KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Aku popular kerana youtube


Youtbe...Of course semua penduduk Bumi nyh dah mengetahui tentang kewujudan laman web yang kedua paling banyak dikunjungi oleh penduduk dunia selepas Facebook.com ,kehebatan Video Hosting terbesar dunia nyh memang tak dapat disangkal lagi kerana di Video Hosting terbesar inilah tempat or medium terbaik untuk dijadikan platform untuk mempromosikan produk korang or diri korang sendiri...




Kita tak payah susah-susah nak melihat jauh ke negara orang, lihat saja dalam negara kita yang tercinta ini, Malaysia...berapa ramai yang berjaya hanya kerana menjadikan Youtube sebagai permulaan karier mereka seperti yang paling famous sekarang Cikgu Shida dan Najwa Latif atau famous dengan nama Si Gadis YouTube, tak lupa juga beberapa yang telah terkenal seperti Yuna dan seangkatan denganya dan antara vlogger yang terkenal seperti Mat Lutfi dan Anwar Hadi...


So bagi pendapat aku kalau korang nak jadi popular, rakam apa-apa v-log dan uploadkan kedalam youtube, confirm anda akan berjaya namun bergantung kepada apa yang anda perjuangkanlah...Tak mustahil korang akan jadi seperti Justin Bieber or Justin Timeberlake mahupun Justin Ferdaus yang penting namun haruslah berjaga-jaga kerana youtube jugalah anda mungkin kecundang di mata dunia :)


p/s:sihat ke tak adik2 baru aku sekarang:)

Nak popular jangan jadi bodoh

Sudah lama jugak laa blog kesayangan aku nyh tidak terusik. Sudah lima hari lebih jugak aku sebagai salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi pelajar asasi Universiti aku...tapi kali nyh bukan aku nak cerita tentang apa yang berlaku sepanjang minggu orientasi tuh tapi apa yan aku survey time handle one of the group on that time...

Nak jadi popular, kalau tanya for sure ramai yang angkat tangan berkehendakan benda ini kecuali certain-certain yang betul humble...namun for the sake of become popular,kita kenalah jaga apa yang patut kita jaga jangan disalah erti or memerbodohkan diri kita sendiri, nway entry kali nyh aku nak share dengan korang one of video yang dah lama berada di youtube dan menjadikan diri mereka bodoh and memalukan.nway see it and dont enjoy it...




p/s: pandai-pandailah jaga diri selepas ini yer, abang dah tak leyh nak guide korang:)

Apa yang aku dapat dari blog: Part 3

Hurmm...kalau sebelum-sebelum nyh aku dah cerita dalam 2 part apa yang aku dapat dari blog iaitu PART 1 yang berkisar mengenai kawan baru dan PART 2 yang berkisar tentang kepuasan so untuk part ketiga ini aku nak ceritakan tentang duit...its all about money money money..:)



Untuk sesiapa yang tak pernah mempunyai blog or memang tak amik tau pun pasal blog nyh maybe akan tuduh aku tipu or akan menganggap yang duit dari blog nyh sama jela macam perniagaan internet lain dan tak mempercayainya, so do i, before aku start berblogging nyh aku ada dengar jugak yang member aku cerita pasal dia dapat duit dari blog dye, dan aku pun tak percaya sampai lah dia berjaya cash out pendapatan dia yang pertama dari Nuffnang barulah aku percaya...

So for your information, duit dari blog ini adalah dari iklan yang korang nampak sekitar blog aku nyh, so setiap kali korang klik dekat situ adalah 20 or 30 sen yang masuk dalam akaun aku, untuk korang maybe nampak nilai tuh kecil tapi sape nak bagi percuma duit camtuh beb...

Walaupun keuntungan aku setakat nyh tak banyak, maklumlah baru 4 bulan sign up tok blog tapi keuntungan dari member-member aku yang sebelum-sebelum nyh membuatkan aku tak sabar nak menunggu cash out pertama aku...

p/s:lagi banyak korang click, lagi banyak aku dapat duit:)


Astro tarik balik kejuaraan Sepah

Hurmm, di pagi sabtu yang indah nyh aku rasa semua penduduk Malaysia kecuali yang memang hidup bawah tempurung jew dah tahu yang kumpulan Sepah yang salah seorangnyer merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah telah memenangi Maharaja Lawak musim pertama semalam...


Tapi berita menyedihkan apabila lepas jew Sepah menang, 3 or 4 jam lepas tuh Astro mengadakan sidang media kepada seluruh penonton Astro untuk menarik balik kejuaraan yang dimahkotakan kepada Sepah malam semalam...


Tapi korang semua jangan risau kerana sebentar tadi aku ceritakan apa yang aku alami dalam mimpi aku semalam, mimpi jer yang real-real memang Sepah menang...aku bukan nak buat-buat cerita tapi betul-betul semalam lepas aku tengok maharaja lawak aku terus tidur and pagi nyh aku cam terkejut sikit and terus cek internet, alhamdullah semua tuh hanya mainan tidur aku :))


Actually aku tak layan sangat Maharaja Lawak nyh and aku tengok bila roomate aku bukak and tergelak sekali la jugak, tak follow sangatlah...tapi berdasarkan apa yang kawan-kawan aku cakap lawak Sepah nyh konsisten sehinggalah malam final semalam, so memang layaklah Sepah menang semalam walaupun ramai yang agak Jozan akan memang...


Dan apa yang aku tahu peratusan semalam tak jauh sangat antara Sepah dan Jozan iaitu 4% jew dengan Sepah(64%), Jozan(60%), Nabil(52%) dan Jambu(46%), so memang dah rezeki Sepahlah malam tadi, papepown layan ke persembahan Sepah malam tadi:)


 




Untuk peminat Sepah, korang boleh bersama peminat-peminat Sepah yang lain dengan like page nyh..SEPAK !!

Bukti Malaysia lagi maju dari Amerika Syarikat dan Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!



SUMBER :LAWAKJENAKA.COM

Siapa kata Barbican halal?

Hurmm...ok, keadaan sekeliling universiti aku hari ini sangat sibuk, riuh tapi meriah ini semua kerana pendaftaran Pelajar Asasi untuk pengajian 2011/2012...keadaan ini semua aku dah lalui dua tahun yang lalu apabila aku mendaftar ditempat yang sama tapi pada tarikh yang berbeza...


Time tuh aku mendaftar untuk pengajian Asasi Sains dan Teknologi yang membawa aku ke Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada masa kini namun apa yang aku nak cerita kali nyh bukan pasal pengalaman aku masa time asasi dulu tapi berkenaan minuman yang dulu menjadi isu dah dah reda tapi kembali menjadi isu...


Sure korang ingat yang dulu, surat khabar ada mengatakan yang Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengesahkan bahawa minuman Barbican itu halal tapi pagi tadi time aku stalk surat khabar ada satu berita yang aku ingin kongsi bersama iaitu UKM menafikan ada mengatakan sedemikian, so banyak cakap banyak bohong, baca bawah nyh...


Unipeq nafi sahkan Barbican halal



KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.
“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online

World blogger and social media summit 2011

Sepatutnyer aku publish entry nyh minggu lepas tapi disebabkan masalah gambar yang berada nun jauh disana terpaksa aku tangguhkan sehingga hari ini, so apa yang aku nak cerita adalah persidangan World Blogger and Social Media Summit 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 dan 16 jun 2011, for your information aku ditaja oleh my college, Unniversiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk kesana, so satu peluang untuk akulah an as a blogger..

Tak banyak pown yang aku nak cerita time kat sana selain aku sempat berjumpa Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim pada hari pertama dan sepatutnyer hari kedua aku dapat jumpa Tun Dr Mahathir tapi time tuh dia tak sihat so tak dapat hadir dan meranapkan impian berjumpa tokoh idaman aku…

Nway keunikan sesuatu benda tuh tak hanya dapat digambarkan dengan kata-kata so korang enjoy jela picture kat bawah nyh yang datangnya dari Facebook Advertlets Malaysia


Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia dan benda yang paling menggembirakkan apabila last day kat situ aku berkesempatan berjumpa abg Ben Ashaari:))…

Asus Transformer terbaik


Aku ada 2 sem lagi before aku pergi Latihan Industri aku untuk Sarjana Muda Sains Komputer so memang aku dah decide before aku pergi Latihan Industri tuh memang aku kene ada satu Ipad di tangan aku(of course yang paling latest time tuh...so sekarang nyh memang aku rajin mencari dan teliti betul-betul memane Ipad yang terbaek...


Memang dah target nak beli Ipad jer tapi bila tengok ASUS keluarkan tablet EEE Pad Transformer ni, hati aku pada Ipad terus hilang, itu kerana gadjet nyh dia keluarkan sekali dengan keyboard dock yang memang takde pada Ipad, aku nyh memang lagi prefer keyboard dari touch screen, sebab tuh smart phone aku selalunyer aku tinggal dalam bilik jer...

Memang fleksible ar kerana keyboard dia boleh tanggalkan dari skrin, kalau nak berbloging bolehlah guna keyboard and kalau nak facebooking jer leyh tinggalkan keyboard kat rumah, gaya beb!!

Lagi best bila aku tengok spesifikasi dia dengan 16 jam bateri kot kalau laptop timeline aku boleh tahan 8 jam nyh tambah lagi 8 jam, memang puaslah aku berbloging, kalau dengan screen jer dia boleh tahan 9 jam dan dengan keyboard tambah lagi 7 jam, perghh..memang tinggal kat rumah lah charge dia...

Banyak lagi spesifikasi dia yang terbaik and korang leyh stalk kat memane untuk usha lebih lanjut...Harga dia yang terbaek..murah kot kalau nak dibandingkan dengan Ipad kerana RM1498 untuk screen jer tanpa keyboard, dan tambah sikit untuk jadi RM1799 kalau nak dua-dua.. 



p/s:jom reramai join aku dapatkan gadjet nyh before raya nyh:)

Aku promosi kau promosi aku



Banyak cakap banyak bohong, nak join click sini, SEPAK !!

Apa yang aku dapat dari blog: Part 2

Kalau part pertama, aku ada cerita pasal kawan baru :APA YANG AKU DAPAT DARI BLOG: PART 1 so untuk part kedua pula aku nak cerita pasal kepuasan, so entry kali nyh, apa yang aku dapat dari blog adalah kepuasan...
So untuk yang tidak memiliki their own blog dan jarang-jarang menulis sure tak dapat nak bayangkan apa yang aku nak cerita nyh because bagi aku selepas aku wujudkan blog aku nyh jer baru aku dapat rasa kepuasan semacam nyh...
Ia samalah macam kita menjawab kertas exam yang berunsur penulisan kerana selepas kita berjaya menjawab dan berjaya mencurah segala-galanya untuk soalan tuh sure kita akan bersyukur lalu berasa puas tuh yang ada sesetengah karangan kita nyh lari dari format apabila dah tulis berjela-jela dan terlalu banyak idea sangat...
Bagi aku setiap entry yang berjaya aku publish aku rasakan satu kepuasan kerana tidak hanya berjaya memikirkan apa yang nak aku tulis tapi berjaya mencurahkan dalam bentuk karangan kecil...
Dan kepuasan menulis di blog tak sama macam menulis di facebook, ok:)
p/s: satu lagi kepuasan aku dari blog ini

First exchange banner




Hurmm...hari ini sejarah tercipta apabila buat pertama kali nya aku banner yang aku buat sendiri menggunakan Photoscape berjaya berada di blog orang lain, kalau sebelum nyh main tukar link untuk letak di bloglist tapi kali nyh tukar banner lak...


So memandangkan aku tukar banner nyh untuk pertama kali so aku berhajat untuk menghadiahkan gerangan insan yang sudi letak banner aku di blognyer dengan award bawah nyh...








Jarang nyh aku nak berkongsi blog orang lain dekat blog aku kerana aku rasa blog aku belum cukup famous untuk mempromosikan blog orang lain tapi disebabkan aku happy hari ini aku berkongsi jugaklah...

So if korang teruja nak tengok banner aku dekat blog dye,click sini SEPAK !!

And if korang nak join Cik Tasya letak banner aku dekat blog korang leyh amik banner bawah nyh:))






Photobucket






So jangan malu-malu nak copy yer, and if kalau korang nak exchange dengan aku just let me know ok...

p/s:thanx to her:)

Jangan baca kalau nak hina

Dah berbulan blog aku nyh berada di laman maya dan banyak jugak cerita aku, cerita kawan-kawan aku dan cerita disekeliling aku dah publish lalu menjadi tontonan ramai namun adakalanya aku pernah jugak terfikir, siapa yang akan buka dan baca blog picisan aku ini? adakah pembaca aku menerima seadanya bahan tulisan aku or mereka tak suka kehadiran penulisan aku...

Dah banyak komen dari kawan-kawan sekitar aku yang menerima kehadiran blogger dan tak ketinggalan juga ada yang memperlekehkan blogger namun apa yang merendahkan mereka apabila mereka merendahkan blogger namun dalam terang-terang mereka menjadikan laman blogspot.com sebagai bahan bacaam utama...

Bagi aku, kalau setakat bukak blog orang lain dan hendak merendahkan atau menghina lebih baik dont ever ever stalk any acc in blogspot, aku berbicara begini kerana aku rasa setiap pemilik account di blogspot ada hak peribadinya sendiri untuk menulis apa yang terlintas apa yang terlintas dihatinya...

So to "anyone" yang sekadar nak memerli "sesiapa" aku rasa lebih baik tak payah bukak baca blog lah an...

p/s: rintihan peribadi rakanku yang baru memujudkan acc di blogspot.com :)



Apa yang aku dapat dari blog: Part 1

Salam, hari ini memang hari melekit seblok aku kerana start pagi tadi air kat blok aku kering and terpaksa aku berhijrah ke blok lain semata-mata untuk mandi dan so on tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal takde air tapi apa yang aku dapat dari blog...
Ermm, ramai rakan-rakan aku yang bertanya aku tentang nyh, apa yang aku dapat dari blog, apa yang aku dapat dari menulis di blog, apa faedahnyer berejam-jam didepan laptop, ada yang menyatakan bahawa mewujudkan blog nyh sebagai membuang masa dan just sebagai medium untuk mencapap or in other word, nak famous jer...
Bagi aku yang sudah 4 bulan berblogging, walaupun baru dalam dunia nyh tapi aku tak termakan pown dengan kata-kata mereka yang mem-ban kan bidang blog nyh...
So untuk part pertama nyh aku nak cerita apa yang aku dapat dari blog nyh adalah kawan baru, maybe akan ada yang cakap:
"kalau setakat nak kawan ramai baik bersosial di facebook jer"
Tapi just satu aku nak cakap, setakat nyh berapa banyak kawan baru yang korang dapat dari facebook? Bagi aku, aku rasa walaupun dah berfacebook selama lebih 3 tahun aku rasa dari blog aku yang baru berusia 4 bulan nyh lagi ramai kawan yang aku dapat...
Lagi satu, dengan kawan baru yang korang dapat dari dunia blog lagi banyak yang hendak korang bincangkan dari kawan di facebook, adakah korang nak bersembang mengenai facebook??? kalau kawan dekat blog banyak benda pasal blog boleh aku sembang...
Apa ada dengan facebookk.. -.-
p/s: apa beza berejam depan laptop untuk update blog dengan main game??

Si Abu yang pemalu


Before aku start membebel aku nak gtaw yang watak abu dekat tajuk entry aku tuh adalah aku..hihi..Cokelat ais keras basi..jeles jeles jeles.. kenapa susah sangat erkk aku nak jadi peramah,susah jer nak buat muka slumber tegur orang, dah try dari sekolah menengah lagi benda nyh...nak peramah untuk tegur orang atau senang nak get along dengan orang, seriously kalau aku tak kenal orang tuh memang susah aku nak keluarkan mulut murai aku nyh, nway aku if dengan member2 aku ok jer berborak tapi dengan orang yang tak kenal susah gila nak bercakap banyak-banyak apatah lagi nak tegur...


Orang yang peramah dan tak pendiam nyh sure senang get along dengan sesape and pergi mana jer orang senang, aku nyh jenis orang yang lebih suka diam dari bercakap banyak dan kekadang malu terlalu tinggi kalau nak menarik perhatian orang lain, kadang-kadang malu nyh perlu tapi kadang-kadang jugak malu aku nyh dah macam terlebey dan tak bertempat dan tak faham aku macam mana orang lain boleh jer bercakap tanpa henti pastuh menarik perhatian orang lain...


So keistimewaan peramah nyh entahlah anugerah tuhan atau keajaiban yang sesetengah manusia miliki, namun as a human sampai sekarang aku masih mencari kunci untuk jadi peramah tuh, maybe tuh anugerah tuh tapi papepown aku tetap akan mencari untuk membuang perasaan malu tuh...


p/s;akibat malu dah melepas something yang agak besh semalam...



Apa yang aku benci dekat ayah aku:Part 2



Ok part two, before you read this entry i hope you already stalk my first entry about this : APA YANG AKU BENCI DEKAT AYAH AKU: PART 1...if you finish it, this is the second part and also last part of this video which created by one man and his son...


On this second video, they continue talk about what they hate each other, anyway based on this video, they had added many more reason why they hate each other...


Nway as usual, enjoy it!!



Finished it?? yeah. you all really handsome and beautiful lah...nway happy father day to my loving dad. Mr Zulkifli and i love you so much more than i love this blog..heheh

Thanx you so much in all what you had done to me....

p/s:again,broken english:)
2nd p/s:weekend nyh aku akan berjauhan dengan my lovely blog cosh kol 7 pagi japgi nak gerak gi Klang untuk kem Fasilitator UPNM 2011..

Aku jumpa Ben Ashaari

Nyhlah akibatnyer kalau diri tuh pemalu, adoii...menyesal tak sudah aku time event conference World Blogger Summit dekat PWTC semalam, for your information aku, UPNM hantar untuk join conference nyh...UPNM dah bayar so ape lagi, pergi jela dah la nyh pown yang aku tunggu, untuk jumpa well known bloggers around the world. so the easiest way is dengan acara macam nyhlah...


But for sure apa yang kita harapkan tak semuanya menjadi, sebelum aku hadiri conference nyh memang aku hajati untuk bertemu sesape jela famous blogger Malaysia and ape yang aku harap-harapkan tuh hampir jadi kenyataan...


BUKTI AKU JUMPA BEN ASHAARI:)
TAPI GAMBAR TIADA :(


Nway lepas settle semua event world Blogger Summit dekat PWTC dalam pukul 5.45 dan lepas tunggu cabutan bertuah IPhone 4 dari Celcom, aku pon siap2 lah nak balik kan, pastuh time keluar dari dewan aku ternampak someone yang serupa sangat macam famous blogger, Ben Ashaari pakai baju batik hijau depan dewan tuh..

Banyak kali jugaklah mundar mandir dekat depan dewan tuh nak tegur tapi aku dengan member aku sorang nyh asyik lepas tangan jer, last-last time dah decide siapa yang nak pergi tegur tetibe lak geng2 blogger cam akak Milimilo berkumpul depan abg Ben so apa lagi memang angkat blah ah...*pulang dengan hampa


p/s:bila nak jadi peramah nyh yer..

Apa yang aku benci dekat ayah aku:Part 1

Morning everyone, today aku free gila-gila, nonit go to class, attend outdoor activity because my MC..oh no!! its mean im sick!! yeah, sore throat and fever really make me uncomfortable with my body right now and too much medicine make me condition getting worst...


Nway since two days more left to Fathers days, so berbekalkan cuti sakit yang ada nyh aku rajinkan diri mencari bahan-bahan baru untuk memenuhi "publish entry" aku, so first place yang aku stalk adalah Youtube, so after a few moment i found one video that really-really funny but serious actually between one man and his son...


Both of them talking about what they hate each other, they react what they hate to us, actually this video got 2 part, part one and part two but for right now i only gonna let u watch first part and second part will be my on next entry..nway enjoy it...



Ok, so u finish it???That really-really happen in our life right, maybe no all, maybe one or two...nway love your father and make him happy until his last breath:))

p/s:again,broken english :)

Seorang bergaduh, dua juta yang datang



Ok, entry kali nyh bukan aku nak cerita pasal moderm p1 Wimax aku yang baru yang baru aku tukar dekat centre dia dekat Petaling tapi cerita tentang apa yang aku lihat time on the way aku balik dari Petaling, so as usual dari kalau naik LRT dari Petaling memang tak boleh sampai terus ke Sg. Besi so aku terpaksa tukar aliran dekat Masjid Jamek...

Apa yang aku dapat?? haa, orang ramai gila berkumpul didepan Cimb Bank, Masjid Jamek...aku tak tahu sangat apa yang berlaku cosh aku tak lepak lama, buang masa beb tapi apa yang aku lihat ada seorang budak perempuan yang tengah menangis sambil pegang pipi dia dan seorang pak cik yang tengah marah-marahkan seorang budak lelaki nyh...

Yang terlibat seorang dua jer tapi yang takde kena mengena sampai berkumpul tuh pulak yang ramai, tuh la yang menunjukkan sifat curious or ingin tahu rakyat Malaysia nyh tinggi woo, pantang tengok orang berkumpul sikit jer nak join jugak, yang tak boleh blah ada sebuah motosikal nyh yang sanggup patah balik ikot lawan arus semata-mata nak join orang ramai berkumpul...adoiii

p/s: currently at #bloggersummit

Aku tak buat Nora Elena macam Nur Kasih


Nora Elena, ok aku rasa tak payah lagi aku nak membebel panjang pasal drama yang tengah hit sekarang, semua dah tahu dan penyakit Nora Elena ni satu Malaysia dah berjangkit termasuk kolej aku jugak, and then kebiasaanyer kaum perempuan yang taksub tentang semua nyh tapi dekat kolej aku, lelaki-lelaki pown join tengok sama sampai ada yang menangis wooo...


Ada yang bermimpi-mimpi nak jadi cam Seth la, Eid kadang-kadang and of course ada yang mengutuk si Yvonne gila-gila...so untuk aku yang memang takde tv dalam bilik kenalah download untuk layan jalan cerita nyh dan aku perati ramai yang sanggup kehulu-kehilir mencari siapa yang ada latest episode untuk drama nyh, ada yang sanggup habiskan kouta wimax untuk download, dan ada pulak kaum lelaki yang sanggup keluarkan air mata masa tengok cerita nyh, adoii...

Siyesly aku tak minat tengok drama if dya tak habis lagi because aku taknak tertunggu-tunggu next episode dye cam yang aku buat time drama Nur Kasih dulu tapi kali nyh sifat sabar aku tergugat apabila aku dah start tengok drama nyh, tuh yang aku letak tajuk entry as aku tak buat nora elena macam nur kasih dan addicted aku terhadap drama nyh dah melampau-lampau apabila mp3 ngan smart phone aku play lagu ost dye jer, parah oiitt...


Nway hari ahad harituh aku ada keluar jejalan dekat Kuala Lumpur and saje-saje jew singgah kat one of this bookshop to usha-usha novel Kasih Yang Suci, ala novel yang diadaptasi ke drama nyh tapi menyedihkan apabila dah sold out dan aku malaslah nak pergi cari book store lain just pulang dengan hampa saja.. -.-


So aku just tunggu nak download episode 22 malam nyh if dah keluar dan ternanti-nanti apa yang akan Nora Elena buat lepas dia dapat tahu yang Seth melakukan perbuatan terkutuk tuh, tuh jela yang aku boleh berkongsi dengan korang, nway aku nak berkongsi lagi satu, lagu yang aku dengar sepanjang bergebang dalam entry nyh, lagu nyh jew yang aku repeat banyak kali..



p/s: ada sesape tak yang join World Blogger Summit dekat PWTC esok, aku hadir..yeahhh!!!

KEPUTUSAN KONSERT AKHIR AF9




Salam semua, ok selepas semalam aku dah updatekan pasal final piala FA, so malam nyh ada satu lagi final iaitu final Akademi Fantasia 9...so seperti af yang start lepas tahun 2009, akademi nyh memang aku tak ikut langsung, pelajar pown tak kenal sangat, kalau before spm tuh ada ar gak follow tapi lepas spm and masuk pulak UPNM, memang jarang gila ah tengok af nyh tapi untuk korang aku update jugaklah result untuk final malam nyh...

Senarai lagu:

Fina-Satu Harapan(Jaclyn Victor)
Azri-Ku Tak Bisa(Slank)
Lena-Dunia(Bunkface)
Hazama-Pukau(Tomok)

Single terbaru:

Fina-Menangis Lagi
Azri-Niskala
Lena-Sisa Kisah Kita
Hazama-Cinta Teragung

Tak banyak yang aku boleh gebang dekat korang semua tentang persembahan malam nyh because aku tak follow langsung final malam nyh dan aku pown tahu yang korang tak nak dengar sangat aku membebel banyak-banyak pasak final nyh...


Orait berikut adalah keputusan Akademi Fantasia 9 Konsert Akhir


Juara: Hazama
Kedua: Lena
Ketiga: Fina
Keempat: Azri 

So tahniahlah kepada Hazama because menang title juara af9!!

RENDAHNYA MENTALITI PENGHUKUM DAUDSU ATAS GOL SENDIRINYA


Pagi-pagi lagi dah tengok benda tak besh, sebaik ar aku nyh bukan penyokong Kelantan, pagi tadi time aku stalk facebook aku and ada terjumpa on of my facebook friends yang "share" page tentang gol sendiri yang Daudsu jaringkan semalam,"Kami Tak Suka Daudsu Sebab Beliau Punca Kelantan Kalah"...

Kalau ikotkan memanglah bengang bila fav team kita mengalami kekalahan disebabkan gol sendiri tapi kita sebagai peminat bolasepak kelas pertama tak boleh la nak salahkan dia tuh 100%, pemain mana yang nak ranapkan impian pasukan sendiri dengan jaringkan gol sendiri, kalau kita perhati betol-betol kalaupun Daudsu tak tanduk bola lantunan dari kaki Khairul Fahmi, bola tuh tetap mengegar jaring because ada lagi seorang pemain Terengganu yang berada betol-betol dibelakang Daudsu tuh...

Kita tak bolehlah nak menghukum seseorang pemain dengan hanya satu kesilapannya dengan menutup segala kejayaan dan sumbangan yang pernah pemain tuh lahirkan untuk pasukan Red Warriors, dan aku percaya yang kesilapan tuh juga berpunca dari semangat kentalnya nak selamatkan gawang gol Kelantan kerana Khairul Fahmi sudahpun tertewas...

So aku rasa hukuman patut juga diberi kepada penonton yang terlalu excited dengan membaling mercun kepada penjaga gol Terengganu sewaktu serangan Kelantan ke kubu Terengganu, kalau takde insiden balingan mercun for sure perlawanan tuh akan tamat lebih awal...so kepada Daudsu, ini bukan kesilapan anda semata-mata dan aku tahu seluruh penyokong Kelantan tak menyalahkan anda keseluhurannya walaupun sememangnyer penyokong Terengganu berterima kasih kepada anda...

Buktinya ada juga facebooker yang mewujudkan satu lagi page yang menghukum orang yang mewujudkan page itu tadi iaitu "Kami Benci Orang Yg Buat Page ' Kami Suka Daudsu Jaringkan Gol Sendiri'" itu tandanya bukan semua penyokong menyalahkan Daudsu atas kekalahan semalam...

Untuk korang yang terlepas perlawanan malam tadi, satu jew video yang aku selitkan iaitu gol kedua perlawanan yang meranapkan impian Kelantan:


p/s: aku tak kisahpun memana team yang menang because Perak tak masuk final, sob sob



KEPUTUSAN PENUH FINAL PIALA FA 2011(KELANTAN VS TERENGGANU)





Sebentar tadi telah tamat perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011 yang melibatkan pasukan Kelantan dan Terengganu, ramai antara kawan-kawan aku disini semua support Kelantan, Terengganu?? adelah kot sikit-sikit...walaupun aku tak berada di stadium and berada di kedai mamak jew aku boleh rasa kehangatan merah tuh..hahah


Ok, aku tahu korang taknak dengar aku membebel panjang2 pasal kedua-dua negeri nyh cosh aku pown bukan tahu sangat so keputusan penuh tadi, kita dapat tahu yang Terengganu memenangi Piala FA 2011 dengan jaringan: 


KELANTAN:1 VS TERENGGANU:2


Gol pertama Kelantan memang cantik gila yang dijaringkan oleh pemain yang memakai jersi no 12 pada min 77, aku tak kenal sangat pemain nyh so aku boleh bagi no jersi jela, and first gol Terenggannu yang memang mengecewakan Kelantan, mana tak nyer dah la seminit before full time pastuh gol sendiri lak tuh, adoii...

so the winning goal dijaringkan pada min 109 oleh pemain yang memakai jersi no18, superb gila Khairul Fahmi pown tewas..

So tahniahlah kepada Terengganu...
peteh ganu peteh!!

Perempuan itu tak cantik tetapi indah

Ok, pagi tadi jew aku dah dengar seorang perempuan nyh marahkan lelaki kerana sepanjang dia lalu dekat kedai tuh, lelaki nyh asyik tengok dia jer, adoii tak pasal-pasal kene maki hamun tadi...entahlah nak berpihak kepada siapa an, tapi bagi aku padan mukalah dekat lelaki tuh siapa suruh kantoi tengok orang an...hhaha

Nway untuk pengetahuan pihak perempuan, lelaki nyh memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, dah lumrahlah an lelaki ada perasaan kepada perempuan..

Oleh sebab perasan yang kuat itulah kami kaum lelaki suka sangat melihat perempuan, takkan nak melihat lelaki pulak an, so biasalah if lelaki asyik nak menjeling wanita atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool dan layan majalah Playboy!, ok takde kena mengena, dan apabila seseorang lelaki tuh melihat perempuan bukan sebab dia merasakan perempuan itu cantik tetapi melihat kejadian Allah yang menjadikan perempuan itu sungguh indah dipandang...

So apabila lelaki menjeling perempuan tak kelip-kelip and ternampak pape dekat perempuan dan ter”kantoi” pulak, aku rasa maafkan saja,  kaum lelaki ini terutamanya aku memang tak sengaja nak melihat pape dekat perempuan, aku suka tengok perempuan dan aku merasakan kejadian perempuan itu sangat indah!

p/s:maafkan saja:)

Padah cari pasal dengan blogger

Aku straight to the point because aku malas nak membebel banyak-banyak, takde mood doe...


A PICTURE CAN GIVE THOUSAND MEANING
Dunia yang dimiliki oleh ALLAH SWT ini didiami oleh berbagai-bagai jenis makhluk termasuk manusia, manusia ini seperti yang kita tahu ada yang baik, jahat, humble, sweet talker, stalker, menjengkelkan, menghiburkan, tak ada perasaan, dan kita diajar untuk hidup dalam satu kelompok dan benda yang paling tidak seronok apabila ada hasad dengki dan cari pasal diantara kita...


Bayangkanlah kalau korang tengah hidup senang dan tidak mengacau hidup orang lain tapi tiba-tiba ada yang mencari pasal dengan korang tak kisahlah apa yang dia buat tapi boleh dikategorikan sebagai mencari pasal of course korang akan mencari sesebuah medium untuk melepaskan geram korang an, so untuk blogger macam aku, medium untuk aku melepaskan geram terhadap sesape yang aku tak puas hati adalah my blog...


Orang yang ada blog ni atau digelar blogger for sure ada kecenderungan untuk menulis berkenaan mana-mana individu dia rasa tak puas hati, macam aku pown if aku rasa tak puas hati dekat sesape aku akan meluahkan rasa mata hati jiwa aku nyh dalam blog aku, tak kisah ar dia suka or tak suka namun belum pernah ar aku ceritakan keburukan seseorang dengan menunjukkan tepat kearahnyer just ada kias-kiaslah...


Kesimpulannyer sesiapa yang menyingung perasaan blogger or membuatkan seseorang blogger nyh tak puas hati dengannyer for sure, korang akan jadi bahan permainan dia dalam blog dia...


p/s:bengang bila dihukum atas kesalahan orang lain

Pleaseeeelah delete blog kau

Blog aku memang buruk ok, papepown aku nak gtaw something agar blog korang tak jadi cam blog aku, nway aku dah perasan benda alah nyh dah lama dah, nak tegur tapi bila pikir balik takut diorang memang suka benda nyh wujud or memang nak gtaw dekat semua yang dia guna application tuh, tapi tadi aku ada tegur member aku and respond dye...


"laa, boleh buang kew?? aku ingat tak boleh adjust kasi buang gambar tuh"


So memandangkan aku dah ajar dia, alang-alang tuh aku ajarlah korang yang tak tahu ok, tak tahu saja, yang tahu wat dunno jew...alkisahnyer, kalau korang guna application dari web contohnyer free cursors dari www.cursors-4u.com kew, and korang copy bulat-bulat coding dye and paste kat page elements korang sure hasil dekat blog kau akan keluar gambar cam kat bawah nyh an...

So untuk mengelakkan keluarnyer gambar nyh, bukan taknak appreciate laman tuh tapi nak kasi cantik sikit jew an, korang boleh copy code tuh bulat-bulat dan buangkan coding yang warna merah tuh...

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-6/oth638.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/04/02/free-lines-arrow.html" target="_blank" title="Free Lines Arrow"><img src="http://cursors-4u.com/support.gif" border="0" alt="Free Lines Arrow" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>


So hasilnya akan keluar macam gambar bawah nyh yang takde lah lagi logo tuh, kan lagi cantik...



p/s: kepada yang nak gunakan ilmu nyh harap-harap korang fahamlah apa yang aku cuba sampaikan kerana biasalah i'm not a storyteller but i have a lot of story :)

 
Web Analytics