Home » » Jangan cari kelemahan orang lain

Jangan cari kelemahan orang lain

"Firman Allah SWT maksudnya: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang    mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata’. (Al-Ahzab 58) "
Tua muda kakak adik for sure setiap seorang dari diri kita ini ada kelemahan atau kekurangan yang tersendiri, namun manusia itu dilahirkan sudah cukup sempurna, kerana setiap kelemahan kita selalunya akn ditutup oleh kelebihan kita yang lain pulak…senang cerita kekurangan pasti ada tak kira dari segi apa sahaja namun kita janganlah memandang rendah akan kelemahan kita dan cuba menonjolkan kelebihan yang kita ada...

Namun bagi diri kita sendiri, kita hendaklah sentiasa sedar akan kelemahan diri kita dan jangan sesekali mencari kelemahan orang lain dan cuba untuk membukanya atau dalam kata lain jangan buka aib orang lain lah kan…

Diri kita sendiri tentu-tentunya akan berasa malu sekiranya kelemahan atau kekurangan diri kita diperkatakan, jadi janganlah kita sesekali berbicara tentang kelemahan orang lain kerana roda itu sentiasa berputar, manalah tahu masa kita akan sampai macam dalam berita ini,'Aida dan Aina, Tolonglah maafkan aku.' ,kisah ini memang menyedarkan aku bahawa kegembiran yang sekejap ketika kita bercerita tentang kelemahan orang lain boleh membawa kepada kesengsaraan seumur hidup kepada kita pula...

Berdasarkan carian google aku sebelum ini, dah ada pelbagai entry yang berceritakan tetang permasalahan ini macam dalam kisah nadiadania, syafawati84, postinus dan azizankadir, bolehlah korang baca dah fahami betul-betul apa yang aku cuba sampaikan ini kerana aku nyhkan bukan pencerita yang baik walaupun banyak cerita yang ingin aku sampaikan...

Assalamualaikum

1 Kata:

aku rase mcm aku ni jahat sgt HAHA ;D

 
Web Analytics