Home » » Apa patut dicari pelajar IPT

Apa patut dicari pelajar IPT

AGAK sukar difahami apakah sebenarnya matlamat mutlak seseorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) lebih-lebih lagi di Malaysia. Jika hasrat mereka untuk menuntut ilmu setinggi yang mungkin, mereka sudah pun berada di tempat yang diidam-idamkan. Tetapi, jika mengejar kebebasan, institusi seperti itu, bukanlah tempatnya.

Mereka sepatutnya mendaftar sebagai ahli parti politik dan bolehlah naik ke pentas rakyat untuk berucap sepuas-puas hati. Isunya hari ini mereka mahu mencapai cita-cita untuk menjadi manusia yang berjaya dan pada masa sama mengejar kebebasan.

Apakah makna kebebasan bagi mereka? Apakah seseorang yang boleh meluahkan apa saja yang terbuku di benak fikiran mereka atau bertindak apa saja tanpa pedulikan orang sekeliling, meliputi maksud kebebasan? Apakah kebebasan bermakna memberi hak kepada sesiapa juga untuk melakukan apa saja tanpa mengambil kira kepentingan atau sensitiviti orang lain.
Apakah dengan memperalatkan slogan kononnya mahu memperjuangkan keadilan bermakna mereka ini tidak boleh dijentik oleh undang-undang kerana mereka adalah spesies masyarakat yang memperjuangkan kebebasan? Dalam konteks yang lebih luas, kebebasan juga bermakna seseorang itu boleh pergi ke mana saja tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan diri, tidak ada gangguan atau ugutan atau sekatan jalan raya berpunca daripada demonstrasi jalanan yang boleh mencetuskan keganasan. 


Sambung bacaan di Berita Harian Online:Apa patut dicari pelajar IPT

2 Kata:

nk belajar ker nk berpolitik???

jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

nk belajar ker nk berpolitik???

jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

 
Web Analytics