KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Perempuan suka, lelaki kurang suka

Assalamualaikum...


Bulan november yang dipenuhi pelbagai tarikh menarik seperti 11/11/11 dan 20/11/2011 bakal menutup tirainya a few days from now and our last month december akan menjelma namun bagi aku sebagai umat Islam tahun baru telah aku sambut beberapa hari yang lepas macam aku post dalam ini...


Namun entry kali nyh bukan bersangkut dengan tahun baru or tahun lama tapi berkait dengan hujung tahun..yeahhh..nyh la yang aku nak kata perempuan suka, lelaki kurang suka..cerita aku perempuan mana yang tak suka hujung tahun...perempuan nyh kalau boleh aku rasa hari-hari nak macam hujung tahun..


Why Why Why????


Yes i got it...YES
Jualan akhir tahun..ya memang YES..jualan akhir tahunlah beb, shoping time...perempuan suka kan tuh yang sambil tunggu perempuan bershoping aku sempat mencoret idea untuk mengarang entry ini...macam aku cakap dalam entry itulah..


Lelaki bukan tak suka jualan-jualan murah nyh, macam aku personally memang suka kot dekat barang-barang murah tapi nak pergi mencari tuh yang penat, tuh kalau dulu, kalau aku minat something aku akan suruh kakak aku or my mom yang carikan..hehhe






Amcam kasut atas nyh??


Ada vogue kah...haha


Tengok belum akhir bulan dah start berbelanja..perempuanlah katakan an, nway gambar atas nyh bukan from google or memane but from one girl yang memang semenjak dua menjak nyh bergaya gila..:)


Tak banyak yang boleh aku katakan dalam entry ini just nak tunjukkan kasut baru itulah, cantik jugalah tapi aku bukan perempuan nak kata terbaik or what...tapi seriously akhir tahun nyh aku rasa hanya dinantikan oleh kaum perempuan dan bukan kaum lelaki..


p/s:banyak sangat ke diskaun time Year End Sale nyh haa???

Perbezaan pelancong asing dan rakyat Malaysia naik bas

Lama memang lama wooo...aku kata begitu sebab time aku menaip entry nyh aku tengah tunggu seorang perempuan yang sedang berseronok bershoping di sebuang shoping complex di Pulau Pinang..


Nway entry kali nyh bukan aku ceritakan tentang berapa lama perempuan amik untuk bershoping tetapi kelakuan antara pelancong asing dan rakyat Malaysia sewaktu menaiki bas especially bas ekspres...


Benda nyh aku perhatikan sabtu lepas time sama-sama naik bas dari Kuala Lumpur ke Taiping...antara perbezaan yang aku dapat perhatikan adalah...


1.Mereka takkan menutup langsir
haa..nyh memang ketara gila, rakyat Malaysia termasuk aku kalau boleh satu bas nak tutup langsir lagi2 waktu panas tetapi apa yang aku lihat kat pelancong asing nyh dari start mereka naik sampailah sampai kedestinasi, mereka takkan tutup langsir walaupun time panas maybe nak menikmati permandangan kot...


2.Tidur
Sape yang tak pernah tidur time naik bas ekspres kasitau sama aku, haha...pelancong asing mereka memang takkan tidur, sebab apa yang aku tengok...mereka nyh sibuk memerhati permandangan sekeliling, mana sempat woo nak tidur...


3.Kamera sentiasa ditangan
Nyh memang terang gila, pelancong asng la katekan, kamera memang tak lepas, naik bas pown kamera still kat tangan sampai bas lalu dekat dusun durian pown nak amik gambar..hehehe, kalau kita mana nak buat macam tuh kan, ye tak dah hari-hari tengok...takkan nak wat sampai amik gambar dari atas bas kan...


So tuh jela yang dapat aku perhatikan dan membuat perbandingan antara pelancong asing dan rakyat malaysia time naik bas...


p/s:bilalah nak habis shoping nyh..tak penat ke berjalan?? kaki melecet?? fuhhh

Bila dah terlebih feel

Assalamualaikum...


20.11.2011...Another lovely date dihari yang biasa, spending time doing the same things...ok malas nak cakap banyak lagipun takde idea nak huraikan banyak..




Entry kali nyh serius entry aku yang paling pendek selain Wordless Wednesday tuh,  Bila Dah Terlebih Feel...ok aku bukan nak cakap pasal my feeling towards any girl or any feeling but feel disini bila kita menyanyi...


Pernah karaoke???


Ok, kan kalau kita nyanyi what ever lagu for sure kita macam nak tangkap feel sikit kan takkan nak nyanyi macam takde perasaan langsung...


Tapi amacam kalau dah terlebih feel???


Jawapannya: 


                 Lirik: Janganlah Kau Beri Seribu Alasan lagi

                 Nyanyi: Janganlah Kau Beri Seribu Balasan lagi

Nampak perbezaan?? kalau korang pernah karaoke for sure korang pernah alami situasi macam nyh kan...tak kisahlah berlaku kepada korang atau partner korang time berkaraoke tuh, lirik besar-besar tulis dekat screen tapi yang keluar melalui mulutnya lirik lain..


Haha, lawak bila benda nyh berlaku, tulah terlebih feel sangat :)


Entry pendek?? Ye kot..
Tak faham?? Dapatkan kamus...hurrmmm...

Setiap pertemuan, ada perpisahan

Bertemu dan berpisah, itulah lumrah kehidupan...
Memang setiap pertemuan, akan pasti ada perpisahan diakhirnya..
Namun perpisahan hanya berlaku dimata tetapi pertemuan itu kekal dihati...

Nway don't jump into your conclusion first...
First impression means nothings...
It has nothing to do with my personal relationship or things...
Because now I'm happy dan blessed with my condition..

As I said earlier setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan…begitu banyak yang datang dan pergi dalam kehidupan seharian kita. ..kita tidak boleh mengharapkan pertemuan yang kita jalin pada hari ini akan kekal untuk selamanya kerana didunia ini semua benda diciptakan berpasangan, begitu juga dengan pertemuan, kalau lelaki pasangannya perempuan dan aku pasanganku blog ini begitulah jugak pertemuan dengan perpisahan..

So janganlah kita menangisi perpisahan yang sekejap itu kerana pertemuan yang kita jalin dengan keikhlasan pasti akan tersemat dihati kita…

Entry kali ini aku dedikasikan kepada tiga kawan,ehh sahabat yang paling sesuai aku rasa untuk mereka…tiga sahabat karib yang mengenali antara satu sama lain semenjak tahun 2009 semasa masing-masing menjejakkan kaki ke menara gading untuk mengejar impian masing-masing…ditempatkan di kelas yang sama membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain...

Tidak mahu persahabatan itu terputus di pusat pengajian, mereka memilih untuk bersama-sama dengan memilih pusat praktikal yang sama…mungkin pada tahap ini perpisahan itu dapat mereka elak dengan berjaya…

Namun haruslah kita ingat, setiap pertemuan itu ada perpisahan, so selepas berbulan menghadapi perit getir di pusat praktikal, kini mereka berjaya menghabiskan kesemua tugas yang telah ditetapkan untuk mereka, kini mereka tidak dapat lari lagi dari perpisahan…salah seorang dari mereka telah terbang ke kampung halamannya di Sabah dan dua lagi hanya menanti hari untuk pulang ke tempat asal mereka..

Namun ingatlah persahabatan yang telah erat terjalin ini akan kekal dihati setiap mereka dan perpisahan yang menyedihkan hanya berlaku di depan mata dan tidak berlaku didalam hati…



Ikhlas dari aku tabahkan hati, kuatkan semangat kerana setiap perpisahan juga ada pertemuan..:)

p/s:salah seorang dari mereka tak suka aku menulis dalam blog nyh so tak leyh la aku nak mentionkan nama mereka tapi aku peduli apa...Ari, Rina Good luck in your future n sorang lagi Adilah...:)

Wordless wednesday #8 : Sudah matang



Kebenaran itu memang menyakitkan

Makan tatkala hati tak senang memang rasa nak muntah balik jer apa yang masuk melalui mulut walaupun makanan yang kita jamah itu sememangnya menyelerakan…Namun bukan hati tak senang dan makanan sedap yang ingin aku ceritakan namun something yang menjengah di fikiran aku sebentar tadi tatkala menunggu LRT…melihat keletah penduduk KL memang buatkan aku banyak berfikir...


Adakalanya mengetahui sesuatu benda yang benar dan sahih memang sangat menyakitkan walaupun pada awalnya memang kita sendiri yang mahu mengetahuinya, tapi kita perlulah menerima hakikat akan kenyataan tentang sesuatu kerana sampai bila kita mahu hidup dalam fantasi sendiri…

Kebenaran memang menyakitkan dan kebenaran yang menyakitkan ini mampu memungkinkan kita hilang semangat mahupun arah tuju dan segala pekara negative...tak kisahlah apa jua kebenaran ini berkaitan, siapa diri kita sebenarnya mahupun seseorang yang lain dan juga apa yang orang lain rasakan, apa seseorang itu sedang buat tatkala kita bersendirian, jika kebenaranya tidak seperti kita harapkan memanglah menyakitkan…

Oleh kerana itulah tidak semua orang dapat menerima kebenaran…kerana kebenaran yang tidak seperti kita harapkan sememangnya menyakitkan…oleh itu jika terasa diri kita tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menanyakan dan menyelidik tentang persoalan sesuatu pekara...

Namun haruslah kita sedar bahawa ada juga kebenaran ada yang indah, kebenaran yang seperti kita harapkan…kebenaran yang membawa kepada kebahagia kepada kita namun kita langit tidak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah…

Berdasarkan cerita yang aku tengok di kampung semalam bunga tahi ayam menderita kerana tahu apa yang bunga orchid lakukan hari ini bersama sidia…

 
Web Analytics