KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Aku pilih skinny dari jeans

Seluar Skinny??? Seluar Jeans??? Lain orang lain pendapat tapi kalau aku, ada orang tanya antara seluar skinny or seluar jeans?? aku dengan pantas akan jawab seluar skinny!! Tapi kalau tanya memane remaja, mostly diorang akan pilih jeanslah kan, macam gambar bawah nyh, semua member aku pakai seluar jeans tapi aku yang berbaju biru tuh tetap berseluar skinny...


Kenapa?

Bagi aku, kalau aku pakai seluar skinny lagi mudah aku nak bergerak dan senang jer kalau aku nak tanggal seluar tuh, nway before nyh memang aku nyh peminat jeans tapi kesukaran yang aku alami untuk menjumpai seluar jeans yang sesuai dengan aku terus aku bertukar kepada seluar skinny...

Dengan seluar skinny, aku boleh jer padankan dengan apa-apa baju jer, t-shirt, or kemeja, tak kisahlah...dan dengan seluar skinny memang padan kalau digayakan dengan selipar jer! FYI jugak aku nyh peminat selipar, aku tak suka sandal dan aku pakai kasut bila nak jalan jauh jer, kalau takat keluar dengan member cukuplah dengan selipar...

So?

Maybe pandangan aku nyh tak sama dengan orang dan aku just bercerita mengenai pandangan aku dan apa yang aku rasa bukannya fakta mengenai seluruh lelaki didunia,dan aku memang peminat skinny bukan jeans!

p/s:aku berjaya dapatkan seluar skinny terbaru aku dengan harga 40 hengget jer beb dekat jln TAR semalam:)))

Perit getir seorang jurugambar

Alhamdulillah makin ramai yang menggunakan kamera DSLR dalam kalangan rakan-rakan universiti aku, itu tak kisahlah kerana lain orang lain minat, biar berhabis asalkan puas...namun orang macam aku memang takkan belilah kot kamera nyh kerana bukan minat aku...


Namun tahu tak kalau memiliki kamera yang mahal saja tak menjamin sesuatu gambar akan menghasilkan hasil yang terbaik, dia ikut juga teknik dan skil seseorang jurugambar itu...memang penat walaupun orang lain tengok jadi jurugambar nyh kerja yang senang tapi hakikatnya jurugambar jugalah yang pernah merasainya...


Namun melihat kembali sebuah gambar lama dalam laptop aku menceritakan segala-galanya, bahawa bukan senang nak mengambil sesebuah gambar, macam gambar bawah nyh:



Tengoklah gayanya, ingat senang ke nak jadi jurugambar nyh...macam-macam gaya kena buat untuk mendapatkan sudut terbaik walaupun hanya menggunakan kamera henset...;p

p/s:aku tak mungkin akan berhabis untuk kamera tapi kalau untuk ASUS TRANSFORMER yeahhhh

UNIMAS bukannya Universiti Sains Sarawak,wahai Utusan

Assalamualaikum


Sedar tak sedar esok aku akan berangkat pulang ke kampung halaman wooo tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini tapi apa yang aku nak cerita adalah satu berita dekat dalam laman web Utusan Online...ada ke dalam berita tuh boleh sebut UNIMAS sebagai Universiti Sains Sarawak...dahlah UNIMAS tuh Universiti Malaysia Sarawak, lepastuh tak wujud langsung Universiti Sains Sarawak dalam sejarah Universiti-UNiversiti Malaysia...




Ntahlah nak kata tersalah info atau pihak yang bertanggungjawab untuk ruangan dan memaparkan berita tuh tak buat kajian yang mendalam tentang maklumat yang mereka terima...kalau orang yang bergelar pelajar Universiti macam aku mungkinlah boleh perasan tapi amacam pulak orang-orang lain, dahlah publish dekat laman web, ramai kot boleh tengok, buta-buta jer mereka percaya...

Carian google untuk Universiti Sains Sarawak

Nway mungkin semua itu kesalahan manusia, biasalah manusia bukannya sempurna, harap-harap pihak Utusan boleh lah betulkan sebelum ramai pihak yang membacanya..

p/s:Mujurlah bukan Universiti aku;p

Kenapa aku pilih Asasi bukan Matrik

Kita nak pilih Asasi atau Matrikulasi?? dan kenapa aku pilih Asasi bukan Matrik?? ini kerana before nyh aku dah terbaca dekat blog member aku tentang kenapa dia sangat-sangat bersemangat nak continue study dekat matrik lepas SPM, so lepas baca tuh aku tercabarlah jugak cosh aku nyh merupakan pelajar Asasi..so dalam entry nyh aku nak terangkan kenapa lepas SPM jer aku pilih Asasi bukan Matrik...


Kalau korang tanya sesiapalah bakal-bakal student yang nak amik SPM, 99% sure cakap nak sambung belajar di universiti bukan tempat lain kan kan?? same goes to me,so memang aku dah decide nak ke Asasi, lagipown kalau korang continue study untuk Foundation, korang boleh bebercampur dengan pelajar universiti, tak macam matrik yang still dengan kelompok dan had umur pelajar yang sama...


Aku dah fikir masak-masak yang kalau aku join Asasi, so lepas aku habis Asasi takdelah aku terkapai-kapai nak cari Universiti untuk sambung ijazah pulak tapi kalau dekat Matrik sure-surelah korang kena cari Universiti, takkan nak lepak dekat Matrik lama-lama kan...


Dan lagi satu yang best tentang Asasi adalah soalan exam...kalau dekat Matrik, soalan exam diorang berdasarkan Kementrian tapi bagi kami as Foundation student, semua soalan exam adalah bulat-bulat dari pensyarah, so faham-fahamlah...tapi graf skor( A,B,C) bagi Matrik tak tetap, kadang-kadang turun, kadang naik tapi bagi pelajar Asasi graf kami tetap, so kalau korang tak dapat 80%, sampai bila-bilalah korang takkan dapat A...


Banyak lagi kelebihan-kelebihan bergelar pelajar Asasi nyh berbanding pelajar Matrik bagi pendapat akulah...dan setelah setahun lebih menamatkan pengajian Asasi Sains aku, kini aku dah bergelar pelajar ijazah, dan tak susah kot nak tunggu pengesahan ke Universiti mana aku untuk program ijazah berbanding member aku yang lain di Matrik yang terpaksa menunggu lama..


Kalau korang antara lepasan SPM dan tak tahu nak pilih mana, click dekat link ini untuk membantu korang membuat pilihan



Wordless wednesday #7 :A night


Apa yang perempuan sembang time berkumpul

So jom kita tengok apa yang perempuan sembang or cakap ketika bersama...Kalau before nyh aku dah cerita pasal lelaki dalam Apa Yang Lelaki Sembang Time Berkumpul kini aku ingin bicara tentang perempuan pulak...


Nway apa yang bakal aku listkan ini bukannya merepek or saja-saja aku letak ok, walaupun aku nyh seorang lelaki tapi aku sudah dapatkan bantuan rakan twitter aku iaitu @abcdEYQA dan @NazihahAnuar so for surelah apa yang bakal aku cakap nyh betulkan, jangan cakap aku memandai ok, aku ada bukti bawah nyh...

So kalau perempuan nyh berkumpul tak banyak beza pown macam apa yang lelaki sembangkan, so korang checklah bawah nyh yer..

#1-Lelaki
Macam lelaki jugaklah, benda yang diorang akan sembang adalah tentang kaum yang bukan dari jenis mereka, lumrah alamlahkan...bagi aku maybe diorang bercakap tentang lelaki mana yang hensem or syok sendiri or lelaki yang mereka dah dump maybe jugak lelaki yang bakal mereka inginkan, so kalau korang lelaki dan pernah didump or apa2 oleh perempuan jangan peliklah kalau ada perempuan yang lain tahu mengenai korang:)

#2-Artis
Haaaaa....nyh serius memang tak boleh dipisahkan, perempuan dan artis...dan for sure artis yang selalu disebut2 diorang berasal dari Korea tuh, dan negera lain dan lastly maybe baru from Malaysia...kalau tak takdelah K-pop tuh boleh cepat jer famous dekat Malaysia kan...

#3-Fesyen
Hahaha...kali nyh memang aku pukul laju-lajulah kalau ada yang tak setuju dengan  yang ini, kalau tidak takkanlah lelaki selalu merungut yang perempuan lebih banyak membuang masa time shopping, 2,3 jam tak cukup beb, mau 3 stengah jam..hahah..dan untuk ini maybe diorang sembang pasal new trend or shawl!! yeah I like it....untuk perempuan yang obses dengan shawl aku nak gtaw korang yang aku obses pula dengan korang..hehehe

Ini jela yang aku dapat berdasarkan survey yang aku lakukan...so kalau lepas nyh kalau ada sekumpulan perempuan yang lepak sama-sama dan rancak gila berbual korang kaum lelaki, aku sekalilah dah tahulah apa yang mereka bualkan..

p/s:ada tak perempuan yang nak sembang pasal aku or blog aku :))

Kenapa orang Finland tak tengok ramalan cuaca

Sure ramai yang dah biasa dengan ramalan cuaca di mana-mana stesen televisyen kan, kalau dekat malaysia selalunyer ramalan cuaca nyh diorang selitkan time berita pukul 8 malam setiap hari, dan sure korang dah biasa dengan pengulas ramalan cuaca tuh, cara setiap stesen dan tak lupa juga semua negara ada ramalan cuaca nyh, namun menurut sumber yang entahlah betul ke tidak, orang dekat Finland jarang tengok ramalan cuaca nyh, nway kurang berminatlahkan..tapi kenapa yer???


Bawah nyh adalah antara gambar pengulas-pengulas ramalan cuaca yang biasalah dekat memana negara...dan antara tarikan yang stesen televisyen rancang untuk buat lagi ramai tengok ramalan cuaca yang bosan tuh...






Haaa...nyh lah antara sebab orang Finland tak suka tengok ramalan cuaca..hahha, mana taknyer dah la segmen ramalan cuaca suatu yang membosankan lepastuh boleh pulak wujudkan pengulas yang sememangnyer tertarik nyh..hahha



Review Cerpen: Kisah sedih di bulan puasa


Aku nak berkongsi pasal satu cerpen yang aku baca sampai habis..teettt!!! FYI, aku nyh bukan jenis yang suka baca entry dekat blog yang panjang-panjang melainkan entry dari blog Kereta Mayat cosh dekat situ banyak ilmu yang boleh aku dapat, rugi kalau skip...

Kali nyh aku ada terbaca cerpen nukilan one of my friends, roomate actually, nway before nyh aku dah baca banyak cerpen dari dia tapi tak terpanggil pown nak berkongsi dalam blog ini tapi selepas melihatkan member aku yang dah buat review tentang cerpen blog nyh dalam entry nyh buat aku terpanggil untuk berkongsi cerpen yang seriously aku baca sampai habis dan aku fikir antara cerpen yang aku minati dalam blog dialah...

Aku tak suka pendahuluan dan ending memane cerpen tapi aku suka klimaks ... 
" "Hello, ini encik Syarif ke? Saya ada benda nak bagitau encik nie."
"Ye saya Syarif. Siapa ni?"
"Saya jururawat daripada Hospital Serdang. Saya nak bagitau encik ni yg kawan encik, encik Rozaimi kemalangan tadi."
"Haahh!! biar betul? Dia eksiden motor ke?"
"Ye encik. Beliau sekarang berada di wad kecemasan Hospital Serdang. Saya harap encik dapat datang ke sini dgn segera.
"Ok. Terimakasih ya".
Terkejut Sarip dgn berita yg baru dia dengar tadi. Dia segera bersiap dan terus bergegas ke Hospital Serdang bersama awek si Rozaimi. Motor fz dia eksiden sekali dgn Rozaimi. "
So kalau nak tahu ending cerpen nyh bolehlah stalk link nyh:Cerpen: Kisah sedih di bulan puasa

p/s:aku ada sebuah cerpen dalam draft blog aku tapi sampai sekarang cerpen tuh hanya ada tajuk !!!!!

Wordless wednesday #6 :Tandas paling seram



Gambar ini aku curi dekat: Lol Snaps

Benda pantang time aku layan movie

Pantang gila aku kalau time aku layan movie ada jer orang datang tanya soalan pelik-pelik, dan lagi teruk bila ada orang ramai tengok movie sesame tapi nak jugak tanya aku...erghhhh, nway before nyh aku tak tahu nak expresskan macam mana tapi lepas aku tengok v-log nyh baru senang aku nak gtaw kat sesape yang kacau aku tengok movie....

Hahahhaha, serious aku tengok video nyh memang aku gelak besar gila cosh apa yang dia lakonkan balik memang betul berlaku dalam kehidupan seharian kita bila kita tengah syok-syok tengok movie sorang-sorang pastuh ada member kita datang and ask we all so many question about that movie...

So banyak cerita japg tak besh plak korang nak layan video nyh papepown korang layan jela sendiri erkkk:P


p/s:tawaran ruang banner free macam dekat Entry Ini still ada, dan terima kasih kepada yang dah letak, so kepada yang belum...all yours:p

Ruang banner percuma selama 10 jam untuk seminggu

Alhamdulillah, aku cakap begitu lepas tengokkan statistic blog aku untuk semalam, peningkatan dari pageview aku, unique visitor aku..fuhhh, melebih-lebih dari sebelum-sebelumnya padahal satu entry jer kot aku update semalam, tuh pown just entry berbentuk gambar...kalau korang yang belum, korang leyh stalk dekat sini:Caj laptop tanpa gunakan elektrik



So, untuk mengucapkan penghargaan aku for those yang dah stalk blog aku, aku dah tempekkan 4 ruang untuk korang letak banner korang for free beb tapi untuk seminggu jela, lama tak lama jugaklah 10 jam jer...macam gambar bawah nyh:)



Tapi kalau takda yang sudi nak letak banner korang, nanti aku buang jela, nway letak lah yer..leyh aku dan yang lain-lain stalk blog korang selama seminggu:)

TUTUP->CUKUP SEMINGGU ;P

Caj laptop tanpa gunakan elektrik


Gambar nyh aku curi dekat: Lol Snap


Baru kini aku sedar yang semua itu tipu

Dulu masa aku sekolah rendah selalu aku bermimpi aku nak cepat-cepat ke sekolah menengah, lepastuh dah dapat berada disekolah menengah nak pulak habis PMR pastuh SPM, tak nak pakai baju sekolah dah...nak cepat-cepat dewasa, cosh aku fikir bila aku dewasa semua benda aku boleh buat, tiada lagi panggilan Mom and Dad yang suruh aku balik before maghrib, tiada lagi cikgu yang nak suruh aku buat itu ini, nway orang dewasa kan dah matang...
kalau dulu aku sakit, my mom ada kini..
Sampai jer exam SPM,aku memang tekad gila-gila, study hard agar aku tak memasuki tingkatan 6 untuk STPM, kalau boleh aku nak terus jer amik degree pastu jadi arkitek...dan alhamdullah result SPM aku menutup jodoh aku dengan tingkatan 6 dan menetapkan jodoh aku dengan universiti untuk Asasi...


Tapi kini dah lepas Asasi, masuk pulak Ijazah...setelah tinggalkan alam sekolah selama lebih 2 tahun baru kini aku rasa rindu dekat alam persekolahan aku, alam kanak-kanak dan aku sedar yang alam remaja yang aku tempuh ini taklah sebest mana pown, ada jer orang dewasa dan remaja yang masih tidak matang...


Siapa cakap orang dewasa berfikiran matang??? kalau semua orang dewasa pandai berfikir takdelah terjadinya perlbagai jenayah or yang paling penting berkaitan maksiat or lebih specific dekat sini aku nak kaitkan dengan kes buang anak dan mencuri yang tinggi...


Lebih suka enjoy sana sini, tak suka pulak nak belajar or pergi kerja..tuh semua betul-betul menyedarkan aku bahawa tak semua orang dewasa berfikiran matang dan alam dewasa nyh tak semestinya menjanjikan kebahagian seperti alam kanak-kanak...


p/s:lagi satu, aku takkan dapat duit raya dah bila besar

Cerita atas bas: mat bangla dan fair n lovely

For your information, last friday aku dapat cuti so memang tak cukup syaratlah if aku tak balik Taipingkan, walaupun tiket hari jumaat tuh habis dan terpaksa tunggu hari sabtu tapi aku tetap jugak nak balik, jumap family doe, rindu bangat ehhh...

So lepas 3 hari 2 malam aku lepak Taiping, hari isnin pagi aku check out dari Taiping dengan bas so berbalik kepada tajuk entry aku, haaa, cerita dia start dari sinilah...time aku naik bas tuh ada seorang mamat bangla duduk sebelah aku, bukan sebelah sangatlah, aku single seat dia double seat tapi dekatlah, so lepas duduk jer dan before bas gerak memang dah kewajipan ada seorang akan datang kutip tiket...


Sampai turn dia jer akak tuh datang dekat dia minta tiket, dia teruslah selongkar beg dia dengan cara yang mengelabah sure korang boleh bayangkan kan..heheh..pastuh time sinilah yang buat aku ketawa, bukan aku sorang jer ok, pemandu bas tuh sekali, guess what, pencerah muka Fair n Lovely terkeluar dari beg dia time dia sibuk2 cari tiket bas tuh, aku masih ingat lagi dialog akak yang kutip tiket tuh:


'baiya, lu pown mau kasi cerah muka ka...'


Tergelak aku kat situ tapi dalam hati jela yer, segan nak gelak kuat-kuat, lepas tuh hati kecil aku berbisik, kalau mat bangla yang terang-terang dah "putih" tuh pown kene pakai pencerah muka kenapa aku tak pakai erkk..hahha


Tuh jela cerita lawak atas bas yang aku nak share dengan korang, so kesimpulannyer semua orang nak muka dia cantik or hensem ok bukan kau sorang jer, bukan kau, orang yang baca entry nyh jer.hihih


p/s:buat orang yang tak tahu, fair n lovely tuh pencerah muka yang amat popular lah, dalam tempurunglah kalau korang tak kenal..haha



Blogger makin menyusahkan

Sure korang dah biasa dengan apa yang berlaku di facebook sekarang kan...maybe normallah kalau korang yang baca nyh adalah seorang blogger tapi amacam pula dengan pembaca yang tidak bergelar blogger dan hanya digelar facebooker...
Nway keserabutan facebook yang aku nak cerita ini adalah berkenaan status group yang korang selalu pingkan link blog korang tuh, tujuan promotion tuh...untuk pengetahuan korang yang sememangnyer dah tahu kalau sesebuah group tuh bergelar 'open group', so tak kisahlah dia tuh ahli group tuh atau tidak tapi as long as dia tuh friend korang di facebook for sure dia akan dapat keserabutan link blog korang yang bersepah di news feed diorang...


Sure korang dah biasa dengan tuh kan dan annoying gila kan dengan semua tuh, japgi kalau hidekan, tak nampak langsung kot japg post korang yang maybe berguna di next time...Kalau akulah, korang boleh ping blog korang disemua group tapi janganlah sekaligus, maybe sekarang dekat group nyh, 5 min lagi dekat group itu pulak dan so on...


So takdelah nampak sangatkan link korang yang bersepah tuh...dan kalau korang nak ping jugak semua sekaligus, korang layanlah twitter..nway jangan lupa follow aku di twitter @MesyhtaFerdaus yer..;p


p/s:ada bagus jugak keadaan macam nyh cosh lagi ramai yang dapat tengok blog korang tapi kalau banyak benda yang sama susah jugak..

Wordless wednesday #5 :Search engine selepas google


Kenapa tiada personal thing dalam blog aku

Ok...korang yang dah pernah lepak dekat blog aku sure korang perasan yang aku lebih suka tulis or share dalam blog nyh hal-hal dunia, news-news or lagu, apa yang aku suka tapi jarang sekali or maybe tak pernah nak tulis tentang personal aku macam family aku, girlfriendsssssss aku or kawan serta rakan-rakan tak terlepas musuh dalam dan luar selimut dalam blog nyh...




Aku perasan banyak blog sekarang nyh lebih prefer untuk tulis benda-benda macamtuh dan aku as a blogger pown suka baca blog-blog yang berunsur personal kerana kalau hal-hal terkini dah bersepah dan bersawang dalam blog aku nyh...


Aku bukan apa, aku just risau if aku cerita tentang hal peribadi aku takde orang yang nak lepak kat sini, maklumlah hambar kot cerita-cerita personal aku lagi-lagi aku nyh dah la tak reti bercerita...


"Sudah tuh bila ko nak tulis tentang personal kau dalam blog nyh???"


Jawapan untuk soalan tuh adalah..hurmmm...maybe selepas aku dah ada girfriends bak Lisa Surihani, baru kalau post ada orang nak bacakan tak pown tunggu aku jadi artis, model or public figure barulah ramai orang nak tahu tentang personal aku so time tuh barulah aku boleh postkan entry-entry berbentuk personal tapi buat masa nyh sebelum aku dapat Lisa Surihani maybe tiada entry yang berunsur macam tuhlah..


Lastly aku merasakan yang personal things aku adalah privacy kot..tuh jer yang aku nak bohong korang..hurrrmmm


p/s:baca nyh pown dah bosankan..grrr

Apa yang lelaki sembang time berkumpul

First before korang start baca apa yang bakal aku utarakan, aku just nak gtaw yang isi-isi dalam entry kali nyn adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, bukannya dari buku or blog orang lain so normallah kalau differ dari blog lain yang korang baca or jauh menyimpang dari fakta...




Disebabkan dah banyak entry aku cerita pasal perempuan sampai ada komen dalam one of my post gtaw yang ehh, banyaknyer entry pasal perempuan so kali nyh aku nak lari sikit dari perempuan dan post pasal lelaki pulak, untuk perempuan aku nak beritahu rahsia ini dan untuk lelaki korang leyh tengok betul ke tak, so kat bawah nyh aku listkan the most things yang lelaki akan sembang sesame mereka bila berkumpul...


#1-Perempuan yang baru mereka temui
OK, nyh serious betul, setiap perempuan yang baru mereka temui or berkenalan especially kalau perempuan tuh hot confirm kaum lelaki nyh akan bercerita pada member yang lain time bertemu, nway bukan nak berbangga or apa tapi just nak berkongsi perasaan suka dan meminta pandangan sesama rakan yang lain...tapi maybe adalah sikit riak tuh...heheh


#2-Teman wanita mereka
Yang kedua nyh wajib!!! Tipulah kalau lelaki berkumpul sesama sendiri mereka tak bercerita tentang perempuan, kalau ada gay lah tuh...memanglah bagi perempuan, bf mereka adalah privacy tapi bagi lelaki gf mereka adalah harta dan trofi yang patut mereka banggakan sebab tuhlah kaum lelaki suka bercerita tentang kaum perempuan nyh, kan ada pepatah menyebut kalau korang bercinta dengan lelaki nyh, korang juga akan bercinta dengan kawan-kawan dia jugak, lebih kurang macam tuhlah...


#3-Masa depan
Nyh lagi satu yang wajib! masa depan...rugilah kaum perempuan jika mempunyai teman lelaki yang tak pernah cakap pasal ini, tuh bermakna tiada masa depanlah bakal suami tuh..eeeheh, nway semua lelaki cakap pasal nyh lah..for a man, papepown dalam kehidupan ini, career comes first, women second:)


#4-Sukan
Tak kiralah, bola or hoki and sukan yang lain, lelaki nyh memang tak boleh dipisahkan dengan sukan, even yang kaki bangku pown akan cakap pasal bola, senang cakap, lelaki dan sukan macam perempuan dan fesyen


So for now, nyh jela yang aku dapat listkan, nway banyak lagi yang kami bincangkan tapi susahlah nak listkan semua kan, wat journal pulak japg..nway target aku nak listkan 3 jer tapi ada one of my twitter friend tanya bola tak cakap ke?? so aku listkanlah jugak yang ke4 walaupun dah lebih kouta:)




p/s: harap dia tak kisahlah aku PS, nway aku suka sembang pasal perempuan yang pakai shawl:)

Doa ringkas selepas solat fardhu

Benda yang baik dikongsi bersama, itu jer pegangan aku selama menulis dalam blogger.com ini, kalau selalunyer korang mendengar benda-benda yang merepek dan cerita sedih aku ini tapi kali ini aku nak berkongsi dengan korang benda yang ketahuan oleh kita semua...

Doa selepas solat fardhu, berapa ramai yang mahu cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas selesainya solat?? termasuk aku?? so berdasarkan ilmu yang cetek lagi sikit dari air dihujung pen aku ingin berkongsi dengan korang doa ringkas selepas solat, mungkin korang rasa...alaahhh, takkan ada yang tak tahu doa ini kan??? tapi just peringatan bersama ;p




Sumber: Doa Harian

p/s: kalau ada salah dan silap tegurlah secepat yang mungkin, mudah-mudahan itu akan membawa kebaikan bersama

Jangan kita sesekali riak


Memandangkan bulan baik, bulan Ramadhan nyh, apa salahnyer kita selitkan entry berunsur kesedaran dan pengajaran kan setelah berpuluh entry aku sebelum nyh banyak kearah ke"meperek"an...so untuk entry pagi 6 Ramadhan nyh aku nak berkongsi sikit apa yang aku tahu tentang sifat negatif dan agak buruk,memang buruklah iaitu RIAK...


So seperti yang kita sedari setiap manusia di dunia ini dikurniakan kelebihan yang terdendiri oleh Allah S.W.T. dalam sesuatu bidang, mungkin kita terbaik dari orang lain dalam bidang ini tapi mungkin juga kita paling loser dalam bidang yang lain tapi harus diingat bahawa manusia ini dilahirkan kedunia oleh Allah S.W.T. sebaik-baik kejadian dan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan hina di muka bumi ni haruslah bersyukur atas segala kurniaanNya dan jangan sesekali riak serta takbur!!!. 

Kita seharusnya menggunakan kurniaan kelebihan itu dengan baik dan tak perlu untuk berlaga-laga dengan orang lain untuk jadi yang terbaik, dan jangan pulak menggunakan kelemahan kita sebagai alasan untuk tidak berjaya, kerana jika kita amalkan semua itu nescaya kita akan berda ditakuk yang lama dan tidak mungkin akan berjaya di dunia mahupun di akhirat...

Penjelasan?? So untuk orang yang lembap macam aku, aku selitkan satu contoh disini, aku gunakan watak A...A merupakan blogger yang baru hidup 5 bulan di dunia blogger.com namun mungkin rezeki dia, nasib dia dia lebih berjaya namun tidak lah berjaya sangat tapi alhamdullah setakat ini ada juga blogger yang telah sememangnyer popular dan lama berkunjung ke blog nyer dan menjadi salah seorang follower nyer dan baru-baru ini entry si A ini berjaya menjadi entry pilihan si Blogger veteran ini...

Namun ingin aku highlightkan kat sini, walaupun kejayaan itu tidak seberapa haruslah si A itu bersyukur kerana tak semua orang mandapat laluan mudah sebegitu namun tidak juga sesekali RIAK dan terlebih suka kerana semua itu tidak membawa kemana..


Sekian sajalah tazkirah tengahhari aku, jumpa lagi lah yer..nway please jangan baca entry terbaru Ben Ashaari : Blogger cekal dan entri pilihan ! , nanti orang cakap aku riak..

p/s: aku sememangnyer riak, ubahlah aku:(

Perempuan yang aku sangat obses

Sebagai manusia for sure ada benda yang menarik perhatian kita bila tengok kaum yang berlainan jenis macam lelaki tengok perempuan dan perempuan tengok lelaki and same goes to me, ada certain-certain point dekat perempuan yang emnarik perhatian aku, so bawah nyh aku listkan benda yang aku obses dengan perempuan:/


Bertudung 
Perghhh...cakap dekat aku siapa yang tak nak bakal isteri dia bertudung, lu sembang sama gua ini jam juga...haha, so bagi aku personally perempuan yang pakai tudung nyh memang first impression aku dekat dia sangatlah baik dan positive, tak kisahlah dia nyh gangster Kampung Dusun ke or kaki pau Malaya as long as dia bertudung, dia memang jadi perhatian aku, nway kalau member aku yang aku dah kenal lama lainlah, kalau dia memang nakal dan bertudung memang takkan lari lah tanggapan aku terhadap dia tapi serious beb kalau aku tengok perempuan bertudung memang aku pandang tinggi terutama yang pakai shawl...heheh, tapi bukan aku nak merendahkan perempuan yang tak bertudung, kalau non muslim takkan nak paksa dia pakai tudung an tapi nyh just personal opinion aku :P


Pakai Jubah
Nyh lagi satu..mak aihhh, tapi untuk kaum perempuan jangan lepas nyh tak nak berjubah pulak, yela orang berjubah sebab nak halang pandangan lelaki tapi lepas baca entry nyh dia tahu pulak yang berjubah tuh lagi menarik perhatian so tak nak pakai lak,bukan macam tuh tapi again personally aku memang suka tengok perempuan berjubah, nway berjubah melambangkan identiti seseorang tetapi tidak melambangkan iman ok...

Berkaca mata
Last but not least!! berkaca mata, bagi aku, same kot macam orang lain...kalau tengok orang berkaca mata nyh sure nampak dia tuh kearah educated person right tapi bukan nak cakap tak berkaca mata tak educated, nway aku tak pakai kaca mata ok...tapi kalau berkaca mata nampak more like sweet..ecehhh..suka la tuh..haha


Nway nyh jela yang leyh aku listkan, benda yang aku obses sangatlah dengan perempuan nyh, nway jangan ban aku yer ;;;;...




p/s:cer try new entry aku: Jangan Sesekali Riak

Ben ashaari:aku tunggu sahur...korang?

Photobucket

Since dah lama aku tak join, dan aku dilanda kebosanan malam nyh, sementara menunggu sahur apa salahnyer kan :P

Kalaulah aku begitu...subhanallah

Bukan nak riak atau apa-apa tapi entry kali nyh just pengajaran untuk aku dan kita semua...nway apa yang aku nak ceritakan kini adalah berdasarkan mata kasar aku sewaktu di masjid untuk mengerjakan solat sunat terawikh untuk kali keempat pada tahun ini...


Sewaktu hendak memasuki masjid malam tadi aku ternampak seorang pemuda lebih kurang 20-an duduk dibelakang sebatang tiang masjid dan sedang solat...tiada apa-apa yang pelik or menarik terhadap pemuda itu selain kakinya yang berbalut...

Tengokkan kakinya berbalut dan mampu lagi hadir ke masjid membuat aku terfikir sejenak bahawa mampukah aku bertindak sedemikian sepertinya sekiranya aku berada ditempatnya, mampukah aku berjalan terhinjut-hinjut dengan kaki berbalut ke masjid yang lebih kurang 100m dari bilik aku, mampukah aku???

Papepown aku lebih memandang tinggi kepada orang-orang sepertinya dari orang-orang yang sihat tubuh badan tapi mejauhkan diri dari masjid seperti aku...

Namun disebalik kekurangan yang aku miliki, aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan yang sempurna kepadaku untuk mengerjakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain pada ramadhan kali ini...

p/s:kadang-kadang banyak masalah yang melibatkan hidup dan mati 


PROMOTION:NESCAFEDIGIMASSAGE


Download lagu raya



Aku rasa tak terlalu awal kot aku post entry nyh, bukan aku nak buat pelik-peilk  pown kan,bukan nak kasitaw lagu raya cina just nak kasitaw ini tempat doe...ini tempat manyak baikkk....hahha


Memandangkan ramai member yang tanya so aku pown postlah entry nyh, nway dalam entry nyh aku nak share dengan korang semua tempat yang korang boleh download lagu raya maaa!!! raya sudah dekat..#gilak...hahha..


Klik link bawah nyh untuk pilih lagu raya kegemaran korang:

Walaupun puasa baru tiga hari namun itu bukan halangan untuk kita mendengar lagu raya betul tak, so korang leyh stalk lagu-lagu raya yang besh dekat link atas tuh...

Sumber:http://www.tengkuaizat.com/

Wordless wednesday #4:terlepas waktu sahur


p/s: gambar dari google yang telah diedit :)

Kalau dah jatuh cinta susah nak bertukar


Gambar atas tuh adalah Nur Fahtia, heroin drama Stanza Cinta tapi dia takde kena mengena dengan entry kali nyh, jatuh cinta..yeah memang perasaan tapi bukan aku nak cerita pasal manusia tapi pasal kenderaan...haaa!!! kenderaan, for what??? entry aku suka hati kaulah kan...

Nway, kan dalam blog aku nyh dah banyak kali aku cerita aku balik ke Taiping menaiki bas, so kali nyh jatuh cinta aku dekat sebuah syarikat bas nyhlah, nak kemana jer memang pilihan pertama kau syarikat bas nyhlah, bas lain memang tak pergi kalau pergi pown lepas tiket syarikat tuh habis...


So kalau jatuh cinta sukar nak bertukar nyh, apa yang aku nak cerita adalah berkenaan syarikat bas nyh jugak, dah banyak kali buat hal, lambat perjalanan, mentala ku wooo...paling latest bila aku nak balik ke KL dari Taiping, dah la bertolak lambat dari jadual lepas tuh berhenti dekat RnR punyalah lama, siap isi air bas tuh llaaa...


Nak berhenti pown agak2lah lama kan, pastuh berhenti dekat Tanjung Malim pulak nak tukar bas, perghhh menyirap aku, kalau masa aku banyak tak pelah kan tapi aku pown kejar masa...nway banyak kali dah macam nyh tapi tuh la setiap kali nak beli tiket jer aku akan pilih syarikat nyh, nyhlah orang cakap bila dan jatuh cinta, sukar nak bertukar...entahlah..

p/s: berpeluh jugaklah aku time tuh takut2 tak sempat sampai..hahha

PROMOTION: U MOBILEI YOUNGPERODUA

Bersih menurut kacamata aku(lawak)

Siapa kata BERSIH dah habis haa??? Kali ini aku nak share dengan korang apa maksud sebenar bersih yang kita selalu dengar tuh tapi menurut pandangan akulahkan, gambar dekat bawah nyh menunjukkan makna sebenar bersih yang aku anggap, berpakaian kuning dan membersihkan kawasan...hahaha...mengarut betullah kan!!!

Nway gambar nyh aku curi2 tangkap time lepak dekat Puduraya, lama kot nak tunggu, tiket kot 9.30 pagi 3o julai tapi dah lepak kat sana dari pukul 9.30 malam 29 julai takke 12 jam tuh...so keje2 camnyh la yang menghilangkan kebosanan aku..hahah







p/s: sori yang pak cik dan mak cik, saya curi2 tangkap..heheh

 
Web Analytics