KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Pasangan paling tua bercerai

Lelaki 99 tahun marah jumpa surat bekas kekasih isteri curang

SARDINIA: Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun memfailkan perceraian daripada isterinya berusia 96 tahun selepas menemui sepucuk surat isterinya berlaku curang 50 tahun lalu. 




Lelaki Rome berasal dari sini dikenali sebagai Antonio C yang berkahwin dengan isterinya selama 77 tahun, terjumpa surat yang dikirim bekas kekasih isterinya pada 1940 an, ketika dia menggeledah laci lama beberapa hari sebelum Krismas, lapor agensi berita ANSA kelmarin.


Apabila lelaki itu meminta penjelasan daripada isterinya dikenali sebagai Rosa C, isterinya mengaku curang namun akibat berasa bersalah beliau tidak mengambil langkah mencabar perceraian terbabit, kata ANSA. Pasangan itu memiliki lima anak, 12 cucu dan seorang cicit.



Berita selanjutnya di Berita Harian Online

Benda paling bodoh aku tengok dekat Stesen Bas

Ceritera nyh berlaku sewaktu aku nak balik ke Taiping, last friday..al-maklumlah cuti krimas..so memang dah lumrahlah kot, kalau musim perayaan nyh tiket ke Taiping memang cepat sangat habis, maybe banyak perantaun di Kuala Lumpur nyh berasal dari Taiping..entahlah...


So aku amiklah tiket tambahan ke Penang..kejadin yang patut kot aku panggil bodoh nyh bermula bila time nak naik bas dalam pukul 7.30 macam tuh..
Konduktor bas nyh panggillah semua penumpang yang memegang tiket ke penang untuk berkumpul di suatu tempat dekat bawah terminal tuh, so konduktor tuh pun kutiplah semua tiket ke Penang pada masa itu..


So dah biasalah kalau bas tambahan memang kena berjalan sikitlah ke bas sebab bas memang tak tunggu dekat platform so segerombolan manusia yang merancang balik ke Penang berjalanlah kearah bas tuh..ramai jugaklah..


Sampai ke bas je terus kami semua naik bas, and insiden yang bodoh tuh terjadi time nyh lah...bila penumpang terlebih...haaa??


       'Aikk macam mana pulak boleh tak cukup nyh, tadi aku dah kira...cukup                                  
       jer..siapa yang lebih nyh...'-konduktor bas


Dengan tiket semua dekat tangan konduktor bas tadi so memang dah tak boleh nak tentukanlah siapa yang takde tiket kan..so adalah 5 6 orang tuh terpaksalah tunggu next bas..


Bodoh kan?? sepatutnya tiket bas tuh kutip time nak naik baslah bukan sebelum nak naik bas..takde strategi betul..


p/s:kalau nama pun bas tambahan, janganlah beli tiket terus jer naik bas, diorang takkan perasan punyerrr :)

Tun Dr. Mahathir Mohamad 86 tahun

Actually benda nyh sepatut nya dah lama aku buat tapi kesilapan teknikal so it postponed for a few times...

Nway to my Tun Dr Mahathir Mohamad Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke 86 tahun pada 20 Disember yang lalu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang dan juga dirahmati Allah Swt.

Terima Kasih kerana telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dimata dunia.


Nway gambar atas nyh..aku berada pada majlis makan malam gala sempena ulang tahun kelahiran beliau dekat pwtc hari tuh..banggalah kan :)




Jadilah diri sendiri oh lelaki



   'Awak dah tak macam dulu, awak dah lain sekarang'


   'Dulu awak caring, romantik, selalu jaga saya, manja..'


   'Awak tak sayang saya lagi ke?'


Pernah alami ke oh lelaki, teman wanita cakap macam tuh kat korang??...yeahhh...aku sure pasti ayat-ayat nyh pernah keluar dari girlfriend korang dekat korang lepas beberapa tahun korang couple atau lebih teruk mungkin selepas beberapa bulan...wah wah..


   'Korang nak tahu kenapa diorang suka cakap macam itu??'


Cuba korang ingat kembali time dia belum jadi girlfriend korang, ala time mula-mula nak mengorat...for sure kan setiap lelaki yang nak mengorat perempuan sure suka berjiwang-jiwang sikit, ala gaya manja gitu, mana ada yang keras-keras walaupun hakikatnya lelaki ini memang keras dan takde langsung element romantik dalam diri dia..



Ada ke lelaki yang keras-keras dan takde langsung perasaan nak beromantik time nak mengorat perempuan lain...for sure takde kan..so time before korang couple semua ayat manis, madah pujangga korang keluarkan untuk memikat hatinya namun selepas beberapa lama or bila korang dah selesa dengan keadaan korang, perempuan tuh pun dah jadi girlfriend korang so korang mula melupakan kegiatan yang dulu selalu korang lakukan terhadap girlfriend korang..


Korang kembali kepada asal, diri korang yang sebenar iaitu yang tidak romantik, tidak jiwang so bila perempuan lihat perubahan ini mulalah merasakan diri mereka tak disayangi padahal kita kaum lelaki mula berubah kepada diri kita sendiri, takde langsung pun kurangnye kasih sayang kita terhadap girlfriend kita...
Yeah, perempuan nyh memang complicated..namun mereka ini jugak simple yeah..jadi sahaja diri kita sendiri sewaktu mula-mula kita mahu mendekatinya dan lepas berapa lama pun kita couple mereka takkan merasa diri mereka sudah tidak lagi disayangi..kerana tiada apa yang hendak kita ubah..


Don't be what you can't, just be yourself

Aku bersyukur kepadaNya

Bersyukurlah kepada Yang Maha Esa..

Sentiasa dekat padaNya..

Namun kita as a human lebih rela dan selalunya berfikir sangat pasal masalah yang kita hadapi dari memohon kepadaNya.There will be times where it feel like life is not fair..kicking we up and down..and sometime we feel like we don’t have any reason to be thankful so we start think creepy things…so dengan merasa tidak bersyukur ia mudah membawa kita kearah yang negative…feel unmotivated and lost..

But when problem keep coming we should not think much about that problem but just stay focus and look around you..apa orang sekeliling kita hadapi, apa yang mereka miliki and then bila kita jumpa sesuatu yang menyentuh hati kita and that time baru kita sedar betapa banyaknyer kita telah merungut dan tidak berterima kasih atas keadaan kita..

Out there so many people which their life more difficult than us, mereka lagi banyak masalah yang perlu mereka hadapi, cabaran hidup yang tak pernah putus namun ada segelintirnya hanyut dibawa kesusahan cabaran namun ada juga yang berjaya mengatasinya, amiklah contoh di sekeliling kita dan kita akan sedar bahawa..

Kalau nak fikirkan masalah dan cabaran yang ditimpakan kepada kita namun betapa banyaknyer kesenangan dan banyak kurniaanNya yang perlu kita bersyukur..

Dari sekecil-kecil anugerah hinggalah sebesar-besar nikmat yang kita miliki..adakah kita sedar peri pentingnya dalam kehidupan kita..


So berhentilah merungut akan kesusahan kita dan marilah tunjuk sedikit rasa bersyukur dan Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa untuk setiap apa yang kita miliki…seperti gambar yang atas nyh..dah la anak yatim dan ditempatkan di tahfiz yang mereka harapkan dapat memberi mereka perlindungan namun apa yang mereka harapkan dan apa yang mereka dapat jauh sekali, mereka ini dikerah untuk membuat jualan amal selain meminta simpati ramai..


So fikirkan, adakah nasib kita seteruk mereka...


So let's show our gratitude to our God...

Pesawat jatuh atas sekolah

MANILA: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas.

“Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas”, kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe.





Tiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh.
Barnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat rentung maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.

Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api merebak dengan cepat ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas.



Berita penuh di Berita Harian| 13 Terbunuh Pesawat Jatuh Atas Sekolah



Wordless wednesday #9 : Kaca Mata mengubah perspektif

Jangan sebarkan sebelum yakin

Rentetan daripada entry aku yang before nyh iaitu Besar ganjaran bagi yang mengingatkan...

Pagi tadi sewaktu aku menjengah laman sosial facebook ini aku terjumpa satu gambar yang memusykilkan aku tentang kebenaran kata-kata yang aku lihat ramai rakan-rakan facebook yang mula share secara meluas semalam...

Namun bagi Ustaz Ahar Idrus..ini pendapatnya didalam gambar ini...


So how??

Your opinion??

Pendapat lain: Facebook

Nway janganlah gusar namun berpuasalah secara ikhlas keranaNya..Allah menjanjikan balasan yang baik kepada setiap hambaNya yang melakukan kebaikan..

Besar ganjaran bagi yang mengingatkan

Kalau korang masih ingat or sedar...we all as a Muslim baru jer menyambut tahun baru, lebih kurang a week ago...same day as today but last week right...ok berbalik kepada cerita tadi, so korang tahu tak hari ini berapa Muharram?? Untuk yang tak berapa ingat or buat-buat lupa hari ini merupakan 8 Muharram 1433 Hijrah yang bersamaan 4 Disember 2011 Masehi so kalau dikira-kira esok merupakan 9 Muharram...

So ape adanya pada hari esok??

Apa kelebihanya...
Ini dia...



So how??

Kalau korang inginkan ganjaran pahal yang bertambah, marilah kita bersama-sama berpuasa pada esok hari..,aku ini dah la kurang pahala so dengan peluang inilah aku dapat rebut dan mendapatkan ganjaran pahala yang Allah tawarkan...

Nway cakap banyak nanti dicop riak pulak...

So renung-renungkan dan selamat beramal...

Disamping itu jangan lupa pulak untuk lepak disini :[)


Info lanjut: Facebook

Kongsi Rasa: Kemaruk kahwin

Ibu tak dapat terima kehendak anak mendirikan rumah tangga selagi tak habis belajar

IBU mana yang tidak terguris hatinya apabila melihat anak lelaki cedera ditumbuk, sehingga menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam pergaduhan berebut teman wanita.

Berikutan kejadian itu, satu universiti tahu perhubungan cinta anak lelakinya dengan gadis sekampus. Pensyarah berusaha memisahkan mereka selepas diminta ibu yang dikenali sebagai Puan Ita.


Walaupun mereka tidak berjumpa di universiti, tetapi di luar mereka masih intim.
“Puas sudah saya memujuk anak supaya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan mengetepikan dulu soal berkahwin dengan teman wanitanya.

“Yang sebenarnya saya tidak berapa berkenan dengan gadis itu kerana terlalu bebas bergaul dan anak saya bukan satu-satunya teman lelakinya,” jelas Puan Ita kepada Kongsi Rasa.

“Saya mahu anak beri tumpuan kepada pelajaran dan menamatkan pengajian tanpa diganggu dengan permainan perasaan yang pada tanggapan saya tidak akan bawa dia ke mana-mana. 

“Namun harapan saya berkecai kerana anak lelaki tunggal saya terlalu kemaruk bercinta dan mahu berkahwin dengan gadis itu,” kata Puan Ita. 

Sebagai seorang ibu berkelulusan tinggi, Puan Ita menggunakan pengaruhnya untuk meminta universiti campur tangan.

“Sebenarnya pihak universiti tahu apa yang berlaku di antara anak saya dan gadis itu, tetapi mereka tidak berupaya menghalangnya.

“Saya juga pernah menemui ibu gadis itu dan hasil perbualan kami, ibu gadis itu mengaku anaknya agak lasak dan liar. 

Artikel penuh di Berita Harian dan Sini 

Lelaki kena kejar hantu masa tidur

Haha..ok malas nak gelak banyak...

Korang pernah tak bermimpi kena kejar hantu tapi time korang nak lari tuh korang tak boleh lari...dah lari laju nyh, dah guna fully energy tapi still slow jugak dan hantu dah dekat...after a few minute korang tersedar dari tidur dan korang bersyukur yang itu hanyalah mimpi...

Pernah tak?? jujur..hehe

Tapi kali nyh bukan aku nak tunjuk macam mana aku lari time kena kejar hantu masa tidur tapi seorang lelaki..hahha..aku jumpa video nyh kat youtube dan gaya dia macam tuhlah..aku just assume yang lelaki nyh tengah bermimpi kena kejar hantu..hahha

Tapi aku tak pernahlah mimpi sampai terhantuk dekat dinding...lelaki nyh hardcore gila ah..:)




Walaupun terhantuk sure lelaki tuh tetap bersyukur yang dia hanyalah bermimpi.. ;)


Nway aku just assume je ok semua ini, ada jugak versi haiwan dalam video nyh tapi macam berlakon je kan, nyh haiwan beb, mana boleh suruh berlakon macam tuh kan...


p/s: untuk korang yang dah tengok Ombak Rindu..amacam??

 
Web Analytics