Home » » Hamster bawa penyakit kepada pemiliknya

Hamster bawa penyakit kepada pemiliknya

Aku percaya betapa ramainya peminat-peminat hamster iaitu spesis tikus ini dinegara kita dan untuk peminat-peminat dan juga penternak binatang ini, tahukah bahawa binatang ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada sang pemiliknya...




Awas Peminat Hamster


SUNGAI BERUA – Penternak dan peminat hamster dipercayai terdedah dengan risiko dijangkiti penyakit air kencing tikus atau lebih dikenali sebagai Leptospirosis.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat meminta pihak berwajib terutama Kementerian Kesihatan membuat pemantauan terhadap ternakan jenis tikus itu yang banyak terdapat di seluruh negara.


“Mereka di luar sana perlu diberi penjelasan secukupnya berhubung hamster atau spesies tikus ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada peminatnya.


“Saya turut berharap, Kementerian Kesihatan mengambil langkah drastik dan melaksanakan peraturan tertentu kerana haiwan berkenaan kini semakin digilai untuk dipelihara terutama anak-anak kecil.


Sinar

 
Web Analytics