Home » » Bukan semua kita boleh dapat

Bukan semua kita boleh dapat

Alhamdulillah...
Tak semua yang kita boleh dapat..yeahhh....sebenarnya entry nyh aku taip lepas selesai test subject major aku, Operating System dan Computer Security...berkat doa dan usaha serta pertolongan rakan sebelah...tiada kesukaran yang banyak aku alami semasa menjawab semua itu, namun kali ini bukanlah aku nak menceritakan suka duka aku menjawab test pada hari itu...

"Bukan semua kita boleh dapat"


Tak kisahlah harta benda, orang mahupun kepuasan tak semua yang kita inginkan kita boleh mudah-mudah menggapainya, walaupun kita dah sertakan dengan usaha yang berlipat ganda dan melebihi orang sekeliling, belum tentu kita mampu menggapai apa yang kita mahukan dan mungkin juga rakan kita yang mempunyai matlamat yang sama tetapi hanya menyertakan kesungguhan yang sedikit mampu mencapai impian yang sama...


Actually pekara nyh dah banyak kali berlaku, dan aku yakin korang semua tidak terlepas dari itu semua namun cara kita menghadapinya yang membezakan kita semua...macam yang berlaku dekat rakan aku baru-baru ini...salah satu subjek dalam kos aku memerlukan aku dan rakan-rakan aku mempelajari satu tugasan sebelum dibentangkan kepada pensyarah dan ironiknya, rakan A yang banyak bertungkus lumus dan mencurahkan bantuan kepada seorang rakan aku ini iaitu B dalam tugasan itu, namun keputusan selepas perbentangan itu, rakan aku B memperoleh grade yang lebih baik dari A...


Tiada kekesalan yang rakan aku A alami dalam mengajar B, namun itulah yang ingin aku katakan bahawa walaupun usaha kita setinggi Gunung Kinabalu, belum tentu kita mampu menggapai awan dan jangan pula ingat usaha setinggi Bukit Larut tidak mampu memetik hujan di awan...


Kesimpulanya belajarlah menerima apa yang kita perolehi dan selalulah bersyukur dan jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah ditakdirkan kepada kita dan hendaklah kita berusaha dan jangan putus asa di kemudian hari..


Promotion
PhotoDeliveryMake upRaydiance

 
Web Analytics