Home » » Wanita melayu paling banyak tekanan

Wanita melayu paling banyak tekanan

Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia


Walau pada hakikatnya kita lihat wanita melayu ini sebagai ayu dan lemah lembut tapi melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.


Itulah, kita tak boleh anggap diri kita ini sentiasa sihat jer, mungkin dalam sihat kita terdapat penyakit yang tidak dapat kita kesan dan melalui kajian itu juga hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya dari 5.8 juta penghidap di negara ini.



Cuba senyum selalu kan susah nak ada tekanan >.<

KUALA LUMPUR: Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara ini serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular. 

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

“Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Sumber Berita:Berita Harian Online

Oleh itu kepada semua wanita kurangkanlah stress dan tekanan, lepaskan dengan cara yang betul dan tak lupa juga selalu lakukan pemeriksaan, nway tak lupa juga kepada lelaki:)

 
Web Analytics