Home » » Siapa kata Barbican halal?

Siapa kata Barbican halal?

Hurmm...ok, keadaan sekeliling universiti aku hari ini sangat sibuk, riuh tapi meriah ini semua kerana pendaftaran Pelajar Asasi untuk pengajian 2011/2012...keadaan ini semua aku dah lalui dua tahun yang lalu apabila aku mendaftar ditempat yang sama tapi pada tarikh yang berbeza...


Time tuh aku mendaftar untuk pengajian Asasi Sains dan Teknologi yang membawa aku ke Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada masa kini namun apa yang aku nak cerita kali nyh bukan pasal pengalaman aku masa time asasi dulu tapi berkenaan minuman yang dulu menjadi isu dah dah reda tapi kembali menjadi isu...


Sure korang ingat yang dulu, surat khabar ada mengatakan yang Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengesahkan bahawa minuman Barbican itu halal tapi pagi tadi time aku stalk surat khabar ada satu berita yang aku ingin kongsi bersama iaitu UKM menafikan ada mengatakan sedemikian, so banyak cakap banyak bohong, baca bawah nyh...


Unipeq nafi sahkan Barbican halal



KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.
“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online

4 Kata:

macam2..huhu..

jemput join segmen simple saya..huhu..

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

Erm..skunk masih xde satus lagi la Barbican ni..kalau syubhah jgn minum la..

jap halal, jap tak. main-main betul manusia sekarang bab halal haram ni.

1st time dgr minuman tu..kunonya aku +___=

 
Web Analytics