Home » » Cantiknya seorang perempuan

Cantiknya seorang perempuan

Hahahaha...sembang macam aku nyh kacak bak Awal Ashaari dan pujaan wanita jer bak Aaron Aziz tapi tak kisahlah kan kerana setiap kita ada pandangan yang berbeza dan macam orang selalu sebut "kecantikan itu subjektif" so setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza untuk orang yang berbeza...

Normally cantiknya seorang perempuan ini for surelah pada paras rupa, gaya dan penampilan dia, many morelah and same goes to me as a man tapi for sure jugak yang tak semua lelaki hanya memilih perempuan yang cantik or pandai bergaya, kalau semua lelaki berfikiran macam itu memang tak kemanalah perempuan yang kurang pada aspek itu macam lelaki yang tak laku macam aku...



#1 kemanisan pada mulutnya
Kemanisan yang aku nak cerita ini bukan tentang banyakngya gula dimulutnya atau seumpama dengannyalah tapi kemanisan disini pandai menjaga tutur kata, far away dari kata-kata yang kurang sedap didengar senang kata pandai jaga mulutlah...

#2 Tinggi wawasannya
Ok! bukan aku nak cakap yang perempuan yang cantik hanya ada PhD or perempuan yang tak lepas SPM tak cantik ok..kenyataan aku nyh secara general kerana tak semua benda kita boleh nilai melalui kepandaian seseorang kerana setiap orang dilahirkan dengan kelebihan yang berlainan, tinggi wawasannya dekat sini iaitu dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup, tujuan dia hidup or tujuan apa sahaja yang dia lakukan senang kata ada hala tujulah..

#3 Adik-beradiknya lebih dari segalanya
Yeahh! serious aku tak suka kalau ada perempuan yang mengenepikan adik-beradiknya, tak lah aku sensitif gila bila ada perempuan yang hanya mengutamakan teman lelakinya dari adik-beradiknya, kerana bagi perempuan adik-beradiknyalah yang akan membantu mereka di masa susah dan senang, ingat semua lelaki jujur ke macam aku:)

Nway semua nyh hanyalah general or pendapat umum aku berkenaan cantiknya perempuan ini tapi takdelah aku mengharapkan perempuan yang sempurna kerana aku bukannya sempurna dan bak kata pepatah


       Tidak perlu mencari secantik Balqis,
       andai diri tak sehebat Sulaiman.
       Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
       jika kasih tak setelus Zulaikha.
       Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
       andai diri tak sehebat Siti Hajar
       dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
       jika ada keburukan pada diri.


Ini mungkin point-point merepek dari aku tapi point Cantiknya seorang perempuan  yang lebih menarik dan wajar diikuti oleh semua adalah dari artikel iluvislam :


0 Kata:

 
Web Analytics