau..


aktiviti waktu rehat dipenuhi dengan acara bermain pemadam secara besar-besaran. stok pemadam dekat koperasi sekolah agama tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan je. kedai-kedai sekitar taman tempat gua serta pekan2 berdekatan semua dah keluarkan stok simpanan pemadam yang selama ni diorang sorok. gua syak, pekedai-pekedai ni yang memulakan trend bermain pemadam. betul-betul dasar kapitalis lah.


budak-budak punya obses dengan maen pemadam memang gila tak ingat. masa zaman gua, pemadam harga seposen pun dapat. nak kenal pemadam harga seposen ni senang je, lu tengok ada gambar bendera negara-negara didunia ni, maka lu tahu lah itu pemadam seposen. budak-budak tak pandang sangat pemadam seposen ni. nilai rendah kata diorang. tak berapa nak stim lah kata budak-budak bujang.


nak dijadikan cerita,suatu hari ni, mamat loser mana ntah ajak gua maen pemadam. gua ingat, dia budak taman sebelah lah. wah wah wah, dia punya pemadam besar tak ingat punya.memang tinggi lah harga dipasaran gelap pemadam-pemadam malaysia.gua bertekad untuk mendapatkan pemadam tersebut!. masa tu jugak, ura-ura mengatakan beliau mungkin akan menamatkan streak gua dalam acara maen pemadam ni. gua cuak jugak bila dengar ura-ura yang bertiup kencang tu.mati-mati gua pikir nak pakai pemadam apa,lalu dengan taktikalnya gua menggunakan pemadam yang ada tulisan "ERASER" warna merah diatasnya. gua berharap ada "ong" disebalik warna merah tersebut. gua tak lupa jugak baca bismillah.berkat bai.


perlawanan memang sengit, masing-masing tak mahu mengalah. pemadam opponent memang besar, tapi tak boleh menandingi kelicikan pemadam gua. gua perasan,peluh jantan menitik satu persatu dari dahi gua. tu first time gua mengeluarkan sifat jantan gua secara mainstream. ada dua kelompok jugak yang menyokong. satu sokong gua. satu lagi sokong opponent. dia punya kecoh memang tak ingat bai. macam malaysia lawan manchester united pun ada.


Ya, gua menang perlawanan bersejarah tersebut. gua merampas pemadam opponent dengan megah, rakus dan berwibawa.merah jugak mata mamat tu. menangis kot.Tiba-tiba, ustaz K sampai, melihatkan suasana seperti perlawanan sabung ayam berlaku disudut belakang kelas, beliau datang untuk mengetahui apa yang berlaku. masa ni jugak, beg swan gua penuh dengan pemadam je. mamat loser tersebut dengan muka seposen mengadu kat ustaz tu. beliau cakap gua ambik pemadam dia. ape kes bai? gua tunjuk penumbuk tanda protes. gua lihat ada senyuman gampang dimuka beliau.


ustaz K merampas semua pemadam "rampasan" milik gua. dengan yang dalam beg swan tu skali. wtf man. ini tidak berlaku adil. habis semua pemadam rampasan gua diagih agihkan kepada warga kelas . masing-masing berebut-rebut mengambil pemadam-pemadam rampasan gua tak kira yang kecil,besar, tua , muda, miskin ataupun kaya. mata gua merah gila dah time tu.tapi, tak menangis pun. cover macho bai. yang tinggal pemadam bertulisan eraser warna merah ditapak tangan gua. sebak jugak lah.


gua balik rumah dengan langkah yang longlai. start dari hari tu, gua bersara dalam arena pemainan pemadam. gua dah tak amek port sangat bab-bab pemadam ni. last sekali gua dengar permainan pemadam dah tak berapa nak kick lagi. semua dah start maen bayblade.alaa, gasing yg gesel ada api tu tu.jualan pemadam kat kedai-kedai pemadam sekitar taman tempat gua pun menurun. gua syak, mesti tokey-tokey kedai sorok balik pemadam-pemadam ni.


Jadi kalau korang nak layan lebih cerita yang best, korang leyh terus klik di link bawah ini:)






4 aplikasi terbaik Twitter

Kalau nak ikutkan rank, Twitter nyh belum mampu mengalahkan Facebook tetapi pengguna Twitter pada masa kini semakin meningkat dan pelbagai aplikasi diwujudkan untuk memudahkan semua pengguna Twitter dan rugi sekali kalau korang pengguna Twitter tetapi tak tahu pasal semua aplikasi ini, so disini aku nak senaraikan 4 aplikasi yang aku gunakan buat masa ini...


1.TweetDeck

TweetDeck merupakan satu aplikasi twitter yang memang confirm aku guna bila lepak dekat twitter nyh, tweetdeck nyh aplikasi yang memaparkan semua sekali tweet, mention, inbox mahupun trend dan dia boleh tambah column profile sesiapa follower or following korang...

2.Fllwrs

Aplikasi fllwrs nyh pulak untuk korang track siapa yang follow korang dan siapa yang unfollow korang, so tak susahlah kalau nak tahukan kalau follower korang berkurang...

3.Twuffer

Twuffer nyh pulak menolong kita tweet pada masa korang tak dapat nak online, Twuffer nyh memang selalu aku guna untuk tweet pasal iklan churp-churp or says.my...Twuffer nyh dapat setkan masa bila kita nak tweet kita tuh nak keluar...

4.Twitpic

Twitpic nyh tak semestinya adalah sebab sekarang kita dah boleh tweet gambar terus time dekat butang tweet tapi nyh just aplikasi untuk membantu kita tweet gambar-gambar yang banyak..Twitpic juga dapat membantu kita tweet video..wahhh

Sebenarnya banyak lagi aplikasi berkaitan Twitter yang boleh kita gunakan seperti Twitbin, Twistori, Twibs dan Twitterfall, jadi tunggu masa untuk kita explore dan gunakan sebanyak mungkin untuk yang addicted kepada twitter:)

Dan kepada semua pengguna twitter jangan lupa untuk follow acc twitter aku di @MesyhtaBeto...

Ben Ashaari ajak korang kritik blog aku


Assalamualikum, memandangkan harini aku sakit dan perlu berada di bilik saja so aku sertai segmen dari Blog Ben Ashaari ini, Kenapa aku perlu dikritik?

Blog aku tidak pernah sempurna,
Banyak kurangnya, cuma sedikit lebihnya,
Nasihat kan aku. Kritik lah aku. Tegur jer aku,
Yang baik untuk aku, baik juga untuk korang...

Doakan juga gastrik aku ini cepat pulih -.-

Antivirus yang terdapat di Windows (Windows Defender)

Actually aku buat entry nyh sebab ada seorang kawan facebook aku tanya, soalannya berbunyi begini:

Dekat Operating System (OS) Window ada antivirus kan, apa antivirus tuh erkk??
p/s:soalan telah diubah suai mengikut situasi


Anti virus yang terdapat di Windows OS adalah Windows Defender iaitu program  yang membantu kita melindungi komputer kita daripada pop-up, slow speed dan ancaman keselamatan yang disebabkan oleh spyware terutamanya dan software yang tidak kita perlukan..

Nak gunakan dia macam nyh

First step:
Korang click pada "Windows" dan selepas tuh "Control Panel"


Second step:
Taipkan "Defender" di search box yang berada di atas sebelah kanan, dan bila dah keluar korang terus click "Windows Defender" tuh...


Third step:
Langkah terakhir adalah tunggu Window Defender tuh scan computer ada sampai settle


Kalau korang keliru korang boleh cari video berkaitan dengan langkah-langkah dia di Youtube

Simple kan, tak payah susah-susah nak download lepas tuh install antivirus yang percuma tuh...


Kebersihan menurut penduduk Sungai Ciliwung, Indonesia

ehhh,

Ok, aku memang susah nak beri salam pun kan, nway pernah dengar tentang Sungai Ciliwung, ala sungai di Indonesia yang kalau hujan lebat, Sungai Ciliwung akan dipenuhi sampah dan kalau berterusan selama tiga hari ia mampu mencatat sampah sebanyak 1,800 meter padu atau boleh diisi ke dalam 90 buah trak pengangkut sampah!

Banyak? sikit jer tuh, namun disebabkan kemiskinan, penduduk di situ terpaksa menggunakan air yang tercemar itu untuk mandi, basuh baju dan juga membuang air besar namun menurut mereka air yang mereka gunakan itu bersih...

So tengok video ini sampai habis dan lihat apa tafsiran mereka mengenai bersih


So how?? Jangan sampai sungai di Malaysia jadi macam tuh sudahlah -.-

5 gadjet terbaru 2012

Tahun 2012 dah sampai ke bulan ketiga dan terdapat banyak produk yang dilancarkan pada awal tahun 2012 ini. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kita masih tercari-cari apakah produk-produk terbaru yang dilancarkan, untuk pengetahuan bersama sekarang ini banyak produk baru seperti  iPad 3 dari Apple dan iPhone 5, dan sistem operasi atau operating system terbaru dari Microsoft iaitu Windows 8...


So dari pemerhatian aku di pasaran, blog-blog dan website yang berkaitan teknologi, disini aku nak senaraikan antara 5 gadjet terbaru di tahun 2012 ini...


Apple IPhone 5


Selepas melancarkan iPhone 4S, yang aku dengar mengecewakan kini gadjet terbaru iaitu iPhone 5 dikeluarkan dengan beberapa perubahan yang baik,termasuk penambahan suara, kamera 8-megapiksel yang sangat baik, tapi dengar kata telefon ini nampak macam lebih kurang iPhone 4, entahlahkan...


Windows 8
Windows 8 menawarkan beberapa ciri-ciri baru dari UI semua untuk Windows App Store dan ciri-ciri keselamatan...




Windows 8 telah mendapat satu UI yang interaktif dipanggil "Metro-style" reka bentuk, yang menunjukkan maklumat yang paling penting bagi kita, merangkumi kesederhanaan, dan memberi kita kawalan sepenuhnya ke atas.kemantapan OS nyh tak dipastikan sebab ada kawan aku kata laju dan ada pulak staf dekat makmal komputer aku kata sebaliknya...


Apple iPad 3



iPad 3 mempunyai jangka hayat bateri yang mengurangkan beratnya namun bateri itu dengar kata memakan 20 hingga 30 peratus lebih daripada bateri iPad sekarang ini yang juga mempunyai hayat yang lebih panjang, iPad 3 akan mempunyai teknologi tanpa wayar untuk mengecas bateri dan pemindahan data...


Samsung Galaxy S3


Selepas kejayaan Galaxy S2, dengar kata Samsung telah sibuk bekerja pada versi seterusnya S3. Ia dijangka akan menampilkan Samsung Exynos 4212 processor pada 1.8GHz and an ARM Cortex A9 chip, yang akan menawarkan peningkatkan prestasi 25% dan pengurangan 30% dalam penggunaan kuasa...


PlayStation Vita


Versi PSP terbaru yang dikeluarkan, gadjet game dengan quad-core grafik processor, yang lebih mengagumkan daripada 2 iPad.Kelihatan agak sama dengan PSP, sememangnya Vita lebih hebat dan elegan. Ia sukan 5-inci OLED multi-sentuh kapasitif skrin sentuh, 24-bit warna dengan resolusi 960 × 540 qHD dan mempunyai kepadatan piksel dari 220 ppi...


Aku rasa setakat ini jelah yang mampu aku kongsikan, dan sebenarnya banyak lagi gadjet-gadjet terbaru yang keluar korang just google kan jer kalau rajin :P

 
Web Analytics