KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Menyesal jumpa Staff KTM

Nway ceritera pendek nyh berlaku time aku naik KTM dari Batu 3 ke Bandar Tasik Selatan...selepas sampai di stesen KTM Bandar Tasik Selatan and time nak keluar, aku pergilah scan kad Touch N Go aku dekat mesin TNG tuh tapi sadisnya dia kata kad ini tidak boleh diproses tapi yang pelik aku tengok orang lain yang gunakan kad TNG, ok jer scan...


Memusyhkilkan aku betul, so aku teruslah ke kaunter KTM tuh nak bertanyakan masalah kad aku nyh, nak settle cepatlah kan sebab lepas tuh aku nak naik LRT pulak, takut ada masalah kat sana pulak...




Conversation aku dan Staff KTM:


       'Asal kad TNG nyh tak boleh scan dekat mesin dia?'


       'Dik dari mana?'


       'Batu 3.'


Selang beberapa saat


       'Ohhh..patutlah tak boleh scan kat sini, dekat Batu 3 tadi kad TNG nyh tak scan betul-betul'


       'Oyeaaa...So...'


       'Dik kena bayar RM 3.20'


       'Haaa...' *blank kejap




Selepas menyelesaikan bayaran tuh aku pun berlalu lah pergi, dalam hati aku nyh adalah perasaan menyesal yang amat kerana pergi berjumpa dengan staff dekat kaunter KTM tuh...aduhhhh, kalau tak jumpa tadi selamat RM 3 aku tuh weyyhh..free aku naik KTM harituh...walawehhh




Nway aku rasa RM 3 tuh dia buat duit poket jer kot cause dia tak bagi tiket or resit langsung lepas terima duit aku...nway peristiwa macam nyh dah berlaku dekat member aku dan depan mata dia, dia nampak staff yang amik duit dekat dia, gunakan duit tuhh pergi beli makanan...hurmmmm


p/s:Keretapi Tanah Melayu...biasalah

Maafkan aku, kita couple semula ok

           "Saya rasa kita dah tak sesuai macam dulu"
          "Saya rasa kita patut putuskan hubungan ini"
          "Saya harap awak tabah dan redha dengan keputusan ini"
         
 
"Saya doakan agar kita temui pasangan yang lebih baik"
 

         

Tapi tup tap top tep seminggu lepas tuh ada jer balik…ok couple balik…Kalau dah putus, buatlah cara dah putus, serabut sangat nak baiki balik benda yang dah rosak tuh kenapa?? Walawehhh..Nway first thing first cer kita tanya kepada yang berpengalaman…apa punca pasangan yang dah rak bergaduh at last sambung balik hubungan, apa punca nak couple balik ni? ?


Hurmmm…for me personally,aku ambil contoh A dan B, satu jer sebab A tak mampu nak tinggalkan si B, itu kerana si A dah cuba tapi tak mampu jugak nak lupakan si B..ada jer orang lain yang terpikat dekat si A tapi perasaan si A dekat si B sangatlah lain kerana lain rasanya bila si A bersama si B lain kalau si A bersama si C D E or F…singkatkan kalau dah macam tuh, mestilah sebab sayang…kan kan kan…yeahh si A sangat sayangkan si B…tak boleh lawan sayang si A untuk si B dengan sayang si A untuk orang lain...

Walawehh..(again) yelah sayang tapi persoalannya, logik ke si B simpan perasaan sayang yang gila babeng tuh dengan si A yang dah totally benci time minta putus dulu? Kejap sayang, minggu depan putus, next week ok balik..oeh yeahh..let it keep to be my routine…F**K

For me personally kalau kita dah sesame sayang dan tak boleh hidup tanpa salah sorang..wah wah wah ayat nak grand jer..nanti ada la member aku ban aku kat kelas nanti nyh…cehh..ok BAGI AKU, kalau korang rasa korang mampu nak lupakan persengketaan yang terjadi sesame korang dan masih ada perasaan sayang kepada satu sama lain apa salahnya just sambungkan kembali perhubungan yang telah terhenti seketika it. Bukan nak  menyusahkan, tapi takut nanti kalau korang totally reject untuk bersama semula, ia akan menyusahkan korang…korang bersama dengan orang yang baru tapi still terasa macam bersama sidia yang dulu…sumpah tak bestkan feeling tuh…disini korang mempermainkan dua perasaan…first for sure perasan korang and secondly perasaan hamba Allah yang takda salah itu…

Tapi kalau korang dah rasa memang dah takde jodoh or memang dah capai kata sepakat, ok jer kalau let it go..takde masalah…nanti takde lah nak ungkit pape kan..tapi it’s better korang bersama semulala…

Aku tak nak bercerita panjang kerana korang tahu mana fakta mana auta…aku hanya memperjelaskan kepada seorang rakan yang memerlukan bantuan aku...

Bukan semua kita boleh dapat

Alhamdulillah...
Tak semua yang kita boleh dapat..yeahhh....sebenarnya entry nyh aku taip lepas selesai test subject major aku, Operating System dan Computer Security...berkat doa dan usaha serta pertolongan rakan sebelah...tiada kesukaran yang banyak aku alami semasa menjawab semua itu, namun kali ini bukanlah aku nak menceritakan suka duka aku menjawab test pada hari itu...
"Bukan semua kita boleh dapat"


Tak kisahlah harta benda, orang mahupun kepuasan tak semua yang kita inginkan kita boleh mudah-mudah menggapainya, walaupun kita dah sertakan dengan usaha yang berlipat ganda dan melebihi orang sekeliling, belum tentu kita mampu menggapai apa yang kita mahukan dan mungkin juga rakan kita yang mempunyai matlamat yang sama tetapi hanya menyertakan kesungguhan yang sedikit mampu mencapai impian yang sama...


Actually pekara nyh dah banyak kali berlaku, dan aku yakin korang semua tidak terlepas dari itu semua namun cara kita menghadapinya yang membezakan kita semua...macam yang berlaku dekat rakan aku baru-baru ini...salah satu subjek dalam kos aku memerlukan aku dan rakan-rakan aku mempelajari satu tugasan sebelum dibentangkan kepada pensyarah dan ironiknya, rakan A yang banyak bertungkus lumus dan mencurahkan bantuan kepada seorang rakan aku ini iaitu B dalam tugasan itu, namun keputusan selepas perbentangan itu, rakan aku B memperoleh grade yang lebih baik dari A...


Tiada kekesalan yang rakan aku A alami dalam mengajar B, namun itulah yang ingin aku katakan bahawa walaupun usaha kita setinggi Gunung Kinabalu, belum tentu kita mampu menggapai awan dan jangan pula ingat usaha setinggi Bukit Larut tidak mampu memetik hujan di awan...


Kesimpulanya belajarlah menerima apa yang kita perolehi dan selalulah bersyukur dan jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah ditakdirkan kepada kita dan hendaklah kita berusaha dan jangan putus asa di kemudian hari..


Promotion
PhotoDeliveryMake upRaydiance

11 fakta pelik

Fakta pelik ini, before tuh pleaselah ingat entry ini..


Nway malas sebenarnyer aku nak ceritakan fakta pelik ini because aku bukan suka sangat cerita tentang hal aku or fakta pelik yang ada dalam diri aku, tapi aku suka baca cerita dan fakta pelik dan benar orang lain..heeh..sungguh tak adilll waaaaa..


Nway demi mencapai 22 Perkara Terhebat ini aku listkan jugaklah 11 fakta tentang diri aku but seriusly aku takkan listkan secara detaillah, nanti korang tahu kelemahan aku...baca dan jangan ingat ok :)


Fakta


#1-Takkan tegur seseorang tuh if tak rapat
#2-Rambut aset paling penting
#3-Prefer dengar lagu dari mp3 walaupun time tuh depan laptop
#4-Menyesal url blog nyh ada nama sendiri
#5-Selalu makan bukan sebab kenyang tetapi bosan
#6-Selalu fikir benda yang tak patut difikirkan
#7-Boleh jadi seorang yang jimat dan boros
#9-Tak suka kucing...seriuslyyyy
#10-Sanggup tak makan kalau nak beli sesuatu
#11-Takda langsung game dalam my laptop


Ok dah..to my friend, kalau baca nyh, simpan saja dan ini hanyalah didunia maya...>.<


Older post

Tahniah! Pertandingan akhir



Aku mempertaruhkan video ini :)

p/s:Serius memang aku bukan seorang pelakon...

Rahsia handset ketika kecemasan



Ok...please jangan jeles dengan smart phone atas nyh yang aku beli awal tahun ini namun gambar atas nyh hanyalah ikhsan google...namun entry kali ini bukannya hendak berbicara tentang handset aku ataupun kelebihan dan keburukan handset ini tapi berkongsi rahsia-rahsia yang boleh kita praktikkan ketika kecemasan menggunakan handset...


Antaranya:


1.Nombor kecemasan


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112 so jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan yang tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(keypad lock)..


"Namun aku just wondering kalau handset yang aku gunakan ini macam mana nak dail terus kalau time keypad lock..hurmmm"


Untuk rahsia kedua dan seterusnya korang bolehlah stalk link bawah ini:


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=267674373266148&set=a.163395940360659.35100.163162463717340&type=1&ref=nf


p/s:aku hanya berkongsi dan kalau ada salah silap, maafkanlah...

Aku bukan BF kau lah

Simple and short entry, ok lepas otak dah kusut dengan quiz untuk subjek universiti yang terpaksa aku amik dan memerlukan banyak membaca dan untuk menenangkan fikiran aku lepak formspring..ok, aku memang tak minat subjek yang perlu banyak membaca sebab tuhlah aku prefer jadi student Science Comp yang lebih kepada praktikal...banyak masa dihabiskan depan komputer jerr..#syiokkkkk

Berbalik kepada lepak dekat formspring tuh...dah lama jugak aku tak lepak sana dan tadi time aku lepak aku terjumpa satu soalan dari inbox aku..nway maybe more tuh kenyataanlahkan...terkezut aku woo..





Aku search profile dia, dah takda, nway maybe dia salah hantar kot..papepown untuk puan empunya, satu jer aku nak kata


                "Aku bukan BF kau lah"


p/s:aku ada 2 test dan 1 quiz minggu ini dan aku malas sesangat nak study..

Ku tetap menanti

Entry ini...
Lagu yang memang sesuai dengan mood aku hari ini ...


Aku bukanlah pujangga cinta yang mampu merungkai kata-kata cinta dan menghadiahkan puisi cinta kerana puisi cinta bagiku mampu membunuh jiwa dan hati sesiapa pun, namun kini yang ada hanya puisi sedih duka lara peneman hidup. Terima kasih Nikita Willy atas bait-bait lirik yang indah ini yang mampu merungkai perasaan yang tak mampu dirungkai melalui kata-kata...




Specially dedicated to you, Teacher to be...
Please convey my best wishes to your Future.

Older post


Balairong Seri, Istana Melawati PutraJaya

Baca entry nyh..takde takde baca entry nyh dulu >.<


Nway before tuh entry nyh dibawah Hits 5, Things that you do yesterday or in malaynyer pekara yang awak buat semalam...ok semalam 13 october yang merupakan malam jumaat, and kalau korang peka malam semalam or we call malam jumaat for sure ada Forum Perdana di tv1..selalunyer mereka buat dekat luar or public but this this time untuk julung kalinya mereka buat di dalam kawasan istana iaitu di Balairong Seri Istana Melawati PutraJaya sempena mesyuarat raja-raja yang ke 225...


Dan benda yang paling best bila aku merupakan salah seorang tetamu pada malam tuh, so as usual lah, nama pown Forum Perdana Diraja for surelah tetamu khas dia merupakan kerabat diraja..dan bertuahnyer aku, dalam bulan ini saja dah dua kali, DUA KALI aku jumpa face to face dengan Agung iaitu Sultan Mizan, first semasa konvokesyen universiti aku dalam entry ini dan kali keduanya malam semalam...


Cakap banyak bohong jer so ushalah gambar-gambar aku semasa aku stalk seluruh Istana Melawati tuh, aku sebagai orang awam bukan selalu boleh masukkan so bila dah dapat masuk jadi perak sikitlah...











Nway tuh jela yang aku nak tunjuk kat korang, so lepas nyh kalau ada yang claim dia pernah masuk istana, aku pown pernah la weyh..huhu


p/s:semua gambar diatas diambil melalui camera Nokia c6-01 aku....


Older post:



Semua kena dekat aku

Ini semua ceritera seorang pemuda, ermm..not yet pemudalah..maybe a boy....Pada mula semua indah bak bait-bait lirik lagu ini....


Namun bak kata orang langit tidak selalunyer cerah..so qoute dalam gambar ini menceritakan segalanya..



Dek kerana kesalahan yang kecil dan tidak aku sedari, dan bila aku tidak berbuat apa-apa untuk membetulkannya qoute dalam gambar ini pulak menyedarkan aku sendiri..



Akhirnya apabila yang dicari tidak dijumpai dan yang menunggu sudah tidak mampu menunggu dan pergi ke sesuatu yang lebih baik dan yang mampu menjaganya, aku keseorangan dan aku disini hanya mampu mengabadikan bait-bait lirik lagu ini kepadamu...


Dan bila dia sudah berpunya, baru aku terkial-kial mencarinya dan ingin mengatakan sesuatu tetapi ..qoute ini mengambarkannya...


Dan selepas semuanya sudah berlaku dan takdir telah menentukannya kini aku yakin bahawa...


Dan mungkin aku patut mengikuti nasihat rakan aku yang berbunyi..


Dan ingatan aku kepada mereka diluar sana dapat digambarkan melalui qoute dari gambar ini..


p/s: aku memang suka letak gambar besar-besar bagi penuh screen korang.. >.<

Konvokesyen kedua

Sebelum tuh, still ingat entry ini??
Kalau ingat, yaaaa..anda memang seorang yang awesome!!



Banyak sebenarnyer gambar yang menjadi kegemaran aku so aku ambil yang paling latest diantara yang paling latestlah..gambar ini diambil pada 3 October 2011, baru jer kan...


Nway gambar ini semasa konvokesyen senior aku, for surelah bukan aku kan, baru jer tahun dua jangan mimpilah...ini konvokesyen kedua, baru je kan universiti aku..huhu..so kalau tiada aral melintang dan semua paper berbaik dengan aku dan takde yang menentang aku, konvokesyen keempatlah yang menjadi hariku...


Canselor Universiti aku,Yang di-Pertuan Agung so kenalah berpakaian agak-agak formal, please jangan jeles dengan pakaian aku >.<


Older post
Hits 1:Your favourite song
Hits 1:Your favourite movie
Hits 3:The meaning behind your blog name



I'm not a storyteller but i have a lot of story

Masih ingat entry ini? alaaa..entry ini?? tak ingat ke entry ini...cer korang usha entry ini...


I'm not a storyteller but i have a lot of story...Nway nyh sebenarnyer lebih kepada tagline or what we call it??? tah lah, never mind...entry pendek nyh aku nak ceritakan maksud disebalik kata-kata yang kalau korang ada baca blog aku before nyh korang sure perasan header aku...perasan tak header aku yang sebelum nyh, ala yang ada gambar aku kat kanan tuh?? tak ingat?? ok,usha gambar bawah nyh:




I'm not a storyteller but i have a lot of story nyh memang muncul or terhasil dari buah fikiran otak yang cukup ranum aku ok, bukan nak copy paste dari memane, especially dari google, nway boleh katakan hak cipta aku lah..berani aku katakan, so kalau ada yang kata dia dah letak dulu dekat blog dia sebelum aku maybe kebetulan dan aku tak pernah singgah dekat blog dia tuh...


I'm not a storyteller but i have a lot of story atau dalam maksud bahasa klasiknyer.. aku bukanlah pencerita tetapi aku punya banyak cerita...tagline nyh aku reka before aku sign up dalam blogger.com nyh...dulu aku malas gila nak buat blog, bukan apa, just kerana aku bukanlah pencerita yang baik dan kalau korang berjaya memahami setiap entry yang aku keluarkan maka korang antara orang yang terpilih...


Aku bukan pencerita tetapi aku punya banyak cerita..yesss! setiap hari dalam liku-liku hidup aku memang dipenuhi oleh pelbagai ceritera yang bagus, positif dan negatif tetapi setiap kali aku nak terjemahkan dalam bentuk tulisan aku gagal, mungkin sebab itulah subjet Bahasa Malaysia dalam SPM, aku hanya dapat A2 tetapi MATHS boleh pulak dapat A1, mungkin otak lelaki lebih baik disitu...


Cikgu Bahasa Malaysia aku dulu memang mengharap aku boleh score dalam subjet dia kiranya pelajar harapanlah namun time dapat result aku sedih gila kerana tak dapar realisasikan impian dia, CIKGU! aku bukanlah pencerita yang baik tetapi aku punya banyak cerita...


TUhlah latar belakang cerita disebalik tagline I'm not a storyteller but i have a lot of story...korang faham cerita aku?? tak faham?? hahha..howakkk!!! 


Nway kalau tak faham, fahamkanlah ;p


Older post
Hits 1: My Favourite Song
Hits 2: My Favourite Movie

Cantiknya seorang perempuan

Hahahaha...sembang macam aku nyh kacak bak Awal Ashaari dan pujaan wanita jer bak Aaron Aziz tapi tak kisahlah kan kerana setiap kita ada pandangan yang berbeza dan macam orang selalu sebut "kecantikan itu subjektif" so setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza untuk orang yang berbeza...

Normally cantiknya seorang perempuan ini for surelah pada paras rupa, gaya dan penampilan dia, many morelah and same goes to me as a man tapi for sure jugak yang tak semua lelaki hanya memilih perempuan yang cantik or pandai bergaya, kalau semua lelaki berfikiran macam itu memang tak kemanalah perempuan yang kurang pada aspek itu macam lelaki yang tak laku macam aku...



#1 kemanisan pada mulutnya
Kemanisan yang aku nak cerita ini bukan tentang banyakngya gula dimulutnya atau seumpama dengannyalah tapi kemanisan disini pandai menjaga tutur kata, far away dari kata-kata yang kurang sedap didengar senang kata pandai jaga mulutlah...

#2 Tinggi wawasannya
Ok! bukan aku nak cakap yang perempuan yang cantik hanya ada PhD or perempuan yang tak lepas SPM tak cantik ok..kenyataan aku nyh secara general kerana tak semua benda kita boleh nilai melalui kepandaian seseorang kerana setiap orang dilahirkan dengan kelebihan yang berlainan, tinggi wawasannya dekat sini iaitu dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup, tujuan dia hidup or tujuan apa sahaja yang dia lakukan senang kata ada hala tujulah..

#3 Adik-beradiknya lebih dari segalanya
Yeahh! serious aku tak suka kalau ada perempuan yang mengenepikan adik-beradiknya, tak lah aku sensitif gila bila ada perempuan yang hanya mengutamakan teman lelakinya dari adik-beradiknya, kerana bagi perempuan adik-beradiknyalah yang akan membantu mereka di masa susah dan senang, ingat semua lelaki jujur ke macam aku:)

Nway semua nyh hanyalah general or pendapat umum aku berkenaan cantiknya perempuan ini tapi takdelah aku mengharapkan perempuan yang sempurna kerana aku bukannya sempurna dan bak kata pepatah


       Tidak perlu mencari secantik Balqis,
       andai diri tak sehebat Sulaiman.
       Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
       jika kasih tak setelus Zulaikha.
       Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
       andai diri tak sehebat Siti Hajar
       dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
       jika ada keburukan pada diri.


Ini mungkin point-point merepek dari aku tapi point Cantiknya seorang perempuan  yang lebih menarik dan wajar diikuti oleh semua adalah dari artikel iluvislam :


Kehidupan dipenjara dan seorang jutawan

Korang still ingat entry nyh?? nyh adalah berdasarkan salah satu hit dari 22 perkara terhebat tuh..


Serius kalau anyone tanya dekat aku, "movie ape yang latest sekarang ini erkk?"..or "movie nyh ok tak?" atau "movie ape yang kau suka tengok?"..DAMN! BLANK! Aku nyh hanyalah pecinta wanita bukanlah pecinta movie yang tak senang duduk kalau tak tengok setiap movie yang keluar dekat wayang, aku tak kisah pown tengok dekat wayang atau hanya download menggunakan p1 siput aku nyh tapi as long as dapat tengok jadilah...


Tuh kalau nak jawab soalan nyh aku susah sikit nak jawab, kerana banyak movie yang aku dah tengok, dah susah nak tentukan yang mana terbaik or menjadi kegemaran aku, as long as tak hambar or boleh buat aku tergelak, kiranya movie tuh oklah...tapi demi menjawab soalan nyh aku still akan senaraikan movie kegemaran aku pada ketika dan saat ini..


So dekat sini aku ada 2 movie yang memang aku terasa gila or menjiwailah time tengok movie nyh, 2 ok! tengok aku memang tak mampu nak menyatakan satu yang terbaik, cause dua dua movie nyh aku rasa best, nway kedua-dua movie nyh merupakan dua filem dari hollywood yang dah lama tayang tapi still ada dalam laptop aku nyh..malas cerita panjang, usha jela..


For the first movie aku pilih The Pursuit Of Happyness, filem nyh mengisahkan seorang bapa berkulit hitam dan seorang anaknya yang ditinggalkan isterinya, cerita ini serius sedih gila sebab dia tunjukkan bagaimana cara bapa berkulit hitam tuh bersusah payah menjaga anaknya, banyak insiden-insiden yang memang aku rasa umphh!! tapi time ending cerita nyh, lelaki tuh berjaya menjadi jutawan dengan pada mulanya dia hanya ada beberapa dolar jer dalam wallet dia...



Movie kedua yang aku nak kongsikan dekat sini ialah The Shawshank Redemption, aku serius suka filem yang mengisahkan tentang kehidupan tentang sesuatu tempat yang tak pernah kita pergi macam contoh dalam filem ini dia ceritakan tentang kehidupan didalam penjara, filem nyh mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang disumbatkan dalam penjara tapi dia berjaya melepaskan diri dengan cara yang terbaik, bagi aku lahkan..



Ok, inilah dua filem yang menjadi kegemaran aku buat masa ini, time aku menaip untuk entry inilah, tak tahulah kalau kejap lagi ada pulak filem yang best..:)


p/s;Kekadang hati ku bertanya, Adakah dia dah berpunya, Kerana diriku berasa, Aku jatuh hati padanya...


Older post
Hits 1: My Favourite Song

Jangan cakap lelaki single itu gay

Seriously dalam kalangan kawan-kawan aku ramai jer yang masih single atau dalam erti kata lain tiada teman wanitalah kan…bukan nak cakap diorang nyh tak tampan or tak maskulin TAPI for sure mereka ini juga pencinta wanita dan mempunyai seluruh hati yang suci lagi murni untuk diisi oleh kaum hawa namun entah kenapa mereka ini belum lagi mempunyai jawapan yang kukuh lagi utuh untuk menjawab soalan kenapa mereka masih single..

        Lelaki macho macam kau masih single??? Kau gay ke!!

Aku tak kisah kalau dengar ada sesiapa yang mengecop seseorang lelaki itu macho or seangkatan denganya kerana ingat senang ke ada orang yang nak puji kita macam tuh, Cuma yang tak sedap didengar bila mereka mengelarkan lelaki yang single itu sebagai seorang yang gay hanya kerana belum mempunyai teman wanita.



Untuk korang yang tak tahu maksud sebenar gay itu…

Aku memang tak berpendapat bila ada yang mengelarkan lelaki yang single itu gay or tak minat perempuan, mungkin mereka yang single ini ada sebab dan musabab mereka sendiri untuk tidak berteman macam terlalu memilih ker, or belum jumpa yang sesuai or mungkin jugak mengutamakan kerjayanya, who know right?? So kita tidak boleh cop secara negative sesiapa untuk apa yang mereka jadi..

Kalau nak cakap, mereka yang bercinta ini mempunyai kebahagian dan kesempurnaan setiap masa, ada yang mengambil berat tentang pelajaran dan kesihatan, pada aku tak jugak…kerana aku hidup di persekitaran mereka yang sedang asyik bercinta, ada jugak yang merana, ada jugak yang tak bahagia dan ada jugak yang menceritakan masalah mereka kepada kawan lelaki mereka..Nway aku bukan nak ban mereka yang bercinta ok!

Aku juga pernah bercinta, tipulah kalau nak cakap tak pernah, namun selepas menempuh beberapa perhubungan yang akhirnya putus di tengah jalan mengingatkan aku bahawa tiada cinta yang sempurna melainkan cinta pada Yang Esa…

Aku rasa mereka yang masih single ini atau belum mempunyai teman ini bukan takut untuk bercinta or mempunyai minat kepada pasangan sejenis tetapi mungkin mereka masih tercari-cari cinta yang hakiki untuk mereka, tak semua yang kita mahu akan dapat, orang yang sudah bertunang pown boleh putus tunang inikan orang yang depan mata…

Entahlah…

p/s:entry ini bukan nak cakap aku single dan tak juga cakap aku tak single tapi just nak membetulkan tanggapan pada mereka yang selalu menganggap lelaki single itu sebagai gay..

Aku suka dia tapi aku keliru

Bila dia mendekati diriku, hatiku rasa sesuatu, bila dia senyum pada diriku hatiku rasa tak menentu, mungkinkah aku kan berjumpa dengannya untuk meluahkan rasa, Mungkinkah aku kan berdiam diri saja menunggu cinta darinya...
Yeah, kalau korang nak usha full lirik lagu nyh boleh lepak dekat blog nyh ...nway entry nyh berdasarkan misi aku dalam entry sebelum ini iaitu 22 pekara terhebat...my favourite song?? nway banyak lagu yang aku suka dan layan tapi aku just pilih lagu terbaik untuk di sharekan dengan korang...aku pilih lagu nyh sebab lirik lagu nyh memang kena dengan keadaan aku sekarang...maksudnya?? ok, tak nak direct terus bagitahulah kan, fikir sendirilah..huhu


Bawah nyh lagu lagunya Aku Suka Dia by Ainan Tasneem




And then nyh lagi satu dari penyanyi yang sama Aku Keliru By Ainan Tasneem



Kiranya Ainan Tasneem nyh merupakan antara barisan penyanyi kelahiran Youtubelah macam Yuna dan Najwa Latiff...hopefully penyanyi Youtube nyh pown akan berjaya macam Yuna lah yer, suara best dan pandai cipta lagu nway pandai main gitar!!!

Ok lah..itu jer yang aku nak sharekan di bawah hit 1 my favourite song ;)


Selamat tinggal September dan 22 perkara terhebat

Assalamualaikum.

September telahpun melabuhkan tirai nampaknya. Dan bulan oktober yang menjelma ini kuharapkan bakal menjelmakan sesuatu impak yang positif tanpa sebarang masalah, mungkinlah…Bulan September sebelum  ini betul-betul dipenuhi dengan pelbagai macam benda yang membuatkan jadual sentiasa penuh dan keletihan amat. Student life yang super hectic ditambah dengan aktiviti masa senggang yang diluangkan bersama rakan-rakan dengan aktiviti yang telah disusun oleh pihak yang bertanggungjawab. memang berbaloi.


Bulan sepetember aku rasakan panjang dengan banyak perkara-perkara yang tak ku harapkan berlaku, berlaku…so dibulan oktober yang baru menjelma ini dengan azam yang baru aku ingin sharekan dengan korang apa yang aku tak pernah share demi menyahut seruan member blog aku yang mahu aku listkan pekara-pekara terhebat ini, nway pada mulanya ada 30 tapi disebabkan banyak yang tak dapat aku jawab so tinggal 22 jela…

22 pekara terhebat
Hit 8 - Things that very important to you
Hit 9 - 5 things that you love in your life
Hit 10 - Things that you buy by your own money
Hit 11 - A photo of something thats makes you happy
Hit 12 - What kinds of person that attract you
Hit 13 - A photo of something that you want to do before you die
Hit 14 - 5 things that irritate ME about opposite sex
Hit 15 - father or mother ?
Hit 16 - Your dreams last night
Hit 17 - A photo of something that means a lot to you
Hit 18 - A picture of somewhere that you want to go with someone special
Hit 19 - How you hope your future will be like
Hit 20 - Things that you buy with your own money
Hit 21 - In this past month , what have you learned ?
Hit 22 - Three good things that have happend in the past 30 days

All 22 perkara terhebat nyh dalam english version sebab aku malas sangat nak translate dan just copy and pastekan dari tuan empunya list yang mahukan aku  listkan semua ini..


p/s:ini bukan cabaran 22 hari cause aku tak nak post dalam masa 22 hari tapi 22 tahun! howakk....

 
Web Analytics