Home » » Kebenaran itu memang menyakitkan

Kebenaran itu memang menyakitkan

Makan tatkala hati tak senang memang rasa nak muntah balik jer apa yang masuk melalui mulut walaupun makanan yang kita jamah itu sememangnya menyelerakan…Namun bukan hati tak senang dan makanan sedap yang ingin aku ceritakan namun something yang menjengah di fikiran aku sebentar tadi tatkala menunggu LRT…melihat keletah penduduk KL memang buatkan aku banyak berfikir...



Adakalanya mengetahui sesuatu benda yang benar dan sahih memang sangat menyakitkan walaupun pada awalnya memang kita sendiri yang mahu mengetahuinya, tapi kita perlulah menerima hakikat akan kenyataan tentang sesuatu kerana sampai bila kita mahu hidup dalam fantasi sendiri…

Kebenaran memang menyakitkan dan kebenaran yang menyakitkan ini mampu memungkinkan kita hilang semangat mahupun arah tuju dan segala pekara negative...tak kisahlah apa jua kebenaran ini berkaitan, siapa diri kita sebenarnya mahupun seseorang yang lain dan juga apa yang orang lain rasakan, apa seseorang itu sedang buat tatkala kita bersendirian, jika kebenaranya tidak seperti kita harapkan memanglah menyakitkan…

Oleh kerana itulah tidak semua orang dapat menerima kebenaran…kerana kebenaran yang tidak seperti kita harapkan sememangnya menyakitkan…oleh itu jika terasa diri kita tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menanyakan dan menyelidik tentang persoalan sesuatu pekara...

Namun haruslah kita sedar bahawa ada juga kebenaran ada yang indah, kebenaran yang seperti kita harapkan…kebenaran yang membawa kepada kebahagia kepada kita namun kita langit tidak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah…

Berdasarkan cerita yang aku tengok di kampung semalam bunga tahi ayam menderita kerana tahu apa yang bunga orchid lakukan hari ini bersama sidia…

3 Kata:

sy sokong ! terpaksa berpura pura utk tutup kesedihan . whatthefishcake !

setuju !
sebab tuh kadang2 saya taknak tahu kebenaran sebab saya taknak sangat rasa sakit hati :(

 
Web Analytics