[REPOST] Cerpen:Kimia antara kita

,
Please..saya taknak tinggalkan awak.” Kata si wanita. Wajahnya berubah masam.
Awak pergi jelaa. Ini satu-satunya peluang awak. Peluang macamnie bukan selalunya datang. Pergi jelaaa k. Saya izinkan.” Si lelaki cuba menenangkan tunangnya. Biar berat hati ingin lepaskan kekasih hatinya pergi. Dia cuba untuk berlagak tenang.
Mereka berdua dah kenal lama. 5 tahun bercinta. Baru beberapa bulan bertunang dan sekarang si wanita akan pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.
Taknak laa awak. 2 tahun tuu. Lama arrr. Saya taknak tinggalkan Malaysia, saya taknak tinggalkan family saya dan yang paling penting saya taknak tinggalkan awak..
Alaa..2 tahun tu bukan lama mana pun.. Sekejap jek. Pejam celik pejam celik habis laa tempoh masa awak belajar kat sana.” Si lelaki masih cuba untuk menenangkan hati tunangnya. Dan barangkali ingin menenangkan hatinya sendiri.

2 tahun bukan nya sekejap tau tak. Macam-macam boleh jadi..saya takut.. hati awak berubah terhadap saya..
Hehe..berubah??” si lelaki tersenyum nipis. Nampak ada jawapan untuk persoalan yang dibangkitkan si tunang.

Awak..tau tak dalam satu hubungan itu mesti ada memberi dan menerima? Dan awak tau tak setiap hubungan itu perlukan kepercayaan dan kejujuran. Kita sebenarnya tak perlu risau. Walaupun kita terpisah antara masa dan tempat, selagi kepercayaan dan kejujuran itu ada.. Apa yang penting ialah memberi dan menerima. Hubungan ini umpama sebuah ikatan dalam atom kimia. Setiap bonding yang lengkap electron valencenya tidak akan mudah putus. Pergilah. Saya percaya yang bonding antara kita kuat.


I fell in love with you, After you said your love for me. 
We had our previous lovers, At last we are together. 
The first time we met eye to eye, 
I felt the chemistry (Kimia) between us You kissed my cheeks, 
You whispered my love, 
You said 'Baby, I love you' You melt my heart (in a good way, i.e. 'made me fell in love with you') 
The happiness I feel At the moment we are together 
Looking at the bright moon Witnessing the stars, 
You claimed me as the rainbow to your love



Actually tajuk cerpen nyh Kimia saja tapi aku saja nak tambah Kimia antara kita, tak salah kan, nway Cerpen:Kimia ini dikarang oleh member aku diblognya ohhmasamasalahmalaslah.blogspot.com 
Read more

Pasangan Perasan Bahagia

,
"peringatan:Walaupun entry ini agak panjang namun habiskanlah, setiap katanya punya pengajaran yang patut kita hayati...hoha"


Setiap manusia yang hidup dekat dunia ini..sudah tentu inginkan kebahagian dalam berpasangan..yaa memang benar manusia tak akan dapat terus hidup dengan sempurna jika tiada pasangan..dan manusia juga tak akan sempurna kalau pasangan yang dimiliki tidak membawa kebahagiaan..dan juga pasangan itu tak akan bahagia jika mereka hanya pasangan yang perasan bahagia..
Memang betul..setiap jiwa seorang lelaki dan wanita yang sempurna..yang tak kenal apa itu seksualiti merdeka(haha tak ada kaitan)..mereka akan mencari pasangan yang berlainan jantina..menuju untuk membina suatu hubungan yang bahagia..mereka akan membina cinta dengan penuh kasih sayang..dan mengambil berat diantara satu sama lain dengan sifat yang paling romantik..tetapi yang masih menjadi masalahnya..kenapa masih berlaku perceraian..cakap dah cinta sayang bagai..tapi akhirnya kecundang sahaja..dengan alasan yang perasan bagus dan sangat bodoh..kau pun cakap la dah tak sekefahaman..tak ada jodoh..dah tak ada keintiman..memang sebelum ini kau laa pasangan perasan bahagia yang dicari..


Pasangan perasan bahagia lain pula yang menyakitkan hati aku adalah..pasangan yang tak halal..kau tak kahwin pun lagi..tapi kau perasan bahagia..jalan berdua-duaan..perasan romantik..dan juga perasan islamik..supaya yang laki nampak bagus dimata perempuan tu..dan perempuan pun nampak bagus dimata lelaki tu..dan penuh dengan angan-angan yang kau akan bina keluarga yang bahagia..kau tau tak setiap hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram..yang ajnabi..bila dia bertemu akan mendatangkan fitnah..


Walaupun dia tak turunkan fitnah pada pasangan yang perasan bahagia yang disilindungi dengan gaya-gaya islam kau tu..tapi fitnah tu bertebaran ke tempat lain..begitu juga dengan dakwah..bila kau berdakwah..Allah tak semestinya turunkan hidayah pada orang yang kau jumpa..tapi Allah akan turunkan hidayah pada manusia yang lain..bagaimana matahari akan muncul menghasilkan cahaya..begitu juga dengan hubungan lelaki dan wanita ajnabi akan menghasilkan fitnah..dan begitu juga dengan dakwah akan menghasilkan hidayah..


Jadi bagi pasangan yang perasan bahagia..untuk orang lelaki..kau belajar-belajar lah takutkan Allah dulu sebelum kau bersedia nak tanggung dosa pasangan kau dengan perkahwinan..kerana wanita tak akan jadi solehah bila orang lelaki sendiri tak takutkan Allah..kau jaga la mata kau dan nafsu kau..sampai masa untuk berumah tangga buatlah bagaimana rasulullah telah buat…


Ketahui lah wahai perempuan yang murahan yang mudah untuk menunjuk buah dada kau yang kecik perasan besar dekat lelaki dan rambut kau yang tak cantik perasan seksi selalunya lelaki akan memandang pada wanita hanya dengan pandangan untuk buat seks sahaja..bohong jer orang laki kalau tengok kau yang tak reti tutup aurat untuk hidup semati dengan kau..sebab kalau tanya orang lelaki semua nak yang sopan yang tutup aurat sebab memang hakikat manusia nak kan agama..jadi perempuan kau tutuplah aurat dengan sempurna..jaga la mahkota mulia kau..jangan biarkan lelaki bodoh yang datang dari mana entah..mudah untuk merampas seluruh jiwa kau..
Jadi atas perkara ini tak perlu lah kau nak sibuk untuk membina sebuah kehidupan yang perasan bahagia dengan bercinta bagai sebelum kau betul-betul dihalalkan untuk bercinta dengan pasangan kau..sebab jika kau bercinta sebelum kau bernikah..kau hanyalah pasangan yang perasan bahagia sahaja..tak dapat pahala pun kau nak kasih sayang dengan pasangan kau tu..lain la kau dah berkahwin..apa yang kau buat semua dapat pahala..


Perasaan ingin mempunyai pasangan yang dapat berkasih sayang tu memang satu fitrah pada setiap manusia biasa..tetapi bila fitrah yang suci dicemari dengan perkara yang luar dari agama..dia akan jadi fitnah yang luar biasa..maka kau yang konon-kononnya nak dapat pasangan yang baik supaya dapat hidup bahagia..mungkin kau nampak bahagia dimata manusia..yang sama perasan bahagia macam kau jugak..tapi pada pada pandangan Allah..ermm????(Tanya lah iman kau sahabat)..jadi kau usaha lah agar kau jadi manusia yang baik..lengkapkan solat berjemaah dekat masjid bagi lelaki..belajar untuk takutkan Allah..dan perempuan pun sama solat awal waktu..belajar jadi solehah sebagaimana wanita solehah berpakaian..


Bila kau dapat taat perintah Allah dan tinggal larangan Allah dan kau belajar untuk jadi baik..maka Allah dah berjanji akan mudahkan hidup kau dengan bagi pasangan yang baik..kau nak demand ker dengan janji Allah..janji Allah tu beb..laki baik untuk perempuan baik..tak kan tak percaya lagi kan..ingat janji Allah macam janji kawan-kawan kau yang suka berbohong ker..janji Allah satu kepastian..bila iman kau kuat maka kau akan menerima setiap apa yang dijanjikan..tapi bila iman kau lemah maka kau akan pertikaikan dan bagi berjuta alasan dan menunjukkan kau perasan bagus..
Oleh itu selamat mencari pasangan yang bahagia..bukan mencari pasangan yang perasan bahagia..dan doakan aku dapat pasangan bahagia juga..haha..semoga kau dan aku dapat pasangan yang bahagia dan terus dapat menyempurnakan separuh dari agama..hee


p/s:aku tulis sebab aku dah benci sangat tengok couple yang perasan bahagia nie..nak tegur nanti cakap aku jeles pulak..padahal dia tak tau yang aku lagi handsome dan boleh dapat awek yang lagi lawa..haha(tak..aku tak handsome pun..aku tak mampu nak tegur sebab iman aku lemah..waa..selamatkan lah ummat ini ya Allah..dekatkan diri aku pada mu ya Allah dengan mengikut cara kekasih mu Rasulullah s.a.w)


Entry ini ditulis oleh rakan aku yang takutkan identitinya tersebar dek blognya


"Kita bila jauh dari Allah, bila buat maksiat, mungkar, tahu dosa, haram tapi hati rasa biasa, tiada rasa gelisah gundah gulana.."



Read more

Bila kita disakiti sesama manusia

,
Assalamualaikum..


Hidup umpama roda, ya itu satu perumpamaan yang bagus bagi mengambarkan putaran hidup kita sebagai hamba Allah ini...mana mungkin hidup kita akan sentiasa dilimpahi kebahagian dan kesenangan serta pujian dari orang sekeliling...
Adakalanya hidup kita akan ditimpa ujian, kesusahan yang berterusan demi menguji kita..dah contohnya bila kita disakiti, apa yang kita rasa?? sakit yang pedih, pedih ulu hati?? tidak terima segala hinaan itu?? atau rasa diri kita sebagai ancaman terhadap orang yang menyakiti kita?? so dengan rasa diri kita tidak sehaluan dengannya adakah kita akan terus membencinya dan lebih teruk ingin menyebarkan keburukannya...


Oh tidak! Setiap pekara dan masalah didunia ini ada penyelesaiannya, pekara yang menyakitkan kita semuanya boleh kita ubah dengan menjadikan ia sebagai iktibar kepada kita agar tidak lakukan kepada orang lain, kita akan tahu betapa pedihnya jika kita lakukan pekara yang sama orang lain lakukan kepada kita...


Dengan menjadikannya sebagai iktibar, kita dapat menghindarkan diri kita jauh dari perasaan ingin membenci orang lain..yang penting sekali ingat bahawa:


"Bila kita disakiti ia sebenarnya adalah nota Allah kepada kita bahawa kita pun pernah menyakiti orang lain dan bukannya tiket untuk kita berdendam dengan orang lain tapi untuk memperbaiki kesilapan kita dan berusaha menuju kearah yang lebih baik..."


Yang penting dan yang perlu kita ambil kisah ialah apabila kita disakit, perbaikilah sikap kita terhadap sekeliling, terhadap orang yang menyakiti kita dan juga diri kita sendiri...tunjukkanlah sikap yang baik kepada orang yang menyakiti kita walaupun dia pernah menyakiti kita dan binalah sikap yang positif terhadap diri kita, jangan fikir sesuatu yang negatif terhadap diri kita...
Akhir sekali kita sebagai hamba Allah telah dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan, memang kadang-kadang kita akan terasa dengan rakan sekeliling kita tapi apa yang kita dapat sekiranya kita simpan sakit hati itu, adakah pahala kiita akan bertambah sekiranya kita berdendam??? duit kita akan berlonggok jatuh setiap kali kita simpan sakit hati itu...


So lepaskan segala keraguan, belajar redha dengan apa yang berlaku, siapalah kita nak adili seseorang dan pertikaikan kelebihan serta kelemahan orang lain...

Read more

Bila kita kesusahan

,
Assalamualaikum...

Tiada siapa yang dapat 100% menolong kita sewaktu kita kesusahan, mungkin ada yang dapat menolong tapi tiada yang dapat menyembuhkannya..dan ingatlah setiap kali kita kesusahan agar pergi menghadapNya...
Bila kita didalam kesusahan dan tiada siapa disisi kita..ingatlah dan sentiasa ingat bahawa Allah SWT ada disisi kita dan Allah SWT adalah satu-satunya petunjuk kita...
Islam Qoutes


Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat.

Read more

Konsert Kenangan Sudirman (1954-1992)

,
Assalamualaikum...


Konsert yang percuma dan dibuka untuk semua lapisan masyarakat di buat demi mengembalikan nostalgia konsert oleh Allahyarham Sudirman yang memukau hampir 10 ribu warga...
Irama dan Lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga Sudirman dan Malaysia.


Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.


Sempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.


Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


Maklumat lanjut click sini...

Read more

Ramai yang mencari cinta

,
Assalamualaikum...

Pernah tengok drama Mimi Mencari Cinta 2011?? aku rasa nyh la orang sekarang tengah praktikkan, maybe drama tuh banyak memberi tips2 untuk mencari cinta bagi yang bujang dan mungkin jugak cinta kepada mereka yang susah bercinta...
Kalau ikutkan negara barat mereka ada sebuah websit khas untuk orang-orang yang bujang mencari cinta, aku tak sure Malaysia ada ke tak, kalau takda baguslah tapi aku rasa medium untuk mencari cinta nyh masih lagi terletak di website dan internet...

Maybe ramai yang yakin bahawa mereka dapat mencari cinta, mungkin makna cinta dan kata-kata manis cinta di internet, sebagai contoh tengok carian untuk kata kunci cinta yang terdapat di blog aku...berapa banyak berkenaan dengan cinta....

Ada bezanya antara sayang dan suka :)

Read more

Tahniah kepada follower 999 dan 1000

,
Assalamualaikum...

Merujuk kepada entry berkenaan ganjaran kepada follower bertuah tuh, aku kini dah menjumpai follower ke 999 dan 1000 yang aku cari-cari selama ini, follower ke 999 yang bertuah itu ialah Aqilah Ishak...
Dan follower ke 1000 yang turut bertuah itu ialah Imran...
So kepada kedua kedua blogger ini diharap dapat memberi nombor telefon korang ke inbox Facebook aku ini untuk aku menunaikan janji aku...

Nway congrat kepada mereka dan thanks kepada semua follower aku..
Read more

Lepaskan ia pergi

,
Assalamualaikum...






























Read more

Bukan facebook jer, blog pun

,
Assalamualaikum...

Selalu kita nampak orang post pasal gambar bawah nyh dekat facebook, tapi aku rasakan bukan di facebook jer kita kena ingat benda nyh, tapi di blog juga....

Eh, bukan gambar bawah nyh, satu lagi...
Yaaa..gambar bawah nyh:
Selamat menyambut bulan Rejab :)

Read more

Ganjaran menanti follower ke 999 dan 1000

,
Assalamualaikum...

Rasanya semenjak blog kau ini ditubuhkan tak pernah lagi aku menghadiahkan follower aku sebarang bentuk hadiah, terima hadiah adalah...aku juga rasanya tak pernah nak buat apa-apa bila follower mencecah 100, 200 or nombor-nombor cantik seperti 777 ke or 888...

Tapi kalinyh aku berbesar hati untuk menghadiahkan 2 follower bertuah aku iaitu follower ke 999 dan 1000 sedikit penghargaan, hanyalah perhargaan yang kecil iaitu topup sebanyak Rm10, nak besar tak mampu lagi....

So macam screenshot bawah nyh, follower aku dah mencecah 996 , so apa yang korang perlu buat just follow blog aku melalui butang follow yang ada dekat atas tuh, widget follower dah aku simpankan, kalau ada tak surprise la kan...
Screenshot nyh aku ambil pukul 10 pagi semalam, maybe sekarang dah bertambah...so lepas dah jumpa follower ke 1000 tuh, aku akan umumkan pemenangnye...so simple kan..

Apa lagi jadilah follower aku sekarang, untuk yang sudah menjadi follower aku jangan unfollow pulak :)
Read more

MENARIK DISINI