Home » » Jangan cakap lelaki single itu gay

Jangan cakap lelaki single itu gay

Seriously dalam kalangan kawan-kawan aku ramai jer yang masih single atau dalam erti kata lain tiada teman wanitalah kan…bukan nak cakap diorang nyh tak tampan or tak maskulin TAPI for sure mereka ini juga pencinta wanita dan mempunyai seluruh hati yang suci lagi murni untuk diisi oleh kaum hawa namun entah kenapa mereka ini belum lagi mempunyai jawapan yang kukuh lagi utuh untuk menjawab soalan kenapa mereka masih single..

        Lelaki macho macam kau masih single??? Kau gay ke!!

Aku tak kisah kalau dengar ada sesiapa yang mengecop seseorang lelaki itu macho or seangkatan denganya kerana ingat senang ke ada orang yang nak puji kita macam tuh, Cuma yang tak sedap didengar bila mereka mengelarkan lelaki yang single itu sebagai seorang yang gay hanya kerana belum mempunyai teman wanita.



Untuk korang yang tak tahu maksud sebenar gay itu…

Aku memang tak berpendapat bila ada yang mengelarkan lelaki yang single itu gay or tak minat perempuan, mungkin mereka yang single ini ada sebab dan musabab mereka sendiri untuk tidak berteman macam terlalu memilih ker, or belum jumpa yang sesuai or mungkin jugak mengutamakan kerjayanya, who know right?? So kita tidak boleh cop secara negative sesiapa untuk apa yang mereka jadi..

Kalau nak cakap, mereka yang bercinta ini mempunyai kebahagian dan kesempurnaan setiap masa, ada yang mengambil berat tentang pelajaran dan kesihatan, pada aku tak jugak…kerana aku hidup di persekitaran mereka yang sedang asyik bercinta, ada jugak yang merana, ada jugak yang tak bahagia dan ada jugak yang menceritakan masalah mereka kepada kawan lelaki mereka..Nway aku bukan nak ban mereka yang bercinta ok!

Aku juga pernah bercinta, tipulah kalau nak cakap tak pernah, namun selepas menempuh beberapa perhubungan yang akhirnya putus di tengah jalan mengingatkan aku bahawa tiada cinta yang sempurna melainkan cinta pada Yang Esa…

Aku rasa mereka yang masih single ini atau belum mempunyai teman ini bukan takut untuk bercinta or mempunyai minat kepada pasangan sejenis tetapi mungkin mereka masih tercari-cari cinta yang hakiki untuk mereka, tak semua yang kita mahu akan dapat, orang yang sudah bertunang pown boleh putus tunang inikan orang yang depan mata…

Entahlah…

p/s:entry ini bukan nak cakap aku single dan tak juga cakap aku tak single tapi just nak membetulkan tanggapan pada mereka yang selalu menganggap lelaki single itu sebagai gay..

4 Kata:

Tak pernah plak terfikir laki single tu gay..cuma slalu terfikir semua laki kat dunia ni semua dah berpunya..hahaha...

HAHA.SAPE YG CAKAP LAKI SINGLE TU GAY?MESYH SINI NAK JUMPA JAP XD

 
Web Analytics