KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Sejauh mana kita bersedia pergi untuk cinta?

Selalu yang kita dengar kalau kita dapat berkahwin dengan orang yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan orang yang kita cintai...Orang yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita...


Tapi sejauh manakah kita bersedia untuk berkorban untuk cinta??


Filem animasi The Lorax ini akan menemui penonton pada 2 mac 2012, filem ini menampakkan kepada kita sejauh mana seorang itu sanggup berkorban untuk cintanya...

Dalam The Lorax ,Zac Efron sebagai Ted ed yang berumur 12 tahun berusaha keras untuk membuat impian gadis impiannya iaitu Taylor Swift sebagai Audrey menemui realiti...Tetapi apakah impiannya? Apakah keajiaban akan datang...

Sipnopsis penuh di sini...




Jadi sekiranya kita ingin tahu setahap mana cinta si Ted ini saksikanlah The Lorax pada 2 mac 2012, suatu pengembaraan yang menarik untuk membuat impiannya menjadi kenyataan. 

Maklumat lanjut mengenai filem ini di sini




Ambil gambar bersama Lorax dan berseronok dengan permainan ini, terdapat banyak hadiah menarik seperti tiket eksklusif 3D untuk menonton The Lorax dan hadiah untuk dimenangi!...maklumat lanjut di sini

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD



Aku dah lama tak join benda macam nyh tapi disebabkan aku nampak kelainan segmen ini dari segmen-segmen yang lain aku terus join segmen ini...

Rakan blog
Ahmad
Khairul
Ariff

Tarikh Tamat: 29/2/2012 pukul 11.59pm

Ayat nak couple balik

Aku bukanlah pujangga yang pandai merungkai kata apatah lagi menyusun lidah mengeluarkan kata-kata manis kepada si gadis...namun, ehh aku bukannya seorang pengkaji ilmu-ilmu berkenaan cinta macam nyh.Ayat nak couple balik? Seharusnya soalan macam nyh bukan tahap aku nak jawab, apatah lagi cari di blog aku...


Namun masih ada jugak yang cari di blog aku, kata-kata cinta yang mampu memikat kembali hati sang teruna atau dara, malangnya tiada satupun entry yang melibatkan kata-kata cinta di blog aku and maybe ada certain keyword yang kena dengan tuh, macam gambar bawah nyh...



Nway kalau korang ada pengalaman bercinta dan putus dan mahu bersama kembali boleh usha di blog-blog cinta seperti ini, Kata-Kata Cinta 2012, tak pun ini, Forum Kata-Kata Cinta dan mungkin yang ini, Kata-Kata Cinta...

Di sini hanya ada ini Maafkan Aku, Kita Couple Semula Ok...

Memang dasar kaki download

Semenjak semester akademik bermula memang nafsu download aku kembali membuak, maklumlah kalau masa cuti semester sebelum nyh nak tunggu download satu filem kena tunggu satu malam tapi dengan kelajuan internet di makmal, satu movie tuh paling lama pun 15 minit, 6 minit ah rekod paling cepat aku pernah buat,




So untuk koleksi terbaru aku, pagi tadi aku baru saja download filem tempatan iaitu Hantu Dalam Botol Kicap dan sekejap tadi dah selesai aku tengok, esok lusa delete dan hari isnin nyh cari filem baru, kalau internet laju senang jer semua tuh...

Dalam minggu nyh je aku dah saksikan Adventure of Tintin, ala pasal Tintin yang mengembara pasal tiga buah replika kapal, kalau belum tengok, korang boleh tengok, not bad, seronok jugak, menarik...

Untuk korang yang tertanya medium apa yang aku gunakan untuk download semua filem nyh korang boleh rujuk entry sebelum aku ini iaitu Cara mudah nak download movie dari mediafire dan hotfile...

Link download Hantu Dalam Botol Kicap...

Aku memang peminat setia Ddmf lah...

Cara mudah nak download movie dari mediafire dan hotfile

Actually aku tak bercadang pun nak berkongsi pasal ini tapi pagi tadi ada seorang kawan aku bertanyakan pasal ini, jadi alang-alang nak mengajar dia aku teruslah letak disini...Aku nak tunjukkan cara untuk selepas kita download movie pakai direct link tapi bukan guna torrent, aku tak pandai sangat guna yang itu...


Selalunya kalau download pakai direct link ni mestilah kena download part by part dan kita wajib download semua part tuh...walaupun  kita  dah download semua part tuh, itu tak bermakna kerja  kita  dah habis dan sudah boleh menonton tapi  kita  kena cantumkan kesemua part tuh untuk menjadi satu part sahaja, tool yang  kita  boleh gunakan untuk cantumkan adalah  HJ Split...yang nyh biasa aku gunakanlah...

Photobucket Best jadi pelajar Uni/Kolej... Inilah sebabnya! Photobucket  


Dan kalau nak mempercepatkan download file bolehlah download dan menggunakan Internet Download Manager(IDM) atau Orbit Downloader...

Lastly, aku rasa dah boleh tengok kot movie yang  kita  dah siap download tuh...Selalunya movie yang kau download tuh mesti file dia dalam .mkv atau .rmvb...so  kita  bolehlah terus play di media player macam MpcStar atau VLC...

Carian lain untuk cara download movie:



Semoga  kita  fahamlah kalau masih tak faham dengan penyampaian aku bolehlah rujuk link yang diatas itu atau terus hubungi aku di sini...

Hakikat tudung seorang perempuan

Oh perempuan...
Pakai tudung?
Apakah hakikat sehelai tudung yea?



Apakah hakikat tudung?

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. 


Renungan dan perkongsian dari  [RENUNGAN] Bagi MUSLIMAH yang ‘BELUM’ bertudung



Mungkinkah dia lelaki paling jujur di Britain

Bagi Arron Large, ia semua adalah berkenaan jujur dalam kerja, suatu hari semasa membersihkan jalan-jalan di Southend-on-Sea, Kontraktor ini menjumpai seutas jam tangan Rolex di dalam longkang yang berharga £21,000 ..


Namun dia tidak menyimpan jam yang bernama Oyster Perpetual Cosmograph itu  namun menyerahkannya kepada pihak polis...


Walau bagaimanapun sekiranya pemilik jam ini tidak menuntut jam ini selama 30 hari, kejujurannya akan terbalas apabila jam ini akan menjadi miliknya...

Berusia 28 tahun itu, dari Rayleigh, Essex, dia berkata: 'Kami telah biasa menjumpai emas palsu jadi bila kali pertama melihatnya saya tidak terlalu teruja..."

Tetapi bila dia membersihkannya dengan sebaik mungkin, emasnya masih tidak luntur jadi dia sedar yang ia mungkin sesuatu yang istimewa, alamgkah baiknya jika jam ini dapat dipulangkan kepada pemiliknya tetapi jam ini mungkin sudah diinsurankan dan secara senyap dia berharap agar dia dapat menyimpan jam itu...

"Jika tiada siapa yang menuntutnya maka ia akan menjadi milik saya dan saya pasti akan menggunakan hasil dari jualan jam itu untuk melangsaikan hutang saya"..katanya.


Full download drama Vanila Coklat(MediaFire)

Sebenarnya aku nyh bukan peminat drama especially drama yang baru keluar macam nyh tapi ntah macam mana hati aku tergerak untuk berkongsi dengan korang since ada orang yang bertanya aku pasal ini...


Full Download Drama Vanila Coklat




Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang pelajar perempuan dan lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin. Atas permintaan keluarga, mereka akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai.




Source:DDMF

Nasi sudah menjadi bubur, pada kita beringatlah

Banyak sudah peringatan dan teguran yang kita dengar, kita baca tak kira dekat facebook mahupun laman sosial yang lain, sentiasa ingatkan bahawa jangan memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat kerana kelak akan menyusahkan diri...

Seperti yang kita tahu, ajal maut bukan dalam pengetahuan kita, ia boleh datang pada bila-bila masa jadi sekiranya kita memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat, agak-agaknya bila kita nak padamnya, adakah sempat sebelum ajal menjemput kita...

Aku tergerak hati ingin menulis pasal ini selepas melihat satu print screen post facebook yang meminta sesiapa yang tahu hack account facebook untuk memadam gambar sahabat yang telah meninggal dunia...


Bak kata pepatah '' nasi sudah menjadi bubur'' beringatlah sebelum meletakkan gambar yang mendedahkan aurat di facebook kerana apabila meninggal dunia tidak ada siapa lg yang boleh memadam gambar kita itu kerana hanya kita sahaja yang tahu kata laluan profile kita...

Oleh itu beringatlah selagi masih bernyawa didunia ini...sentiasalah berpesan kerana manusia ini tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan...

Fakta apabila lelaki/perempuan berkumpul

Kalau sebelum nyh aku dah ceritakan secara detail  tentang apa yang lelaki dan perempuan bersembang time mereka berkumpul, dalam dua entry tuh aku dah senaraikan beberapa point yang aku rasa memang betuk dan benar belaka, benda yang lelaki dan perempuan sembangkan apabila berkumpul...


Gambar atas ini hanya untuk selingan dan untuk korang yang tak pernah baca entry aku itu, inilah dua entry yang aku perkatakan tadi...



Namun kini aku jumpa lagi satu berkaitan dengan topik yang sama iaitu kemana tumpuan lelaki dan perempuan sewaktu berkumpul..gambar bawah ini menceritakan segalanya..

So how??bagi aku sebagai seorang lelaki betullah tuh, korang sebagai seorang perempuan pulak..macam mane??


Hamster bawa penyakit kepada pemiliknya

Aku percaya betapa ramainya peminat-peminat hamster iaitu spesis tikus ini dinegara kita dan untuk peminat-peminat dan juga penternak binatang ini, tahukah bahawa binatang ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada sang pemiliknya...




Awas Peminat Hamster


SUNGAI BERUA – Penternak dan peminat hamster dipercayai terdedah dengan risiko dijangkiti penyakit air kencing tikus atau lebih dikenali sebagai Leptospirosis.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat meminta pihak berwajib terutama Kementerian Kesihatan membuat pemantauan terhadap ternakan jenis tikus itu yang banyak terdapat di seluruh negara.


“Mereka di luar sana perlu diberi penjelasan secukupnya berhubung hamster atau spesies tikus ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada peminatnya.


“Saya turut berharap, Kementerian Kesihatan mengambil langkah drastik dan melaksanakan peraturan tertentu kerana haiwan berkenaan kini semakin digilai untuk dipelihara terutama anak-anak kecil.


Sinar

Zarina Anjoulie, Aliff Aziz dan video gaduh KFC

Sekarang memang tengah hangat pasal kes pergaduhan di KFC tapi sehingga kini masih tak dapat tahu siapa yang salah, dan baru -baru ini perakam video youtube pergaduhan tuh dah di temubual oleh MalaysiaKini tentang apa yang berlaku ketika itu...


Dan video sebelum pergaduhan yang mana keadaan disitu masih lagi tenang sudah pun keluar di youtube...


Dan satu lagi kisah ialah sewaktu aku goggle gambar dengan keyword "video gaduh KFC" dan antara ribuan gambar yang keluar, salah satunya adalah gambar yang aku hinglight kan bawah nyh iaitu gambar Zarina dan Aliff, ntah macam mana mereka pun boleh adalah...


Mungkin mereka pun pernah bergaduh di KFC kot :)

Gambar tuh muncul sebab mereka berdua pernah gaduh dan keyword gaduh tuh ada time aku key in..takde kejalah :)

Wanita melayu paling banyak tekanan

Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia


Walau pada hakikatnya kita lihat wanita melayu ini sebagai ayu dan lemah lembut tapi melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.


Itulah, kita tak boleh anggap diri kita ini sentiasa sihat jer, mungkin dalam sihat kita terdapat penyakit yang tidak dapat kita kesan dan melalui kajian itu juga hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya dari 5.8 juta penghidap di negara ini.



Cuba senyum selalu kan susah nak ada tekanan >.<

KUALA LUMPUR: Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara ini serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular. 

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

“Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Sumber Berita:Berita Harian Online

Oleh itu kepada semua wanita kurangkanlah stress dan tekanan, lepaskan dengan cara yang betul dan tak lupa juga selalu lakukan pemeriksaan, nway tak lupa juga kepada lelaki:)

Video Sebelum Pekerja KFC Pukul Customer

Kalau sebelum nyh dekat memana blog kita dah tengok video pergaduhan di KFC yang berlaku baru-baru ini tetapi kali ini aku terjumpa satu video yang mana menunjukan suasana sebelum pergaduhan itu berlaku...




Dari video ini kita boleh nampaklah apa yang sebenarnya berlaku pada mulanya dan kita dapat agak salah siapa, papepun nyh hanyalah antara ribuan pergaduhan pelanggan dan pelayan di seluruh tempat dan janganlah akibat pergaduhan ini kita melibatkan pergaduhan kaum...


Live streaming Manchester United VS Liverpool 11 Feb 2012

Live streaming Manchester United VS Liverpool 11 Feb 2012

Oleh sebab Manchester United merupakan pasukan kegemaran aku dalam Liga Perdana Inggeris, so aku akan menyediakan link-link live stream untuk korang yang tak dapat menonton di rumah atau kedai-kedai mamak sekitarnya...


Ini bukan apa, just nak meraikan kemenangan pasukan Manchester United(hopefully) keatas Liverpool..


Sebelum itu saksikan preview perlawanan antara dua pasukan ini di link ini

Jazeman Jaafar and Michael Schumacher dalam Petronas Motorsports drivers

Kenal Jazeman Jaafar?
Dia adalah salah seorang pemandu Kereta Lumba kelahiran Malaysia dan untuk maklumat lebih lanjut boleh ke link ini..


Tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal dia tetapi program Petronas Motorsports Driver episod 9 yang mengandingkan Jazeman Jaafar dan raja litar iaitu Michael Schumacher...


Dia berbual dengan dan bertanya apa yang diperlukan untuk menjadi juara dunia dan untuk mengetahuinya bolehlah ke link atas itu atau link ini...

Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain. 

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan. 

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah. 



Berita Lanjut di Berita Harian Online


"Setiap kebaikan itu ada juga keburukannya, tiada yang sempurna di dunia ini"

Tolak laptop, tahan nafsu

Hampir 4 hari berjauhan dengan laptop dan internet, maklumlah bersempena cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam, dan takkan nak habiskan masa cuti ini di bilik saja so aku hilangkan diri untuk bercuti dan balik hari ini ingat nak berhabisan dengan laptop ku tapi last-last hujan turun...


Tengok hujan turun dan tak nak lepaskan kenikmatan lalu aku tolak laptop dan menahan nafsu nak ber-online dan tarik selimut..uihhh..


Pahala sebuku roti mengalahkan dosa berzina tujuh malam

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”


Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.




Nestle Nutrivia
Pertandingan Fotografi


Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku  roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.


Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. 


Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.


Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu…”

Sumber cerita ini disini

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui

Bonus Tabung Haji bagi tahun 2011

Bayaran bonus Tabung Haji bagi tahun 2011 dan sebagai salah seorang pendeposit Tabung Haji aku terpanggil untuk berkongsi berita ini, selepas bonus 5.5% pada tahun 2010, tahun ini bonus yang diagih oleh Tabung Haji makin meningkat :)
PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus kepada pendeposit sebanyak enam peratus bagi 2011.

Dapatkan Nestle Nutrivia
Dapatkan Chinese New Year Prizes

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkan perkara itu, berkata ia adalah kenaikan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Berita Lanjut disini

Suatu tempat di Indonesia

Berpuluh pelajar sekolah rendah di Indonesia terpaksa menyeberang jambatan yang hampir runtuh untuk ke sekolah setiap hari tanpa sebarang peralatan keselamatan yang sempurna.




Bayangkanlah...


Gambar yang berkaitan di sini

Cincin tanda cinta seseorang

Cincin tunang, cincin khawin semuanya melambangkan sesuatu malahan cincin plastik tikam 20 sen tuh pun ada lambang tersendiri :)


Gambar sudah, ini lagu pula >.<

Hello- Dua Cincin



 
Web Analytics