Home » » Kongsi Rasa: Kemaruk kahwin

Kongsi Rasa: Kemaruk kahwin

Ibu tak dapat terima kehendak anak mendirikan rumah tangga selagi tak habis belajar

IBU mana yang tidak terguris hatinya apabila melihat anak lelaki cedera ditumbuk, sehingga menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam pergaduhan berebut teman wanita.

Berikutan kejadian itu, satu universiti tahu perhubungan cinta anak lelakinya dengan gadis sekampus. Pensyarah berusaha memisahkan mereka selepas diminta ibu yang dikenali sebagai Puan Ita.


Walaupun mereka tidak berjumpa di universiti, tetapi di luar mereka masih intim.
“Puas sudah saya memujuk anak supaya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan mengetepikan dulu soal berkahwin dengan teman wanitanya.

“Yang sebenarnya saya tidak berapa berkenan dengan gadis itu kerana terlalu bebas bergaul dan anak saya bukan satu-satunya teman lelakinya,” jelas Puan Ita kepada Kongsi Rasa.

“Saya mahu anak beri tumpuan kepada pelajaran dan menamatkan pengajian tanpa diganggu dengan permainan perasaan yang pada tanggapan saya tidak akan bawa dia ke mana-mana. 

“Namun harapan saya berkecai kerana anak lelaki tunggal saya terlalu kemaruk bercinta dan mahu berkahwin dengan gadis itu,” kata Puan Ita. 

Sebagai seorang ibu berkelulusan tinggi, Puan Ita menggunakan pengaruhnya untuk meminta universiti campur tangan.

“Sebenarnya pihak universiti tahu apa yang berlaku di antara anak saya dan gadis itu, tetapi mereka tidak berupaya menghalangnya.

“Saya juga pernah menemui ibu gadis itu dan hasil perbualan kami, ibu gadis itu mengaku anaknya agak lasak dan liar. 

Artikel penuh di Berita Harian dan Sini 

 
Web Analytics