KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Selamat berjaya kepada kamu

Dah lama tak ku jenguk blogku ini, entahlah kenapa maybe serabut dengan minggu-minggu pertama semester ini dan dashboard aku pulak yang diserang malware..adoii...papepown entry ini bukan entry kosong tapi hanyalah entry pendek untuk semua pelajar diploma yang tengah ambil exam or maybe yang dah habis..tapi hope still belum terlambatlah yer...

Entry nyh aku tujukan kepada semua especially member blog aku Nur Amalina Izzati yang ada paper Chemistry esok, gud luck weyyhh!! From me satu jer, do your best!! Jangan fikir benda lain..:x


Nak buat sendiri memang tak mampu so aku cilok dari youtube jela..haha

Kau memang takde perasaan

As-salamu alaykum...

Serius harini aku rasa memang hari yang paling panjang sepanjang minggu ini, kalau hari-hari sebelum nyh dipenuhi kelas yang tak pernah nak habis, dengan lecturer sibuk nak bagi ilmu yang tak pernah dengar dan mengharapkan agar anak didiknya boleh dapat semuanya...

Lecturer!!
Kami bukan lahir-lahir ada otak bak Mark Zuckerberg lah, yang memang mempunyai otak komputer, kami hanyalah anak Malaysia yang baru tahun dua ijazah...tahun dua!...maknanya lagi 4 final exam aku nak grad, tuh pown kalau lepas tapi kalau nak bandingkan dengan ilmu yang ada sekarang hanyalah umpama budak baru lepas SPM..hurmmm

Tapi tapi entry kali nyh bukanlah aku nak cerita pasal cerita sedih aku time nak dapatkan ijazah nyh dan bukan jugak kehidupan aku di sini tapi tapi....

Tentang gambar bawah nyh..ok kembali kepada mood gembira..haha, serius tiap kali aku tengok gambar bawah nyh aku rasa nak pukul jer dia, tak puas hati!!! sebabnya dia memang takda perasaanlah, ada ke aku punya excited nak amik gambar, dia boleh jer buat muka slumber...nway aku tiap kali nak amik gambar, kat mana-mana jelah mesti excited gila..hahha

Nway gambar nyh aku amik time majlis ulang kedua batch aku dekat Universiti, sejurus lepas tamat tahun satu ijazah, majlis before nyh lepas tamat Asasi, hope majlis nyh leyh buat setiap tahun lah yer..hihi


p/s: Kita keep on usaha, and insyaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita kalau kita betul-betul ikhlas nak tuntut ilmu di atas muka bumi Dia ni.

Jangan cari kelemahan orang lain

"Firman Allah SWT maksudnya: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang    mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata’. (Al-Ahzab 58) "
Tua muda kakak adik for sure setiap seorang dari diri kita ini ada kelemahan atau kekurangan yang tersendiri, namun manusia itu dilahirkan sudah cukup sempurna, kerana setiap kelemahan kita selalunya akn ditutup oleh kelebihan kita yang lain pulak…senang cerita kekurangan pasti ada tak kira dari segi apa sahaja namun kita janganlah memandang rendah akan kelemahan kita dan cuba menonjolkan kelebihan yang kita ada...

Namun bagi diri kita sendiri, kita hendaklah sentiasa sedar akan kelemahan diri kita dan jangan sesekali mencari kelemahan orang lain dan cuba untuk membukanya atau dalam kata lain jangan buka aib orang lain lah kan…

Diri kita sendiri tentu-tentunya akan berasa malu sekiranya kelemahan atau kekurangan diri kita diperkatakan, jadi janganlah kita sesekali berbicara tentang kelemahan orang lain kerana roda itu sentiasa berputar, manalah tahu masa kita akan sampai macam dalam berita ini,'Aida dan Aina, Tolonglah maafkan aku.' ,kisah ini memang menyedarkan aku bahawa kegembiran yang sekejap ketika kita bercerita tentang kelemahan orang lain boleh membawa kepada kesengsaraan seumur hidup kepada kita pula...

Berdasarkan carian google aku sebelum ini, dah ada pelbagai entry yang berceritakan tetang permasalahan ini macam dalam kisah nadiadania, syafawati84, postinus dan azizankadir, bolehlah korang baca dah fahami betul-betul apa yang aku cuba sampaikan ini kerana aku nyhkan bukan pencerita yang baik walaupun banyak cerita yang ingin aku sampaikan...

Assalamualaikum

Susahnya jadi blogger

Susah woo jadi blogger nyh, ingat senang ker...member aku pun dah pernah cerita dalam entry dia yang ini, Bukan senang nak menulis nie...so kalau dalam entry aku sebelum ini iaitu: Tak kisah ada apa dalam blog aku ada menjelaskan iaitu korang boleh jer tulis apa-apa yang terlintas dalam kotak fikiran korang kerana our blog our right kan tapi kita kena sedar yang blog kita ini dibaca oleh orang ramai melainkan blog kita diprivatekanlah...




Bukan apa, bila ramai orang yang baca so bermakna ramailah orang yang baca bermakna ramailah hati yang kita kena jaga...tak kira hati kawan, sahabat or hati musuh kita...walaupun ada sesiapa yang pernah menguris hati kita tapi kita janganlah menulis blog sekadar untuk membalas dendam, buruk nampaknyer...

Berbalik kepada menjaga hati tadi, setiap apa yang kita tulis kenalah fikir akan kesan dan akibatnya, sebagai contoh kalau ada kejadian yang melibatkan kawan kita dan selepas kejadian itu kita tuliskan kejadian itu dalam blog, agak-agak kawan kita yang terlibat tuh akan terasa tak..

       Adakah dia suka??? atau akan menyimpan perasaan sakit hati??


Conclusionnyer apa yang kita nak tulis itu kenalah fikir dahulu macam dalam entry ini:Kalaulah aku bukan blogger..janganlah kerana keseronokan berblog silaturahim sesama kita terjejas...

Tak kisah ada apa dalam blog

            "Kenapa kau tulis pasal cerita ini??"
            "Kenapa bahasa kau macam budak sekolah rendah jer yer??"
            "Kau copy paste kat mana cerita ini??"


Dari apa yang aku faham berdasarkan bahan bacaan aku selama ini blog is personal…so kalau dah di tagline kan sebagai personal, tak kisahlah apa isi kandungan sesuatu blog itu, senang cerita suka hati seseorang blogger itulah nak buat ape dengan blog dia…macam aku cakap tadi dia nak tulis dengan bahasa baku, or nak tulis dengan dialek kampung dia, nak tulis fully in english, nak mix english and malay yang selalu aku buat atau ape-ape je la…conclusion what ever you want just write it…

           "Something is better than nothing"

Kalau korang baru nak buat blog, janganlah terkongkong oleh perasaan yang nak hasilkan penulisan terbaik jer tapi korang buat je la apa-apa yang terlintas di kotak fikiran korang…Sebab itu lebih baik daripada kalau korang tak buat pape langsung…macam yang aku cerita dalam entry sebelum ini iaitu: Kalaulah Aku Bukan Blogger, kalau kita ada blog dan mahu tulis something dalam tuh for sure kita akan berfikir kan..


Mungkin menulis ini juga satu anugerah macam dalam entry aku ini: Melawak Itu Anugerah, so jangan risau apa yang bakal korang tulis itu diterima atau tidak, tak semua yang nak baca ayat-ayat skemakan dan tak semua juga yang nak baca ayat-ayat yang berunsur lawak kan kan…yang penting, pentingkan originality…seriusly aku impress gila with the originality of any blogger writing style…

Cerita pendeknyer kalau korang pun nak ada blog, dan nak jadi blogger jugak…dan nak dapat duit..ehhhh….

Come on…join us:P

Petua dan doa amalan untuk kuatkan daya ingatan

Doa amalan untuk kuatkan ingatan?? firstly aku bukanlah ustaz mahupun penceramah agama bahkan lagi bukan pelajar jurusan agama namun niat aku hanya untuk menyebarkan amalam-amalan yang baik demi mengingatkan sesiapa yang terlupa pada nya termasuk diri aku sendiri, berdasarkan entry Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu yang menjadi top post aku dalam beberapa minggu ini walaupun dah lama aku publish entry tuh...


So kali ini aku nak post satu lagi entry berkaitan doa ini, iaitu doa amalan untuk kuatkan daya ingatan...memandangkan semua pelajar universiti termasuk aku dah start new sem baru-baru ini, apa salahnya kalau amalkan bacaan atau doa ini untuk mudah mengingati apa yang pensyarah kita ajarkan...











Nway tak lengkap rasanya kalau hanya berdoa, kini aku nak berkongsi dengan korang, petua dan amalan yang wajib dilakukan demi menjaga ingatan kita:



          #1-banyakkan membaca al-quran
          #2-peruntukkan masa tidur yang cukup
          #3-kawal tekanan dengan bijak
          #4-banyakkan bersenam
          #5-fokus pada sesuatu pekerjaan
          #6-banyakkan membaca


Harap-harap apa yang aku kongsikan ini dapat membawa kepada kejayaan kita bersama :)


Entry kali ini berdasarkan bahan bacaan di Laman Doa dan Amalan Pilihan


p/s: apa salahnya copy paste jika itu yang membawa kebaikan ;p

Menangis kerana kucing


Ingat senang ke seseorang nak menangis dan sedih macam dalam gambar ini untuk kita namun dalam kes ini bukan sahaja seorang bahkan beberapa orang yang menangis dan sedih untuk makhluk Allah yang bernama kucing ini...

Ini semua dapat kita lihat semasa sidang akhbar berkaitan kes Hotel Kucing pada waktu perayaan yang menjadi kucing sebagai mangsa ketamakan manusia...

Berita lanjut mengenai gambar ini: Tragedi Hotel Kucing

Berdasarkan search aku di google, banyak jugaklah blog-blog yang menyiarkan kisah sedih mereka dengan kucing menurut mereka kasih sayang kita bukan hanya untuk sesama manusia tetapi juga untuk haiwan...

Antara blog yang mempunyai kisah sedih dengan kucing: akuchentacoklat
 , luveeinz , akuskizo 

p/s:entah bila aku mula nak sayangkan kucing..

Kalaulah aku bukan blogger...

Kalaulah aku bukan blogger?? aku mesti hacker computer, arkitek or tukang kebun jer..
"takkkk..nway bukan aku nak cakap pasal ini semua..."
Nway aku nak ceritakan apa yang aku rasa terjadi dekat aku if im not a blogger...setiap benda pelik or menarik perhatian aku for sure aku rasa nak letak dalam blog aku jer..tak kisahlah pak cik tertelan duit syiling ke or mak cik kena ragut, sikit or banyak surelah aku rasa nak letak dalam blog aku nyh..


And bila rasanya nak letak dalam blog surelah kita kena berfikir sebab dan penyebab dan surrounding time kejadian tuh takkan just nak tulis "mak cik jatuh longkang" pastuh terus publish...cam tak lengkap jelakan..hehe


Dengan adanya blog ini membuatkan aku berfikir tentang sesuatu masalah or kejadian yang berlaku sekeliling aku..kadang-kadang aku berfikir lebih dari masa aku takde blog ini...


Kesimpulannya aku nak ceritakan dekat sini yang kalau aku bukan blogger tak mungkin aku akan berfikir panjang or berfikir secara kritis dan mendalam tentang sesuatu yang terjadi..same goes to this entry takkan just nak tulis..
"Kalau aku bukan blogger aku kurang berfikir.."
Pastuh terus publish, cam ada something wrong la kat situh kan...So untuk reader blog aku yang bukan blogger mulalah berjinak-jinak dalam dunia blogging ini for sure korang akan mula berfikir secara lebih mendalam dari apa yang korang fikir sekarang...

3 Buffering earning from Nuffnang

Entry kali nyh aku just nak berkongsi dengan korang rezeki raya...the main reason aku berblog nyh bukan nak mendapatkan duet tapi setelah lama berblogging dan setelah lama aku berkhidmat dibawah Nuffnang, akhirnya Buffering Earning pertama dari Nuffnang menjelma jugak dalam account aku, nway first time tengok macam tak nak post jer pasal nyh tapi memandangkan blog aku pown kekeringan post so aku pown berkongsilah dengan korang..nway bukan 3 tapi 4 iklan yang berjaya lekat di blog aku dan yang terkini 5, nway ada 7:)



Tips??
Kalau korang berminat, leyh lah stalk link bawah nyh and follow segala tips yang ada dalamnya, cosh before this aku dah try banyak tips dari banyak blogger tapi kurang menjadi dan just before hari raya harituh aku jumpa page nyh dan alhamdulillah rezeki raya katakan...maybe Nuffnang nak bagi aku duit raya dengan cara ini..




 
Web Analytics