Home » » Kalaulah aku begitu...subhanallah

Kalaulah aku begitu...subhanallah

Bukan nak riak atau apa-apa tapi entry kali nyh just pengajaran untuk aku dan kita semua...nway apa yang aku nak ceritakan kini adalah berdasarkan mata kasar aku sewaktu di masjid untuk mengerjakan solat sunat terawikh untuk kali keempat pada tahun ini...


Sewaktu hendak memasuki masjid malam tadi aku ternampak seorang pemuda lebih kurang 20-an duduk dibelakang sebatang tiang masjid dan sedang solat...tiada apa-apa yang pelik or menarik terhadap pemuda itu selain kakinya yang berbalut...

Tengokkan kakinya berbalut dan mampu lagi hadir ke masjid membuat aku terfikir sejenak bahawa mampukah aku bertindak sedemikian sepertinya sekiranya aku berada ditempatnya, mampukah aku berjalan terhinjut-hinjut dengan kaki berbalut ke masjid yang lebih kurang 100m dari bilik aku, mampukah aku???

Papepown aku lebih memandang tinggi kepada orang-orang sepertinya dari orang-orang yang sihat tubuh badan tapi mejauhkan diri dari masjid seperti aku...

Namun disebalik kekurangan yang aku miliki, aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan yang sempurna kepadaku untuk mengerjakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain pada ramadhan kali ini...

p/s:kadang-kadang banyak masalah yang melibatkan hidup dan mati 


PROMOTION:NESCAFEDIGIMASSAGE


 
Web Analytics