Home » » Nasi sudah menjadi bubur, pada kita beringatlah

Nasi sudah menjadi bubur, pada kita beringatlah

Banyak sudah peringatan dan teguran yang kita dengar, kita baca tak kira dekat facebook mahupun laman sosial yang lain, sentiasa ingatkan bahawa jangan memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat kerana kelak akan menyusahkan diri...

Seperti yang kita tahu, ajal maut bukan dalam pengetahuan kita, ia boleh datang pada bila-bila masa jadi sekiranya kita memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat, agak-agaknya bila kita nak padamnya, adakah sempat sebelum ajal menjemput kita...

Aku tergerak hati ingin menulis pasal ini selepas melihat satu print screen post facebook yang meminta sesiapa yang tahu hack account facebook untuk memadam gambar sahabat yang telah meninggal dunia...


Bak kata pepatah '' nasi sudah menjadi bubur'' beringatlah sebelum meletakkan gambar yang mendedahkan aurat di facebook kerana apabila meninggal dunia tidak ada siapa lg yang boleh memadam gambar kita itu kerana hanya kita sahaja yang tahu kata laluan profile kita...

Oleh itu beringatlah selagi masih bernyawa didunia ini...sentiasalah berpesan kerana manusia ini tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan...

2 Kata:

oh. pernah jadi kat kawan saya jugak. meninggal. dan orang yang report kan kat fb tu. harus ambil langkah berjaga-jaga.

 
Web Analytics